Khamis, 7 Februari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Zahid tolak kajian TI, bukti Kementah beli senjata secara rasuah – Rafizi

Posted: 06 Feb 2013 07:38 PM PST


Ekoran tidak mempunyai jawatankuasa selia di peringkat Parlimen yang bertanggungjawab menyemak dan memastikan strategi pembelian persenjataan mengakibatkan rasuah pertahanan negara semakin meningkat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, tidak seperti negara lain, yang mengamalkan konsep telus berbanding Malaysia, menyebabkan pengaliran wang negara dan pertumbuhan ekonomi terbantut.
tentera
"Di negara-negara lain walaupun kontrak itu secara tender terbuka, dan ada perbincangan sulit berlaku, tetapi ada jawatankuasa. Kalau di Amerika Syarikat ada dua peringkat (jawatankuasa), di UK (United Kingdom) pun ada. Begitu juga di mana-mana negara ada satu jawatankuasa bebas selalunya daripada kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan kontrak itu betul-betul telus dan bersesuaian dengan harga.

"Tanpa jawatankuasa ini, kedudukan negara kita jauh di bawah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Beliau merujuk kritikan Transperancy International (TI) berkenaan indeks rasuah pertahanan negara yang dinilainya ada kebenaran berikutan amalan negara menjadi penyumbang kepada berlakunya rasuah.
"Perkara ini ditimbulkan dalam TI. Mereka mengkritik pembelian senjata di Malaysia dibuat secara rahsia, dikawal dan ditentukan sekelompok kecil. Perkara ini memang banyak berlaku. Ekoran itu, kedudukan indeks anti rasuah pertahanan rendah," jelas Rafizi.
"Kontrak pembelian kereta kebal, senjata, bukan ditentukan oleh jeneral (tentera). Kita tahu kerana jeneral bersama dengan kita. Setiap hari kita duduk berbincang dengan mereka tentang pembelian itu, tapi sebenarnya ia berlaku atas kehendak menteri," kata Rafizi.
Ini berikutan pendedahan bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berhubung amalan kepimpinan Kementerian Pertahanan (Mindef) membeli senjata melalui kaedah secara rundingan terus dan terdedah kepada rasuah, baru-baru ini.
"TI juga mengkritik akta-akta kerahsiaan di Malaysia seperti rahsia rasmi yang menyekat maklumat menyebabkan rakyat tidak boleh menilai," sambungnya.
Beliau turut menempelak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi apabila menyalahkan kaedah penentuan Indeks Anti Rasuah Pertahanan yang diguna pakai TI kerana tidak mahu mengakui pentadbiran kerajaan berlandaskan rasuah.
"Ia melambangkan betapa kuatnya tentangan dari pimpinan tertinggi Umno BN terhadap apa-apa langkah untuk membanteras rasuah. Ini berpunca dari sindrom penafian mereka yang tidak mahu menerima hakikat pentadbiran mereka memang membudayakan rasuah," katanya.
"Hanya di Malaysia kita mempunyai seorang menteri kanan yang memperlekehkan indeks rasuah yang diangkat oleh Perdana Menterinya sendiri sebagai kayu ukur utama kerajaannya," sinis Rafizi kesal dengan amalan itu.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN merangkap Penasihat Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Presiden Pahlawan, Asri Buang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44479

PRU 13: KEADILAN kategori kerusi wajib menang ikut gred

Posted: 06 Feb 2013 07:32 PM PST


KUALA LUMPUR 7 Feb: Bersandarkan kejayaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, KEADILAN mengklasifikasikan beberapa kerusi wajib dimenangi pada tahun ini dengan gred tertentu.
Saifuddin
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pembahagian kerusi itu merupakan strategi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

"Kerusi kita bahagikan kepada gred A, B dan C. Gred A kita menang majoriti besar dan kita kena menang lagi, B pula sama ada kita menang atau kalah kecil, contohnya kerusi yang kita kalah tipis.
"Manakala Gred C apabila kita kalah besar. Untuk persediaan PRU 13, program utama KEADILAN berjalan mengikut jadual. Untuk sasaran kemenangan, kita terpaksa lipat gandakan usaha kempen," katanya kepadaKeadilan Daily.
keadilan
Beliau berkata, pergerakan jentera bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU 13 turut melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dilantik sebagai ketua untuk meninjau perjalanan kempen.

"Komponen seterusnya adalah penglibatan 70 anggota MPP. Seorang MPP ditugaskan menjaga dua atau empat kawasan Parlimen yang bakal ditandingi KEADILAN.
"Tinjauan aspek yang perlu diaudit adalah bilik gerakan. Kena pastikan telah bergerak atau tidak, ejen tempat mengundi (Pacaba) apakah ia atas kertas atau bagaimana dengan gerak kerja bersama Pakatan di kawasan itu seperti program penerangan ziarah rumah ke rumah," kata Ahli Parlimen Machang itu.
Pada PRU 2008, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN hasil kemenangan lima negeri sekaligus menafikan kemenangan 2/3 Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44516

Banner PR dicabut di Palong, tanda Umno kian bacul!

Posted: 06 Feb 2013 06:49 PM PST

Banner PR yang dipasang pada Ahad (3/2/2013) di Daerah Mengundi Palong 4,5 & 6
 ini telah dicabut !
Umno meneruskan sikap tidak demokratik dan politik bacul dengan sengaja mencabut dan merobohkan sebuah banner gergasi yang dipasang oleh jentera pilihanraya bagi Dun Palong pada Isnin lalu. 

Tindakan ini amat bertentangan dengan kenyataan angkuh beberapa pemuka utama Umno di Jempol khususnya di kawasan Palong bahawa Palong adalah kubu Umno. Jika benar Umno berpengaruh dan kuat di Palong, persoalan timbul mengapa pihak mereka bersikap kebudak-budakan dengan meroboh dan mencabut banner kepunyaan PR sedangkan pihak Umno-BN juga telah memasang bendera-bendera dan propaganda mereka di bilboard?

Mungkin ada benar maklumat lisan yang disampaikan oleh beberapa pengikut Umno di Palong bahawa pemuka-pemuka utama Umno Jempol mulai tergugat dengan gerakan aktif PR sejak tahun lalu. Umno sudah mulai rasa tidak selesa di kubu kuat mereka ini khususnya di kawasan-kawasan Felda. Tambahan pula khabar angin menyebut Adun Palong sekarang, Dato Aziz Samsudin bakal digugurkan sebagai calon kerana beliau adalah orang Kem Mohamad Hassan, kini hangat diperkatakan bakal dicantas oleh Kem Isa Samad yang telah menyusun gerakan politiknya untuk kembali menguasai Negeri Sembilan!

Menurut Setiausaha Biro Felda & Orang Asal Keadilan Pusat, Rebin Birham yang dipetik daripada lama FB beliau, banner tersebut telah dipasang sekitar jam 4.00 petang pada hari Ahad lalu, namun awal pagi Isnin banner tersebut telah hilang dicabut dan dirobohkan oleh Umno.



Tiada ulasan: