Rabu, 6 Mac 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Konflik Lahad Datu berlarutan tunjuk pemimpin BN lemah – Anwar

Posted: 06 Mar 2013 12:52 AM PST


PETALING JAYA 6 MAC: Tempoh masa lama yang diambil kerajaan untuk menangani serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah tunjuk bukti kepimpinan BN gagal selesaikan krisis itu, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pencerobohan itu yang berlarutan hingga lebih tiga minggu tanpa tindakan serius oleh pemerintah menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan hari ini.
Anwar lagi
"Ini bukan kegagalan pasukan polis atau ATM (Angkatan Tentera Malaysia), tetapi kepimpinan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau berkata, perkara ini berlaku ekoran kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan.
"Kenapa kerajaan perlu tunggu hingga 23 hari baru tindakan diambil. Mana kenyataan pemimpin? Kementerian Dalam Negeri, Menteri Pertahanan?
"Sedangkan kedaulatan telah digugat dan lapan anggota keselamatan terkorban," tegasnya.
Beliau menjadikan tragedi Sauk di Grik, Perak pada 2001 sebagai contoh apabila insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.
Kata Anwar, kedaulatan dan maruah negara dijamin jika Pakatan Rakyat mentadbir negara.
"Bila situasi seperti itu berlaku, polis dan tentera perlu ada struktur arahan (command structure) yang jelas. Saya rasa ia tiada di sana.
"Jika kita ambil alih, kita janji tidak akan benarkan negara kita tidak diceroboh, demi kedaulatan dan maruah negara," kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46595

Seorang lagi bekas jeneral isytihar sokong Pakatan, sertai KEADILAN

Posted: 06 Mar 2013 12:49 AM PST


PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.
lagi jen
Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.
Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).
Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.
Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.
"Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku," kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.
"Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
"Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera," katanya dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46581

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huгrah, that's what I was searching for, what a stuff! present here at this weblog, thanks admin of this site.

My web blog - travel