Anwar Ibrahim |
Pakatan Mahu Tingkat Kebajikan Anggota Tentera, Polis Posted: 03 Feb 2013 08:40 PM PST Nasib anggota tentera dan polis serta badan pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara. "Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal dinikmati mereka. "Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam pemerintahan Umno BN. "Bekerja tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada insentif tambahan untuk mereka," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tengah, petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah. "Tentera seolah-olah tiada nilai di mata Umno BN apabila wang mereka dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirompak, kemudian diserah kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Roopiah. "Dia kebas duit berjuta-juta, dapat tanah seluas 223 ekar, tentera dapat apa? Inilah contoh pemimpin yang tidak jujur. Demi mengkayakan sesama sendiri, sanggup mencuri dana tentera" katanya. Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan