BULETIN RAKYAT     |   
|      Posted: 16 Mar 2013 08:48 PM PDT ![]() Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha ![]() Ng Suee Lim SHAH ALAM – Penyebaran gambar perlakuan  intim seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim disifatkan sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk  'menyerang' Pakatan Rakyat (PR). Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza  Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia  kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga  sudah boleh 'menghidu' dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan. "Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar  mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini).  Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka. "Tindakan mereka itu ibarat sudah  musnahkan masa depan politik sendiri," katanya ketika diminta mengulas  berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan  intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain. Haniza yang juga Adun Taman Medan  mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal  lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah  untuk menjatuhkan PR. Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut. "Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan  dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,  bukannya menggunakan politik durjana," katanya. Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka  serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak  bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama  terhadap Anwar. "Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita  (PR) tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika PR  berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang. "Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi  sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu  liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang  wanita," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor,  Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak  tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya 'kitar semula' isu  berkenaan. "Ini satu tindakan tidak bermaruah dan  politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya.  Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya 'bertempur' dari segi idea,  bukan dengan cara seperti ini. "Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul," katanya. Sinar harian/-  |   
| You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  

Tiada ulasan:
Catat Ulasan