Selasa, 19 Mac 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


120 pekerja ditahan cuba cetus Nepal Spring

Posted: 19 Mar 2013 02:09 AM PDT




19 Mac 2013  - Kesemua 120 pekerja Nepal yang ditahan kerana cuba berdemonstrasi di bandar itu sehingga dikhuatiri boleh mencetuskan Nepal Spring telah dibebaskan malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam operasi selama 10 jam tersebut dibebaskan selepas didapati mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah.

Katanya, pihaknya turut mendapat kerjasama baik daripada pihak majikan yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini. "Hasil siasatan juga mendapati mereka tidak membawa sebarang senjata tajam atau objek merbahaya. Kita tahan di tempat mereka sering berkumpul di bandar ini selain semasa sekatan jalan raya untuk masuk ke pusat bandar.

"Mereka bekerja di kilang-kilang perabot di sekitar Muar dan Bakri. Keadaan terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," katanya semasa ditemui selepas Majlis Penyerahan Tabung Wira Lahad Datu Sumbangan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Johor (PPPKMNJ) cawangan Muar di IPD Muar hari ini

Tiada ulasan: