Rabu, 27 Mac 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Majlis Daerah Kuala Pilah parti komponen BN ke 44?

Posted: 26 Mar 2013 11:23 PM PDT




Adakah Majlis Daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan merupakan sebahagian dari parti komponen Barisan Nasional atau Barisan Nasional adalah merupakan satu jabatan dari Majlis Daerah Kuala Pilah? Gambar ini disebarkan oleh Facebook Keadilan Kuala Pilah.

Sumber

Bendera BN di N.Sembilan boleh diturunkan 12 tgh mlm ini?

Posted: 26 Mar 2013 05:27 PM PDT





Hayat kerajaan BN N.Sembilan akan tamat jam 12 tgh mlm ini, Khamis 28 Mac 2013. Jika beberapa minggu lepas banyak bendera PAS dan PKR diturunkan oleh petugas Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai tanpa diturunkan bendera BN atas alasan yang diberikan bendera BN tak boleh diturunkan oleh MPS dan MPN kerana pada ketika itu kerajaan negeri yang memerintah adalah kerajaan BN?

Adakah mulai Khamis 28 Mac 2013 , penyokong Pakatan Rakyat boleh membantu petugas MPS dan MPN menurunkan bendera BN atas alasan kerajaan yang memerintah ialah kerajaan sementara bukan kerajaan BN?

Dan kerajaan sementera ini pun belum ada Menteri Besar sementara kerana Menteri Besar sementara ini pun perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

Atau kita sama-sama boleh berunding Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan agar semua parti diberi kebebasan untuk menggantung bendera masing-masing di tempat-tempat awam?

DAULAT TUANKU

Masih kah kita ingat betapa banyaknya bendera PAS diturunkan oleh petugas Majlis Perbandaran Seremban ketika rakyat sedang menyambut majlis jamuan Hari Raya di Dataran Senawang seperti yang dilaporkan di http://pasns.blogspot.com/2012/09/banyak-bendera-pas-diturunkan-mps-di.html

Tiada ulasan: