Ahad, 24 Mac 2013

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


BN TAK UMUM CALON PRU13 SEBAB TAKUT BERGADUH, SABOTAJ DAN BOIKOT !!

Posted: 24 Mar 2013 12:01 AM PDT

BN tak umum awal bukan pun sangat sebab strategi pilihanraya tapi takut bergaduh , sabotaj dan boikot sesama sendiri jika calon diketahui awal. 

Bila sudah tahu calon yang wakili PR maka calon berkenaan sudah diperkenalkan kepada pengundi di dun dan parlimen tempat mereka bertanding. Masing2 buat kerja dah...

Bila selesai sahaja penamaan calon, PR tidak perlu lagi ambil masa untuk perkenalkan calon kerana pengundi sudah kenal berbanding BN yang calonnya hanya diketahui pada hari penamaan calon. Maklumla waktu kempen pun pendek..

Calon dari kalangan orang tempatan tiada masalah tapi calon luar jika tidak diperkenalkan awal tentu ambil masa lama untuk pengundi kenal.

DAP TIADA MASALAH BERTANDING ATAS TIKET PAS, PKR JIKA DAP DIGANTUNG

Posted: 23 Mar 2013 11:52 PM PDT


PRU-13: DAP akan Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS Jika Digantung - Karpal

Karpal Singh
GEORGE TOWN: Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil.
"Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

NAJIB MALUKAN NEGARA DENGAN ISU RASUAH KAPAL SELAM SCORPENE

Posted: 23 Mar 2013 09:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda.

Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.  

Katanya, isu tersebut turut membuktikan pembelian alat-alat senjata dan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan dijadikan tempat oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka. 
"Sedangkan itu semua adalah soal keselamatan. Dalam soal keselamatan pula, terdapat dua perkara asas, iaitu maruah nasional dan kedaulatan negara. Mana-mana negara pun di dunia ini mesti ada dua benda itu kerana ia merupakan perkara asas untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Malaysia tidak mempunyai peruntukan yang besar bagi pertahanan, tetapi jika peruntukan itu juga turut dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu, ia pasti menjejaskan kapasiti pertahanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang.
"Sedangkan angkatan tentera kita seperti juga tentera-tentera di negara lain pasti memerlukan peralatan canggih yang bermutu tinggi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Jika peralatan yang dibeli itu berharga rendah, ia pasti tidak bermutu dan tidak menepati keperluan yang sebenar. Ini bukan hanya merbahayakan negara, tetapi turut memalukan tentera kita di mata dunia. Itulah padahnya jika pemimpin tidak melaksanakan amanah rakyat dengan baik," ujar beliau.

Tiada ulasan: