Jumaat, 22 Mac 2013

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

Posted: 22 Mar 2013 08:01 AM PDT

24 Mac 2013 (Ahad)

1) 2.00 – 5.00 ptg – Himpunan Pakatan Harapan Rakyat -
Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah
Lokasi: STAR CITY Convention Centre, Kota Kinabalu

2) 5.00 ptg – Pelancaran – BAS JELAJAH PKR SABAH

3) 700- 10.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Kg Lok Batik Off Sulaman Highway, Tuaran

4) Barisan Penceramah
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. Lt. Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid
iii. YBhg Tamrin Jaini
iv. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
v. YB Dato' Seri Panglima Wifred Bumburing
vi. YB Jimmy Wong Sze Phin
vii. YBhg Ustaz Aminuddin Aling
viii. YBhg Christina Liew Chin Jin

Mitos Si Kaya dan Si Miskin — Anas Alam Faizli

Posted: 22 Mar 2013 03:19 AM PDT

The Malaysian Insider

" Mereka miskin kerana mereka pemalas."

"Ayah dia Tan Sri."

"Dia kenal orang dalam."

"Aku boleh berdiri seperti sekarang kerana usaha kuat aku selama ini."

Luahan-luahan ini biasa didengari dalam "borak kedai kopi", setiap kali topik kaya dan miskin dibincangkan. Ramai pantas menyamakan isu jurang pendapatan yang tidak sama rata sebagai isu kebajikan atau sosialis. Ini berlaku di mana-mana, sedihnya termasuklah golongan "kelas menengah" Malaysia, yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya penerima pendapatan dan pemilik kekayaan dalam kelompok teratas. Isi rumah yang memperolehi RM10,000 ke atas sebulan sudah pun cukup meletakkan mereka dalam golongan 4 peratus paling elit di Malaysia. Hakikatnya, ketika suara-suara kepartian terus menerus membincangkan wacana ketidaksamarataan bernada perkauman, Malaysia tanpa disedari telah bergerak ke dalam kancah peperangan baru, yang berkaitan dengan ketidaksamarataan di antara orang-orang sekaum, iaitu perang perbedaan kelas dan tingkat pendapatan.

Sering dihujahkan bahawa orang miskin dan berpendapatan rendah wujud disebabkan mereka malas, tidak bekerja keras dan sering mengharapkan bantuan. Ini tidak benar. Ramai yang tidak bernasib baik, dilahirkan dalam keluarga yang kurang pendidikan dan kurang kemahiran untuk melepaskan diri daripada cengkaman kemiskinan. Ada yang dilahirkan dengan kecacatan ataupun penyakit kekal, manakala ada yang hidup di kawasan yang sering ditimpa musibah dan merbahaya.

Di satu wajah kehidupan lain pula, kita melihat ahli-ahli perniagaan tidak berkompetensi yang dianak angkatkan oleh "ayahanda-ayahanda" politik, pewaris-pewaris kekayaan dan estet keluarga, serta individu yang bernasib baik ditempatkan dalam industri mewah dengan pulangan lumayan. Kemalasan di sini tidak lagi menjadi isu. Orang kaya pun boleh jadi malas!

Ramai yang tidak berhak miskin, seperti mana juga ramai yang tidak layak menjadi kaya. Kes-kes di atas menggambarkan dengan jelas bahawa bukan semua kemiskinan ialah hasil daripada keengganan untuk bekerja keras, dan bukan semua kekayaan disebabkan oleh usaha dan penat lelah. Maka, perjuangan menentang ketidaksamarataan sebenarnya ialah perjuangan untuk menyamaratakan peluang bagi menghasilkan lebih keseimbangan, dan bukannya untuk menghasilkan kesamarataan dengan campurtangan yang merencatkan. Ini bukanlah perjuangan menentang orang kaya, tetapi perjuangan untuk membantu orang miskin.

Ada apa dengan ketidaksamarataan?

Ketidaksamarataan itu realiti, tidak kisahlah sejauh mana kita percaya dengan pekali GINI sebagai pengukurnya. Malah, perhatian kepada ketidaksamarataan banyak digerakkan oleh kesan ketidaksamarataan itu sendiri yang sudah menunjukkan taringnya, dan bukannya kebangkitan untuk mengelaknya.

Kita boleh melihat kesan ketidaksamarataan kepada masyarakat; seperti ketidaksamarataan kuasa, kesan kepada kadar peningkatan gaji, kesan kepada pertumbuhan, jenayah dan kualiti kehidupan secara amnya. Selagi mana jurang pendapatan dan ketidaksamarataan kekayaan kekal luas, dan pelaburan institusi awam dalam pendidikan, latihan, kebajikan kanak-kanak dan kemudahan awam terus berkurangan, cukai yang progresif dan tindakan afirmatif dalam bentuk tulen dan mengekalkan cita-cita murninya, wajar diberi ruang dalam pembentukan dasar dan polisi institusi awam. Keperluan golongan kaya dalam masyarakat yang berkongsi tanggungjawab membantu golongan miskin cukup kritikal; sebenarnya demi kepentingan mereka juga, kerana kesan-kesan negatif ketidaksamarataan yang tinggi akan dirasai oleh semua.

Salah anggapan tentang pasaran bebas

Dalam mana-mana wacana ketidaksamarataan kekayaan dan kemiskinan, isu "pasaran bebas" tentu sekali akan diketengahkan. Ciri asas kepada pasaran bebas dapat digambarkan dengan konsep "Invisible Hand" yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi kurun ke-18, Adam Smith. Konsep ini berpegang bahawa harga, pengedaran barangan, perkhidmatan, buruh, modal, tanah dan kemahiran manusia ditentukan oleh kuasa pasaran, atau "tangan" yang tidak boleh di lihat secara fizikal. Penyokong sistem ini selalunya menentang peningkatan campur tangan kerajaan seperti derma, cukai, subsidi dan faedah. Ringkasnya, mereka percaya yang hanya pasaran yang dibenarkan bergerak bebas yang akan mencapai keseimbangan secara, seterusnya mencapai produktiviti dan kekayaan untuk negara.

Pasaran mempunyai elemen keadilan yang tidak dapat dinafi; kerja keras akan membolehkan kita mendapat pendapatan yang tinggi, dan kemalasan akan dihukum dengan kesusahan. Pekerjaan, barang-barangan dan tahap gaji ditentukan secara "semulajadi" seperti yang dimintakan oleh masyarakat, berdasarkan keperluan dan keupayaan mereka dan bukan berdasarkan pengagihan kerajaan, yang cukup terdedah dengan situasi terlebih atau terkurang.

Walaupun begitu, keadilan dalam pasaran tidak boleh terlalu diagungkan. Kuasa pasaran boleh menjadi "ganas tanpa belas ihsan", seperti yang dikatakan oleh Jeffrey Sachs. Kewujudan ruang kegagalan dalam pasaran tidak boleh dinafikan sama sekali kerana bukan semua manusia bermula daripada asas yang sama. Dalam sistem yang sama, titik permulaan seperti harta, peluang atau kesihatan fizikal berbeza antara satu sama lain. Ketika ada yang dapat keluar daripada kepompong pendapatan rendah dan berjaya, hasil daripada peluang keemasan, ada juga yang terus kekal terhimpit dalam kitaran ganas ini. Hakikatnya, bukan semua mendapat peluang keemasan.

Antagonis percukaian

Antara penyokong tegar pasaran bebas ialah libertarian di mana etika asas mereka ialah kebebasan. Mereka mendukung idea bahawa hasil ekonomi terbaik hanya akan muncul apabila setiap individu dibiarkan bebas untuk bertindak dan hidup tanpa ada pihak berkuasa yang menetapkan aktiviti ekonomi mereka. Individu tidak perlu dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, selain daripada menghormati kebebasan dan hak milik orang lain. Tanggungjawab kerajaan hanyalah untuk melaksanakan undang-undang dan mengekalkan keamanan bagi melindungi hak milik peribadi. Malah, pendukung libertarian yang ekstrem berpendapat bahawa tidak ada keperluan langsung untuk kerajaan membina prasarana, jalan atau lebuhraya; itu semua perlu ditentukan oleh kuasa pasaran kerana keperluannya sahaja sudah cukup untuk memastikan ada dalam pasaran yang akan membinanya.

Libertarian ialah "Antagonis Percukaian". Antara banyak-banyak campurtangan kerajaan, libertarian menentang kerajaan yang mempromosikan keadilan dan kecekapan menerusi sistem percukaian. Cukai dianggap satu bentuk peras ugut oleh kerajaan yang menghapuskan motivasi mereka yang berkerja kuat, dan berpotensi untuk memberi ganjaran kepada yang tidak berusaha.

Tuntasnya, pendukung libertarian berpegang kepada pasaran bebas sebagai satu-satunya cara untuk mengagihkan ekonomi secara demokratik; kebebasan gaya libertarian ialah penyelamat demokrasi dan penjamin kemakmuran. Oleh itu, usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin juga menjadi isu yang dibantah oleh kelompok libertarian.

Libertarian di Malaysia

Banyak pihak gemar meremehkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tetapi kejayaan dasar ini hampir menghapuskan kemiskinan tidak dapat dinafikan; kejadian kemiskinan telah berkurang dari 50 peratus pada 1970 kepada 3.8 peratus kini. Golongan yang dahulunya miskin, kini membentuk kelas menengah dan profesional Malaysia.

Malangnya, tidak ada apa yang boleh dibanggakan daripada DEB selepas pertengahan tahun 90-an. Korupsi, ketirisan dan kepincangan integriti yang diperlihatkan dalam sistem kerajaan telah memburukkan lagi situasi. Mungkin kekecewaan terhadap institusi kerajaan inilah yang menyuburkan ideologi libertarian di Malaysia.

Adakah Libertarianism untuk Malaysia? Kita boleh mula mencari jawapannya dengan kembali kepada persoalan keperluan mewujudkan kerajaan. Ada persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan awam. Kita juga tidak memerlukan lebih daripada satu pasukan polis, bomba atau mahkamah undang-undang yang bersaing antara satu sama lain. Tanpa kerajaan, siapakah yang akan mengendalikan masalah alam sekitar, meregulasikan kebejatan moral, memastikan individu tidak mencederakan satu sama lain, dan melindungi kedaulatan rakyat Malaysia? Mengurangkan peranan sosok kerajaan mungkin boleh dipertimbangkan, tetapi menghapuskannya sama sekali boleh membawakan kemudaratan yang sukar dibayangkan.

Seterusnya kita tiba kepada isu kemiskinan pula. Niat baik libertarian yang terpuji yakni memberi ganjaran kepada usaha keras dan mengurangkan pengaruh kerajaan yang korup, sebenarnya turut membuka ruang yang terlalu luas kepada kesinambungan kekayaan bagi yang sudah kaya dan kitaran kemiskinan yang semakin ganas. Seperti yang dihujahkan, setiap manusia bermula dari latarbelakang yang berbeza. Yang kaya terus berada dalam kedudukan yang membenarkan mereka meluaskan empayar kekayaan mereka- malah mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka diberi peluang dan dibenarkan berbuat demikian! Lebih teruk lagi jika kekayaan datang dari pemerolehan dan penggarapan kekayaan yang sedia ada, dan bukannya lahir dari perekaan kekayaan yang baru dan nilai tambah yang baru; lantas seterusnya meningkatkan saiz ekonomi.

Akhirnya, kuasa akan berada dalam genggaman sektor korporat dan golongan kaya, lantas memberikan mereka kuasa mempengaruhi dasar awam secara signifikan, bertentangan dengan hasrat murni asal "demokrasi" libertarian tadi. Ahli lembaga pengarah dan ketua syarikat tidak dapat dipilih oleh rakyat, seperti kerajaan yang terlantik. Ketakutan libertarian terhadap negara sosialis yang akan menuju ke arah fasism sebenarnya juga boleh berlaku dalam pasaran bebas yang menyamar sebagai sektor korporat. Kegagalan pasaran bebas kemudiannya akan menjadi persoalan kegagalan politik, dan bukan sahaja persoalan kegagalan ekonomi!

Sekarang cuba bayangkan "pasaran bebas" ini di Malaysia, dengan tahap ketidaksamarataan antara tertinggi di Asia (menurut ukuran GINI). Golongan miskin yang tidak berdaya akan terus ketinggalan dalam kuasa pasaran berbanding golongan kaya. Di sinilah keadaan di mana hasrat murni kebebasan ekonomi yang tulen seperti yang dicadangkan oleh libertarian tidak mampu menjanakan hasil yang diidamkan pada asalnya.

Manifesto Pakatan Rakyat: Manifesto yang tepat pada masanya

Apapun pandangan politik kita, wajar kita bersetuju sedikit sebanyak dengan manifesto Pakatan Rakyat. Bagi menyelesaikan isu-isu asas ekonomi, empat teras utamanya selari dengan isu yang dihadapi oleh rakyat; yakni kebebasan rakyat, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat. Di Malaysia, statistik rasmi kemiskinan yang diterbitkan mungkin kelihatan rendah, tetapi secara relatifnya, ramai rakyat (terutamanya golongan miskin urban) boleh dikira miskin. Harga rumah yang meningkat dan taraf hidup yang semakin melonjak tinggi tidak selari dengan peningkatan gaji mengakibatkan rakyat biasa terhimpit dengan bebanan hutang yang banyak dan generasi-generasi yang terlahir mempunyai tahap produktiviti yang rendah disebabkan oleh kemahiran pendidikan yang terhad.

Bagi kerajaan untuk terus relevan dalam menahan serangan libertarian, campurtangan kerajaan perlu bersifat taktikal, dan bukannya haru biru mengikut keperluan meraih undi. Sekiranya pendirian kerajaan ialah pro-bisnes, ia perlu disandarkan bersama dengan jaringan keselamatan sosial untuk melibatkan isi rumah berpendapatan rendah dalam pencarian kekayaan dan pertumbuhan. Jika fokusnya ialah rakyat, perhatian perlu diberikan bagi memastikan kehendak perniagaan tidak dilupakan. Aspirasi begini mustahil untuk dicapai tanpa dasar seperti yang dicadangkan oleh manifesto PR; peluasan peluang pendidikan (dengan memberi pendidikan tinggi percuma), pengurangan kos sara hidup (utiliti dan tol), subsidi terpilih, dan penekanan soal gaji dan pendapatan yang pada masa kini ditekan di tahap rendah oleh kerana kemasukan besar-besaran pekerja asing.

Kita belum melihat janji manifesto Barisan Nasional, tetapi sebagai permulaan, manifesto itu perlulah lebih diperincikan berbanding Manifesto 2008 yang umumnya berbunyi; "berjanji akan memacu ekonomi ke arah perkembangan". Hakikatnya, memacukan ekonomi memanglah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan!

Membangunkan golongan miskin: Menyamaratakan padang persaingan

Artikel ini bukan menyarankan kemunculan Robin Hood zaman moden, merompak golongan kaya yang bekerja keras dan memberikan harta mereka kepada yang miskin. Golongan kaya boleh memberikan bantuan dengan mengendong sedikit tanggungjawab untuk menaikkan tahap pendidikan, kesihatan dan kadar produktiviti golongan miskin. Bayangkan perbezaan sebuah komuniti yang mempunyai seorang hartawan bernilai RM40 bilion dan golongan miskin yang ramai, dengan sebuah komuniti yang mempunyai 400 isi rumah bernilai RM10 milion setiap satu. Sejauh mana kita tidak suka membayar cukai sekalipun, kita menerima kesahihannya selagi mana ia dijadikan undang-undang dan digunakan sebaiknya.

Hal ini juga tidak bermakna golongan miskin boleh goyang kaki. Peluang sudah diberikan, dan tiba masanya mereka menggunakannya. Ideanya ialah kek ekonomi yang lebih besar dan mewujudkan dan melahirkan nilai-nilai baru, yang Malaysia tidak dapat nikmati sekarang kerana golongan miskin yang berpotensi menghasilkannya tidak diberi peluang.

Dengan mengambil kira semua perkara ini, di manakah kedudukan libertarianism, cukai untuk golongan kaya dan perniagaan, dan pasaran bebas? Adakah peningkatan peranan kerajaan semestinya wenatijahkan korupsi? Negara kebajikan di rantau Skandinavia mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dalam Index Pembangunan Manusia (HDI). Pada masa yang sama, negara-negara terbabit adalah antara negara yang paling seimbang dengan tadbir urus dan kawalan terhadap korupsi terbaik, walaupun mempunyai saiz kerajaan yang lebih besar.

Kesudahannya, ekonomi yang sihat ialah ekonomi campuran, di mana kerajaan dan kuasa pasaran memainkan peranan masing-masing. Nisbah yang tepat memang terus menjadi tanda tanya; tetapi permulaan yang baik adalah dengan berhenti daripada terus-menerus menidakkan realiti ketidaksamarataan. Ketidaksamarataan bukanlah sekadar hobi para aktivis anti-kapitalis yang cemburu dengan sektor korporat dan golongan cendikiawan ekonomi pembangunan yang sibuk mencari isu sensasi untuk penyelidikan mereka.

Benar, campurtangan kerajaan pelbagai bentuk dan saiznya mungkin mampu merencatkan kemampuan, tetapi kefahaman "orang miskin malas dan orang kaya rajin" itu hanyalah satu mitos. Ke arah Malaysia yang lebih baik, kita tiada pilihan selain untuk terus meningkatkan produktiviti dengan suatu fokus yang baru; iaitu penglibatan semua golongan dalam semua kelas dan tingkat ekonomi.

Jika tidak, Malaysia akan terinjak-injak bergerak ke hadapan, dengan membawa bersama bebanan kesan dasar-dasar awam yang silam.

"Negarawan ialah mereka yang berfikir untuk generasi masa hadapan, manakala ahli politik pula ialah mereka yang hanya berfikir tentang pilihanraya akan datang." — Abraham Lincoln

* Anas Alam Faizli adalah seorang professional minyak dan gas. Beliau sedang menamatkan ijazah kedoktoran, pengarah eksekutif TFTN dan berTwitter di @aafaizli.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bekas OCPD: Tukar Kerajaan, Pulihkan Wibawa Polis

Posted: 21 Mar 2013 10:40 PM PDT

Malaysiakini

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

“Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

“Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh,” kata dalam forum “Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara” di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

‘Kenapa bacul bertindak?’

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana “menerima arahan” sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

“Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

“Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

“Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?” katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

“Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

“Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap,” katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

‘Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia’

Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

“Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

“Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak,” katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

“Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

“Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia,” kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

[Kenyataan Media] Papagomo @ Wan Muhammad Azri Wan Deris Adalah Pengundi Hantu

Posted: 21 Mar 2013 10:34 PM PDT

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

 

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

 

(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)

 

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

 

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

 

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.

 

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

 

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

 

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:

F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

 

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:

SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

 

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

 

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

 

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.

 

 

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi

 

22 MAC 2013 

 

 

LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM

 

No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan : “Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. “
Hukuman : “Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak”

Tiada ulasan: