Jumaat, 22 Februari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


KEADILAN lancar badan pemikir bebas, Institut Rakyat

Posted: 21 Feb 2013 08:50 PM PST


PETALING JAYA 21 FEB: KEADILAN melancarkan Institut Rakyat, sebuah badan pemikir bebas sebagai platform penyelidikan yang berperanan membuat kajian dan memberi saranan implementasi dasar kepada parti dan kerajaan.
IMG_9140
Pada sidang media selepas majlis pelancaran disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Empire di sini, hari ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata setiap perancangan tidak boleh dibuat secara ad-hoc (tergesa-gesa), dalam konteks perubahan politik di Malaysia.

"Negara memerlukan perencanaan baik dan rapi sebagai panduan kepada pelaksanaan dasar," katanya yang juga Pengerusi Institut Rakyat.
Timbalan Pengerusi Institut Rakyat, Dr Syed Husin Ali pula berkata, badan pemikir itu akan memberi tumpuan kepada kajian dan pembentangan kertas dasar, forum akademik ekonomi dan pentadbiran selain latihan kepada belia dan pimpinan muda.
"Kita akan adakan mesyuarat bersama untuk dipersetujui lembaga pengarah. (Sekarang ini) Institut Rakyat merangka dasar yang akan dilaksanakan, menulis kertas dasar, penyelidikan dan menghasilkan penerbitan," katanya.
IMG_9148
Ditanya sama ada Institut Rakyat turut menggubal dasar dan manifesto KEADILAN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, Syed Husin berkata, kerja penyelidikan institut berkenaan terpisah.

Institut Rakyat terdiri dari ahli lembaga pengarah, panel penasihat hub penyelidikan dan belia yang memfokus kepada kajian ekonomi/kewangan, undang-undang, pentadbiran serta keadilan sosial.
Institut itu merupakan kumpulan pemikir yang mengkhususkan pemerhatian aspek media, seni, budaya, pembangunan manusia, kestabilan, dasar luar negara dan keselamatan.
Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Tricia Yeoh, pula berkata hubungan kerajaan dengan rakyat atau parti politik dengan rakyat, tidak lagi bersifat sehala berikutan rakyat kini lebih celik politik.
"Institut menawar debat polisi dan mengajak rakyat terlibat sama. Kita melakukan hubungan melalui debat, forum dan bengkel. Kita raikan peranan semua pihak," katanya.
IMG_9259
Antara panel penasihat institut itu ialah Dr Azmi Sharom, Dr Jomo Sundaram, Dr Maznah Mohamad, Dr Pawancheek Marican dan Profesor Zaharom Nain manakala penasihat penyelidik ialah Azrul Azwar Tajuddin, Wong Chen, Ginie Lim dan Yin Shao Loong.

Institut Rakyat beralamat di No 6, Lorong 5/17D, Seksyen 5, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Maklumat mengenai institut itu boleh diperolehi melalui www.institutrakyat.orgatau menghubungi talian 017-2043277 dan emel info@institutrakyat.org
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45656

Sokongan muda meningkat, Rafizi yakin peluang Pakatan cerah di Pandan

Posted: 21 Feb 2013 08:46 PM PST


Calon KEADILAN untuk Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat berpeluang cerah menang kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) atas beberapa faktor.
Rafizi
"Peluang kita lebih cerah kali ini berbanding 2008, kerana masa itu kita kurang bersedia.  Saya yakin tidak mudah untuk BN mengekalkan kedudukannya nanti," kata Rafizi kepada Keadilan Daily.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu, sokongan positif penduduk Pandan dilihat melalui beberapa faktor, antaranya kesediaan belia setempat untuk tampil mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantunya memantau ejen tempat mengundi (Paca).
"Kehadiran sukarelawan kira-kira 50 hingga 70 anak muda di Pandan untuk jadi Paca satu perkembangan baik kerana di tempat lain tidak mudah untuk mendapat sambutan begitu," kata Rafizi.
"Sejak dibuka pendaftaran dua minggu lalu, sehingga kini sudah ada lebih kurang 170 Paca, dan saya yakin menjelang PRU 13, kita akan peroleh lebih 300 sukarelawan," jelasnya.
KEADILAN Pandan turut membuka kaunter sekitar Parlimen itu untuk membolehkan orang ramai menyemak dan menyaman Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berhubung masalah bekalan air yang sering berlaku ekoran sabotaj BN.
"Setakat ini kita sudah kumpul kira-kira 1,300 saman dari penduduk Pandan terhadap Syabas. Dalam tempoh dua minggu ini juga, kita bertemu hampir 3,000 pengundi dari rumah ke rumah," sambung Rafizi.
"Satu lagi faktor kekuatan Pakatan di Pandan adalah ketiga-tiga parti cukup kuat bekerjasama, semua program yang dijalankan secara bersama. Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bukit Teratai, YB Janice (Lee) dari DAP juga bertungkus lumus membawa saya berjumpa pengundi," kata Rafizi lagi.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan Pandan merupakan 'kerusi panas' kerana pengaruh Ong Tee Kiat yang sudah dikenali lama oleh penduduk.
"Orang muda memang cenderung dan lebih mengenali saya, tetapi kita tidak menolak undi orang lama yang mungkin masih berpihak kepada pengaruh Tee Kiat. Apapun, kita bersedia dan BN akan menghadapi kesukaran untuk bertahan di sini," kata Rafizi.
Pandan
Dalam perkembangan hari ini, MCA menggugurkan Tee Keat daripada bertanding di kerusi Pandan, dan mencalonkan muka baru Gary Lim, 39, seorang peguam.

Dipercayai ini strategi baru BN dengan memperkenalkan calon muda bagi menentang Rafizi, 36, yang kini didapati mendapat ramai sokongan muda di kawasan tersebut.
Tee Keat mewakili Pandan selama lima penggal dan adalah antara 15 Ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada 2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal separuh.
Beliau juga merupakan calon MCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor.
Selepas PRU 2008, beliau dipilih sebagai Presiden MCA, tetapi tewas kepada Chua Soi Lek 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam parti itu.
Pada 2008, Syed Shahir Syed Mohamad mewakili KEADILAN tewas menentang Tee Keat dengan majoriti 2,961 undi.
Kini tsunami politik bakal berulang tidak lama lagi ketika Pakatan bersedia dengan calonnya di Pandan, sedangkan BN masih tercari-cari calon yang sesuai menandingi kehebatan Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45623

Bekas Menteri & Timbalan Menteri dari Sabah sertai KEADILAN

Posted: 21 Feb 2013 08:45 PM PST


Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.
Anwar
Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.
"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya dipetikMalaysiakini.
Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45619

KEADILAN anjur ‘Catwalk Candidate’ perkenal calon PRU 13

Posted: 21 Feb 2013 08:33 PM PST


KUALA LUMPUR 21 FEB: KEADILAN buat pertama kali akan memperkenal calon PRU 13 menerusi acara 'Catwalk Candidate' pada Konvensyen parti itu 5 Mac ini.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, acara 'sensasi' yang bakal menghangatkan pentas konvensyen itu merupakan kaedah parti yang terkini dan ke hadapan.
"Konvensyen KEADILAN dijadual pada 5 Mac. Kita ada buat 'Catwalk Candidate', tanpa ucapan-ucapan seperti kebiasaan.
Rafizi
"Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan 'panas'. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional.

"Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan 'terpanas'," katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Rafizi berkata, dengan perkenal calon terus kepada rakyat, sekurang-kurangnya mampu membuktikan KEADILAN berkeyakinan menampilkan calon, tidak seperti Umno BN yang hanya menang 'berkokok'.
"Dengan tindakan ini kita dapat patahkan Umno BN yang heboh pasal calon boleh menang sejak tiga tahun lepas, tapi seorang pun tak keluar-keluar (diumumkan) sampai sekarang.
"Kita nak tunjukkan walau tiga tahun kamu (Umno BN) bercakap soal calon boleh menang, tapi sebenarnya tiada calonpun.
"Inilah bukti keupayaan dan kejayaan dalam KEADILAN. Kita sering mendahului mereka, dalam diam-diam tiba-tiba ada (calon), jadi mereka akan terkejut," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45650

Tiada ulasan: