Ahad, 17 Februari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Sumbangan Kerusi Roda di Pandamaran

Posted: 17 Feb 2013 01:15 AM PST

Pada 16 Februari 2013, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan bantuan sumbangan kerusi roda kepada Puan Parimala yang merupakan seorang ibu tunggal untuk kegunaan anak perempuannya yang berusia tiga tahun yang tidak dapat berjalan sejak dilahirkan.

Bantuan kerusi roda tersebut telah disampaikan di rumah mereka yang terletak di pandamaran.




MB : Dasar Ketelusan Dan Kebertanggungjawaban Tarikan Utama Pelaburan RM 48 Bilion Ke Selangor

Posted: 17 Feb 2013 12:30 AM PST

SHAH ALAM 17 FEB : Dasar Ketelusan dan Kebertanggungjawaban yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah pemangkin kepada tarikan dan pertumbuhan pelaburan negeri itu.

Pencapaian RM 48 bilion dalam lima tahun lepas menunjukkan dasar-dasar tersebut yang menjadi tunjang prinsip pentadbiran PR, berjaya menarik pelaburan sehingga Selangor menerajui semua negeri dalam jumlah pelaburan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dasar ketelusan menunjukkan Kerajaan Negeri terbuka dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan yang sihat.

Beliau berkata sejak 2008 Selangor konsisten menduduki tempat pertama atau kedua negeri yang mendapat pelaburan tertinggi.

Negeri kedua yang mencapai jumlah pelaburan tertinggi di negara ini adalah Sarawak yang memperolehi jumlah pelaburan sebanyak RM 40.72 bilion.

"Itulah sebabnya kita mengumumkan bahawa Negeri Selangor sebagai negeri pertama yang mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi sejak 2008," ujar Abdul Khalid.

"Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua para pelabur dengan sokongan dan kejayaan anda semua," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penghargaan Pelabur 2012 anjuran Selangor State Investment Center (SSIC) yang diadakan di I-Walk I-City di sini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Selangor, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar serta Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim.

Di majlis itu, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Shah Alam menerima penghargaaan kerana terpilih sebagai "Kawasan Yang Paling Digemari Para Pelabur Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan."

Sementara itu, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Hulu Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Petaling Jaya dan Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Klang menerima anugerah bagi kategori Daerah.

Untuk Kategori Pelabur Dalam Negara Dengan Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Asia Pasific Truck And Bus Sdn Bhd dan SKS Building Coach Sdn Bhd.

Manakala Kategori Pelabur Luar Negara Yang Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Baker Mansion dan DSG (M) Sdn Bhd.

Sumber: Selangorku

RM1.68 Juta Untuk Jom Shopping Ibu Tunggal Dilancar

Posted: 16 Feb 2013 01:30 AM PST

PETALING JAYA 16 FEB : Kerajaan Negeri terus mara memperkasa golongan wanita dengan pelancaran program kebajikan terbaru hari ini, Jom Shopping Ibu Tunggal.

Bertempat di Hypermarket Giant Kota Damansara petang tadi, seramai 150 peserta daripada sembilan DUN bertuah apabila menjadi kumpulan pertama ibu tunggal yang menikmati inisiatif tersebut dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalm ucapan perasmiannya berkata, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

"Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang perbezaan kurang pendapatan yang tinggi, maka Kerajaan Negeri perlu bijak menguruskan wang rakyat.

"Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat," ucap beliau yang turut ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas.

Peserta ibu tunggal yang terlibat hari ini adalah daripada DUN Batu Tiga, Dun Kota Anggerik, DUN Taman Medan, DUN Meru, DUN Seri Setia, DUN Paya Jaras, DUN Bukit Lanjan, DUN Gombak Setia dan DUN Kota Damansara.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 1.68 juta untuk menjayakan program sulung ini dengan dijangka dapat menarik penyertaan seramai 150, 000.

Mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor boleh memohon untuk program itu dengan mendaftar di Pusat Khidmat DUN atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa.

Sumber: Selangorku

Anwar : Tan Sri Khalid Pencetus Idea Projek PPR

Posted: 16 Feb 2013 01:00 AM PST

BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab mencetus idea mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti yang ada sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, idea itu disampaikan Abdul Khalid yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada beliau sebagai Menteri Kewangan ketika itu.

Selepas itu Kementerian Kewangan ketika itu meluluskan dana sebanyak RM2.4 bilion untuk projek PPR termasuk projek terawal di Baling Kedah.

"Abdul Khalid jumpa saya beri cadangan bantu orang miskin memilik rumah, tetapi jangan tubuhkan badan baru sebab kalau tubuh badan pengurusan baru akan tambahkan bermacam perbelanjaan yang makan hampir separuh dan yang tinggal untuk dibelanjakan untuk rakyat tinggal sedikit," ujar Anwar dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Anwar juga memberitahu sekiranya menang nanti semua dasar Pakatan Rakyat (PR) boleh dilaksanakan dan tidak akan menyebabkan hutang negara bertambah sepertimana yang berlaku dibawah Umno-BN sekarang.

Sebaliknya PR akan memastikan setiap perbelanjaan akan dilakukan secara  cermat dengan memastikan tiada ketirisan dan rasuah berlaku yang merugikan rakyat seperti hari ini.

Anwar menambah pengurusan kewangan yang cekap akan menjadikan ekonomi negara bertambah baik dan sekaligus mampu menarik pelabur asing.

"Kita tak boleh buat sampai negara rugi, kita tak boleh buat sampai negara berhutang.

"Apa (Datuk Seri) Najib kata? (Rezab Selangor) lebih RM2.5 bilion itu dia kata bodoh, tak tahu ekonomi, tetapi hutang (Kerajaan Persekutuan) RM540 bilion itu pandai," sindir Anwar yang membandingkan kecekapan Kerajaan PR Selangor dengan Kerajaan Pusat dalam isu pengurusan dana kerajaan masing-masing.

Antara dasar yang disebutkan Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 5,000 di Taman Bukit Anggerik, Cheras tengahari tadi termasuklah menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam selepas pilihan raya, pendidikan percuma dan membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu beliau turut mengulangi hasrat PR untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan 20 peratus cukai eksais dan memastikan pemandu teksi memperolehi permit teksi mereka sendiri.

Sumber: Selangorku

Jambatan Ketiga Klang Akan Disiap Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

Posted: 15 Feb 2013 01:00 AM PST

KLANG, 15 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa pembinaan jambatan ketiga Klang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, peruntukkan pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu sudah disediakan melalui wang rizab simpanan negeri sejumlah RM300 juta.

"Negeri Selangor sudah ada dana yang kita umumkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun lepas bahawa rizab RM300 juta sekurang-kurangnya akan digunakan untuk pembangunan jambatan di Klang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Ke-Tiga Klang di Jalan Tepi Sungai, Klang hari ini.

Turut hadir, barisan ahli Exco Selangor, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Adun Meru, Dr Rani Osman, Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri serta ahli-ahli Majlis MPK.

Menurut Abdul Khalid, proses memilih reka bentuk jambatan baru itu akan dimulakan mulai minggu depan sebelum tender dikeluarkan.

"Selepas kita tender, kita juga akan mengumumkan pemenangnya," katanya lagi.

Katanya, tempoh pembinaan jambatan itu juga akan ditetapkan iaitu diantara 18 bulan sehingga 24 bulan.

Sebelum ini, Kerajaan Umno-BN berjanji untuk membina jambatan ke-tiga ini pada tahun 2008 tetapi tidak menunaikannya walaupun Majlis Pecah Tanah pembinaan jambatan itu telah dilakukan.

Pembinaan jambatan merentasi Sungai Klang ini penting kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk di Klang kerana tidak perlu meredah kesesakan di tengah bandar Klang untuk ke Kuala Lumpur atau ke Pelabuhan Klang.

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan: