PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Posted: 15 Mar 2013 12:19 AM PDT Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa. Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. |
Bilboard PR dibakar di Dun Palong! Posted: 14 Mar 2013 10:29 PM PDT Tindakan tidak demokratik dan bersifat provokatif telah berterusan di DUN Palong yang dipercayai didalangi oleh samseng-samseng upahan Umno. Sebelum ini, telah berlaku kejadian bendera-bendera PKR dibakar dan papan tanda Ranting dirobohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Agak menghairankan juga kerana pihak Umno mengakui bahawa mereka cukup kuat dan berpengaruh di seluruh Palong namun hanya kerana PR Jempol mula memasang bilboard dan bendera, mereka seperti mengelabah hilang pedoman! Jika benar Umno merasakan mereka kuat dan bakal menang lagi di Dun Palong, seharusnya mereka tidak perlu gusar, takut dan bertindak seperti kanak-kanak kecil dengan membuat provokasi sebegini. Rakyat sekitar Palong kini mampu menilai baik-buruk yang telah dilakukuan oleh kedua-dua samada PR atau Umno. Persoalannya, apakah kaedah tidak demokratik ini bakal berlaku ketika PRU-13 nanti? |
Posted: 14 Mar 2013 08:51 PM PDT |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan