Khamis, 14 Februari 2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Suara Anak Muda Rembau 18 Feb 2013

Posted: 14 Feb 2013 05:59 AM PST


CERAMAH SUARA ANAK MUDA REMBAU
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau

Bersama Sdr Sahrizal Masrudin, Pengerusi Suara Anak Muda Rembau – Membicarakan isu pampasan tanah adat, pemerkasaan pengurusan tanah adat, kenaikan elaun Dato Lembaga Adat, pengurusan tanah terbiar sebagai pembangunan kampung tersusun untuk anak Rembau, perkembangan Hospital Rembau, status Landasan Terbang Rembau, cadangan kampus UiTM Rembau dan banyak lagi isu setempat.

Turut serta Tn Hj Kamarol Ridzuan, Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Apa sudah jadi dengan PAS Seremban?

Posted: 14 Feb 2013 12:45 AM PST



Free Malaysia Today, 14 Feb 2013 - Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

SEREMBAN: Isu perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak berkesudahan walaupun paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir. Di kala PAS di kawasan lain sedang siap siaga untuk menghadapi lawan iaitu Umno, PAS Seremban pula masih bertelagah sesama sendiri.

Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan  kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Walaupun pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan sesama kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman web milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.

Di kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly memang baik iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly yang dihadiri oleh MK Ibrahim.  Sebulan selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.

FMT difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban bahawa walaupun secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik, namun pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti tidak mahu mencari jalan pendamaian. Sebaliknya sering 'membakar' MK Ibrahim dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk mencapai kata sepakat.

Sebenarnya apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah siapakah yang layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.

DUN Lenggeng merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban. Parlimen Seremban mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Temiang, Lobak dan Nilai.

Ampangan dan Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan kerusi DAP.

Kem MK Ibrahim merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban adalah calon yang paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK Ibrahim memenangi jawatan tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15 Mei 2011.

Pemuda PAS Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah sampai masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru iaitu MK Ibrahim.

Kumpulan pendesak

Alasan Pemuda PAS Seremban yang bertindak sebagai kumpulan pendesak ialah Zulkefly sudah kalah tiga kali di Lenggeng pada PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kem Zulkefly pula merasakan ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lebih layak bertanding di Lenggeng kerana merasakan Zulkefly lebih popular di Lenggeng berbanding MK Ibrahim.

Kem Zulkefly yakin bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu akan dicalonkan sekali lagi di DUN Lenggeng berdasarkan prestasi dan peranan Zulkefly yang menonjol dalam isu alam sekitar di Lynas, Kuantan; Bukit Payong, Batu Pahat dan Pengerang, Johor.

Tetapi kem MK Ibrahim pula berkata memandangkan Zulekfly sudah mencapai taraf pemimpin nasional, maka Zulkefly seharusnya bertanding di kerusi parlimen kerana skop tugas beliau pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat merangkumi peringkat nasional.

Ada suara nakal dalam PAS Negeri Sembilan yang mencadangkan jika Zulkefly bertanding kerusi parlimen dan menang; pada masa yang sama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, Zulkefly berpotensi besar menjadi paling kurang Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Dalam posting terbaru dalam laman web Pemuda PAS Seremban, mereka meminta PAS tampilkan calon 'boleh menang'.

Dalam laman web tersebut Pemuda PAS Seremban turut menyiarkan sebuah kajian panel penyelidikan berkaitan calon PAS yang paling sesuai untuk PRU-13. Walaupun foto tersebut tidak menyebut kerusi DUN mana tetapi ianya jelas merujuk kepada DUN Lenggeng.

Merujuk kepada foto gambarajah yang dimuat naik dalam laman web tersebut; kajian tersebut berkata Zulkefly menjadi pilihan 15.7 peratus responden. MK Ibrahim pula 12.9 peratus responden. Bermakna Zulkefly lebih popular daripada MK Ibrahim walaupun peratusannya tidak jauh berbeza.

Apa yang menarik seramai 48.0 peratus responden pula tidak pasti mengenai  calon PAS pilihan mereka. Manakala 19.8 peratus responden mempunyai pilihan calon lain daripada Zulkefly dan MK Ibrahim.

Berdasarkan kajian ini terdapat dua senario yang menjadi pilihan majoriti responden. Pertamanya 48 peratus responden ini boleh menerima sama ada MK Ibrahim atau Zulkefly sebagai calon PAS di DUN Lenggeng, kerana lazimnya kategori pengundi ini adalah pengundi yang tidak kisah siapa calonnya asalkan calon PAS.

Tolak MK Ibrahim dan Zulkefly

Senario kedua ialah lebih ramai responden iaitu 19.8 peratus responden menolak kedua-dua calon yang berebut DUN Lenggeng iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly.

Dari segi gerak kerja, MK Ibrahim dan Zulkefly memang aktif mengiatkan pelbagai aktiviti parti di Lenggeng.

Kini terpulang kepada PAS Pusat untuk menentukan siapakah calon yang sesuai dan 'boleh menang' di DUN Lenggeng pada PRU-13 nanti.

Sumber memberitahu FMT ada ura-ura jika Mk Ibrahim dipilih sebagai calon DUN Lenggeng, kem Zulkefly sudah pasti akan memboikot MK Ibrahim dan tidak akan membantu berkempen untuk MK Ibrahim. Manakala jika Zulkefly pula dicalonkan, kem MK Ibrahim pula akan memulaukan Zulkefly dan tidak akan gerakkan jentera pilihan raya membantu Zulkefly.

Apa yang pasti suasana di Lenggeng ini merupakan satu berita baik untuk Umno dan Umno tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan DUN Lenggeng.

Kerana kekuatan PAS Seremban sudah lama pecah dua. Dengan kekuatan 100 peratus pun bukan mudah menumbangkan Umno di Lenggeng kerana sememangnya Umno agak kuat di Lenggeng memandangkan majoriti masyarakat Melayu di Lenggeng merupakan Melayu kampung yang masih tegar menyokong Umno. Apatah pula kini PAS akan bertarung dengan Umno dengan hanya separuh kekuatan sahaja.

Mengikut rekod daftar pengundi terkini, peratusan pengundi di Lenggeng ialah Melayu 76.82 peratus, Cina 16.32 peratus dan India 6.86 peratus. Jumlah pengundi pula 14, 962 orang.

Sedia maklum majoriti pengundi Melayu di kawasan kampung dan Felda di Negeri Sembilan masih kuat menyokong Umno termasuk di Lenggeng.

Jika PAS bercita-cita untuk memberi saingan sengit kepada calon Umno di Lenggeng pada PRU-13 ini, hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly harus bersatu dan lupakan sebarang perselisihan faham sebelum ini.

Tetapi apakah 'anak buah' Mk Ibrahim dan Zulkefly pula akan mengizinkan pendamaian tersebut?

Wallahualam.


JOM UBAH

Posted: 14 Feb 2013 12:45 AM PST


Miscalculation by BN to bring Psy - Rahmad Isahak

Posted: 13 Feb 2013 07:52 PM PST



The Malay Mail 13 Feb 2013

BARISAN NASIONAL (BN)'s stint to woo Penang voters during its state-level Chinese New Year open house is now termed as a `farewell party' for the national alliance here following its alleged failed attempt to win over Penangites.

Penang Malay Congress (PMC) president Rahmad Isahak said despite featuring South Korean K-pop sensation Psy as the star act at Han Chiang College grounds on Feb 11, BN failed to attract less than half the expected figure of 80,000 people to its event.

"It was a miscalculation by BN to bring Psy to Penang. They dug their own grave when the crowd itself said they were only there to watch Psy perform. This too was witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself," said Rahmad.

In a statement, he added that the majority of the crowd's negative response was a `warning' that they could not be `bought over' by entertainment or money.

"We thank the event sponsor for bringing an international act here but from a political angle, we believe the state BN should apologise to Najib for the crowd's truthful response to him.

"This is an early warning by voters to BN that they cannot be bought by money or entertainment. It is also hurtful that Najib repeated BN's promise of affordable housing and monorail that would only be implemented if they won Penang.

"These are promises that should have been granted when BN was the state government. We feel that to pull off this open house was a desperate attempt to woo voters which inadvertently turned out to be their farewell party," he said.

Rahmad added that this was a `major mistake' committed at the last moment just as general election was around the corner.

"In 2008, BN was toppled by Pakatan Rakyat due to the former's unparalleled extravagance. Once again, despite being the opposition in Penangm they are repeating the same mistake of being extravagant," he said.

Meanwhile, Chief Minister Lim Guan Eng has asked Najib to reveal the cost of Psy's performance and who was the sponsor of his act.

"Nobody knows how much it cost because BN said they did spend a single sen. I believe Najib when he said taxpayers' money was not used to bring Psy but people have a right to know the cost.


"In the interest of transparency, he should explain who the sponsor is and how much was paid to Psy. Najib must come clean on this because BN is a political party. It must not be kept a secret," he said.

Later, he visited Jalan Siram where 1km of the stretch from the Butterworth Outer Ring Road (BORR) to Jalan Raja Uda would be made into four lanes from two lanes at a cost of RM3.5 million in two years.

"Road usage here is heavy and as a long-term plan, this road will be expanded to allow smoother traffic flow. It will take two years before work starts because of land acquisitions," he told reporters.

Ceramah Kelompok DUN Kota 18 Feb 2013

Posted: 13 Feb 2013 07:20 PM PST



CERAMAH KELOMPOK DAN PELANCARAN UPU KG SEMERBOK
Oleh Tn Hj Kamarul , Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Tiada ulasan: