Suara Sri Andalas |
- 100 Orang Menyertai Kumpulan Pertama Tahun 2013 Program Jom Shopping DUN Seri Andalas
- 180 Hamper Makanan Sebagai Tanda Hargai Warga Emas
- Lebih 200 Wanita Telah Menyertai Kelas Menjahit Anjuran DUN Seri Andalas
- Syabas Yang Gagal Mahu Dibantu, Kerajaan Selangor Yang Berjaya Diabaikan
- Sambutan Perayaan Ponggal di Pandamaran
100 Orang Menyertai Kumpulan Pertama Tahun 2013 Program Jom Shopping DUN Seri Andalas Posted: 03 Feb 2013 08:28 PM PST Pada 31 Januari 2013 yang lepas, Program Jom Shopping pertama untuk tahun 2013 telah diadakan di pasaraya Econsave Kampung Jawa. Seramai 100 orang telah menyertai program tersebut. Walaupun sibuk dengan dengan tugas sebagai ADUN dan EXCO, YB Dr Xavier Jayakumar mengambil kesempatan untuk turun padang menyertai para peserta program. Terima kasih kepada pihak pasaraya Econsave yang telah memberi layanan yang baik, para peserta dan sukarelawan telah diberi minuman ketika program dijalankan. |
180 Hamper Makanan Sebagai Tanda Hargai Warga Emas Posted: 03 Feb 2013 06:30 AM PST DUN Seri Andalas, 3 Februari 2013 - Satu majlis pemberian hamper telah diadakan di Tokong Sheng Keng pada hari ini pada pukul 9.30 pagi. Sebanyak 180 hamper beris makanan serta ang pau telah diedarkan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Pemberian hamper ini kepada warga emas adalah sebagai tanda menghormati mereka. Suasana pada majlis tersebut adalah meriah. Lebih 250 orang menghadirinya. Kebanyakan warga emas dibawa oleh anak-anak mereka. Makanan dan minuman ringan disediakan oleh pihak pengurusan tokong. |
Lebih 200 Wanita Telah Menyertai Kelas Menjahit Anjuran DUN Seri Andalas Posted: 03 Feb 2013 02:05 AM PST DUN Seri Andalas, 3 Februari 2013 - Pada hari ini para peserta kelas jahitan basik dan langsir kumpulan ke-13 serta kumpulan peserta kelas jahitan pakaian Punjabi ke-8 dan ke-9 telah menamatkan kelas dan diberi sijil tamat kursus. Dari Mac 2012 sehingga Januari 2013, lebih dari 200 wanita telah menghadiri kelas jahitan yang diadakan oleh pejabat khidmat ADUN seri Andalas. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mengajar para wanita di DUN Seri Andalas teknik-teknik jahitan yang akhirnya dapat membantu mereka menjana pendapatan. |
Syabas Yang Gagal Mahu Dibantu, Kerajaan Selangor Yang Berjaya Diabaikan Posted: 03 Feb 2013 01:00 AM PST BANDAR TUN RAZAK, 3 FEB: Bantuan RM 120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh Kerajaan Persekutuan tidak akan menyelesaikan kemelut air Selangor kerana Syabas sebelum ini terbukti gagal mengurus dana yang diberikan kepadanya. Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini, Syabas telah membelanjakan RM 1.169 bilion – lebih daripada yang diperuntukan di bawah perjanjian – tetapi syarikat itu masih gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 19.98 peratus. NRW adalah air yang hilang melalui kebocoran paip atau yang telah dicuri. Kadar NRW sekarang di bawah Syabas adalah 33 peratus, kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini. Pada sidang media pagi tadi, Abdul Khalid menegaskan bahawa masalah pengurusan air, yang pada awal Januari menyebabkan setengah juta penduduk di Lembah Klang tidak dapat bekalan, hanya boleh diselesaikan dengan penyusunan semula. "Kerajaan Persekutuan tahu mengapa penyususnan semula industri air perlu dilakukan. Pemberian RM120 juta tidak menyelesaikan masalah Syabas. "Syabas dan syarikat operator (konsesi) air mesti disusun semula untuk menyelesaikan masalah penghantaran air dan Non Revenue Water (NRW) " katanya pada satu sidang media sempena lawatan kerja ke Parlimen Bandar Tun Razak. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 120 juta kepada Syabas. Selain itu, Abdul Khalid membidas kenyataan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mendakwa tarif air yang rendah di Selangor menyebabkan rakyat di negeri ini menyalahgunakan air. "Kenyataan Peter Chin dikatakan air di negeri ini murah sehingga mereka (rakyat) menyalahgunakan air ini adalah tidak berasas. Melalui kajian kita dari tahun 2004 sehingga 2011, purata penggunaan air berkapita tidak meningkat. "Tidak meningkat menunjukkan tidak ada kenyataan orang salah gunakan air," ujarnya lagi. Abdul Khalid menegaskan, keperluan asas seperti air dan elektrik tidak boleh diuruskan dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya ia mesti diuruskan dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. "Walaupun kita boleh menentukan tarif bayaran tapi kita kena menentukan tarif yang tidak membawa kepada keuntungan terlalu banyak kerana keuntungan (terlalu banyak) ini akan memeras (rakyat). "(Ini menunjukkan) ada perbezaan polisi pengurusan antara Peter Chin dengan saya," tambah Abdul Khalid. Minggu lepas, Kerajaan Negeri mengumumkan akan memulakan proses pengambilalihan perkhidmatan pengedaran dan rawatan air daripada Syabas dan tiga lagi syarikat konsensi. Usaha tersebut sebahagian daripada dasar penstrukturan semula industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sumber: Selangorku |
Sambutan Perayaan Ponggal di Pandamaran Posted: 02 Feb 2013 01:00 AM PST |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan