Suara Sri Andalas |
Posted: 19 Feb 2013 06:02 PM PST Menjelangnya Pilihan Raya Umum yang ke-13, vandalisme terhadap kain rentang dan banner yang dipasang di sekitar DUN Seri Andalas untuk program-program bertemu dan bersama rakyat semakin menjadi-jadi. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencerminkan tahap pemikiran mereka yang masih lagi berada di tahap yang mundur, kebelakang dan terdesak. Terbaru, banner-banner yang dinaikkan untuk menjemput orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas (majlis akan diadakan pada 24 Februari 2013, jam 2-5 petang di Jalan Bendahara 45, Off Jalan Jati, Taman Mewah, Klang) telah dimusnahkan. Walaupun ada banner tersebut yang dinaikkan dan dipacak dengan konkrit, ia juga dimusnahkan sehingga menyebabkan kemudahan awam seperti longkang bersebelahan dipecahkan. Tindakan sebegini harus dihentikan serta-merta kerana bertentangan dengan amalan demokrasi dan logik akal. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan