N37 Batu Maung |
Himpunan Jentera Pilihanraya DUN Batu Maung N37 Posted: 02 Mar 2013 10:40 AM PST 1 Mac 2013 Himpunan Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Batu Maung N37 di Bilik Gerakan Utaman DUN Batu Maung sebagai persediaan untuk menghadapi Piliharaya Umum 2013. Setiap warga Parlimen Bayan Baru dan Batu Maung yang layak mengundi dalam Pilihanraya Umum yang bakal tiba wajib mempertahankan Kerajaan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selepas pemerintahan baru, Kerajaan Negeri berjaya dengan cemerlang apabila diiktiraf sebagai negeri yang berjaya menghapus rasuah dan berjaya mendapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia. Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng telah berjaya membayarkan hutang kerajaan negeri dari RM 630 juta hinggalah hutang tersebut berbaki lebih kurang RM 30 juta. Himpunan Petugas Pilihanraya DUN Batu Maung juga dihadiri oleh YB Dato' Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang PKR Y. Bhg. Dato Mustapha Kamal. YB Dato' Abdul Malik memberikan ucapan sempena malam himpunan tersebut Antara petugas yang hadir bersama-sama telah bersedia menghadapi Pilhanraya Umum 2013 Dato Mustapha atau pak Mus turut hadir bersama YB Sim Tze Tzin turut hadir dalam bersama-sama merampas kembali Parlimen Bayan Baru YB Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg. Petani hadir dalam program himpunan sebagai ahli majlis pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat memberikan ucapan dalam strategik kemenangan rakyat |
Sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang Posted: 02 Mar 2013 10:13 AM PST Batu Maung - Kerajaan Negeri telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1.75 Juta kepada Sekolah Agama rakyat (SAR) di seluruh negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut di adakan di Sekolah Agama Rakyat Permatang Damar Laut. Majlis yang disampaikan YB Dato' Mansor Bin Othman Tim. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama YB Dato' Abdul Malik Kassim Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. YB Dato' Abdul Malik Kassim memberikan ucapan sempena majlis sumbangan kepada SAR di seluruh negeri Pulau Pinang YB Dato' sempat beramah mesra dengan penduduk di Permatang Damar Laut. YB Dato menziarah warga emas yang sakit di kawasan tersebut bersama pimpinan tempatan YB Dato menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesakit. |
You are subscribed to email updates from N37 Batu Maung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan