The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- APA FELDA BUAT DAH SEMUA TAK KENA
- Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu...
- PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN: Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan
- RAKYAT MARHAEN: Fathul Bari kata Yusuf Qaradhawi Khawarij
- RAKYAT MARHAEN: Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Te...
- RAKYAT MARHAEN: Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi s...
- RAKYAT MARHAEN: 2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for ...
- RAKYAT MARHAEN: Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda - Ahmad Mas...
APA FELDA BUAT DAH SEMUA TAK KENA Posted: 01 Jan 2013 03:18 PM PST Ini cerita mudah, dari seluruh tanahair, datanglah peneroka-peneroka felda dengan penempatan baru mereka di rancangan-rancangan felda, rancangan getah, sawit, koko dan tebu. Golongan terbesar mereka adalah orang-orang Melayu, orang kampung yang tidak mempunyai tanah, golongan orang susah. Walaupun rancangan felda ini dimulakan dari zaman Orang Putih, tetapi Tun Razak yang memulakan karier politiknya sebagai Menteri Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri berjaya mengadakan pelan penempatan beramai-ramai golongan orang kampung ini dengan satu tujuan iaitu untuk membasmikan kemiskinan khususnya kemiskinan luar bandar. Perancangan peringkat awalnya bermula dengan eksperimen. Penduduk luar bandar yang miskin dibawa ke suatu kawasan penempatan. Mereka sendiri terpaksa membelah hutan belantara. Membakar, memerun, menanam, membaja dan membuat rumah-rumah kediaman sendiri seperti apa yang berlaku di Lembah Bilut dan beberapa rancangan lain yang dibuka tidak lama selepas Lembah Bilut. Dinamakan rancangan ini dengan LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan pentadbiran/pengurusan LKTP ini diperbaiki dari masa ke masa sehinggalah dibawakan ke Parlimen suatu Bill yang kemudiannya diterima sebagai undang-undang khas untuk Felda dan rancangan-rancangan seumpamanya yang kini dikenali sebagai GSA. GSA ini bertujuan untuk memberikan pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik untuk pengurusan ladang dan tanah rancangan; LKTP diubah dengan nama FLDA (Federal Land Develpment Authority) dan akhirnya dikenali dengan FELDA. Beratus rancangan telah dibuka di seluruh negara dengan Pahang menenmpatkan lebih dari 1/3 dari seluruh rancangan, diikuti oleh Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Pendapatan diperingkat awalnya bukanlah lumayan, dan untuk mengatasi masalah peneroka-peneroka, satu badan di bawah Felda telah dibuka iaitu rangkaian kedai PNF. Peneroka-peneroka boleh mengambil barangan keperluan dari kedai ini secara berhutang, maka tidak adalah peneroka-peneroka yang tidak dapat makan kerana beras, ikan kering, ikan sardin, minyak masak, bawang, garam, gula dan susu boleh diambil dari kedai ini. Bahkan minyak motorsikal pun diambil dari kedai ini. Tanpa minyak ini peneroka-peneroka tidak dapat pergi ke ladang-ladang mereka. Peneroka-peneroka akan menyelesaikan hutang mereka secara bulanan iaitu dibayar pada hari BALANCE. Hari balance adalah hari peneroka-peneroka dibayar gaji, dan setelah ditolak segala hutang mereka untuk kedai PNF dan lain-lain bayaran seperti kos-kos pembangunan, baja, jalan pertanian, yuran-yuran untuk masjid, khairat kematian, bahkan yuran untuk ahli UMNO, maka bakinya (balance) dikembalikan kepada peneroka-peneroka. Amboi. Ada peneroka yang menangis tanpa lagu dan tanpa air mata. Balance baginya kadang-kadang hanyalah RM10.00 dan kadang-kadang -RM10.00. Kehidupan peneroka cukup tersiksa. Mulalah peneroka-peneroka menyatakan bahawa nama felda pada ketika itu memang betul LKTP. Langkah Kerajaan Tipu Penduduk. Ramai juga peneroka-peneroka yang lari meninggalkan rancangan Felda, tidak tahan dengan hanya mendapat bekalan makanan bulanan tetapi tidak ada wang tunai; dan berlaku juga di hampir kesemua rancangan Felda tunjuk-tunjuk perasaan menuntut supaya mereka diberikan juga wang tunai paling minima RM500.00 setiap bulan. Kejadian-kejadian Pengurus ditangkap dan dilock-up di rumah Pengurus dikunci dari luar dan ada pengurus- pengurus yang diletak dibawah kawah oleh peneroka-peneroka sering berlaku. Mulai tahun 80-an peneroka-peneroka tidak lagi bersetuju dengan Perjanjian diantara Peneroka dan Felda yang mana Felda tidak akan memberikan geran tanah secara individu kepada peneroka-peneroka tetapi apabila peneroka-peneroka berjaya menjelaskan BK mereka, Felda akan mengesyorkan kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya peneroka-peneroka dikeluarkan geran tanah atas nama kumpulan seramai 20 orang atas nama koperasi. Peneroka-peneroka telah bangun dan menuntut supaya mereka diberikan geran secara individu. Pejuang-pejuang gerakan ini ditentang habis-habisan oleh UMNO dan Felda, ramai diantara mereka yang disingkirkan dari rancangan-rancangan Felda, dan lebih menyedihkan lagi apabila UMNO di peringkat cawangan-cawangan di dalam rancangan Felda dan ahli-ahli mereka juga menentang supaya peneroka-peneroka diberikan geran secara individu. Peneroka-peneroka menuntut keadilan diberikan kepada mereka, mereka pinta potongan-potongan yang tidak relevan dan tidak realistik keatas pendapatan bulanan mereka dihentikan, mereka menuntut supaya bekalan baja yang baik, bukan baja yang lebih banyak tanah/pasir yang tidak menyegarkan pokok, mereka menuntut supaya potongan untuk jalan pertanian dibatalkan kerana wang terkumpul untuk jalan-jalan pertanian adalah cukup besar tetapi jalan-jalan pertanian tidak juga diperbaiki. Peneroka-peneroka menuntut hak-hak perwarisan yang adil berlandaskan syariah, dan peneroka-peneroka menuntut pendapatan minima yang munasabah diberikan untuk menampung keperluan-keperluan anak-anak mereka pergi ke sekolah dan perbelanjaan-perbelanjaan keluarga yang semakin meninggi, tidak cukup dengan hanya dibekalkan beras, garam, gula, teh, susu dari kedai-kedai PNF. Walaupun peneroka-peneroka ditindas dan dizalimi dan hak-hak mereka dicabuli, peneroka-peneroka tetap berjuang untuk hak dan kepentingan mereka walaupun berhadapan dengan UMNO dan Felda. GSA telah digunakan sewenang-wenangnya oleh Pengurus-Pengurus Felda dan lebih ramai peneroka-peneroka diberikan surat-surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak boleh disingkirkan dari rancangan-rancangan Felda, dan peneroka-peneroka sekali-kali tidak dibenar menganjurkan ceramah-ceramah politik parti-parti pembangkang; hanya ceramah-ceramah UMNO sahaja dibenarkan. Salute kepada peneroka-peneroka yang berani menentang arahan Felda ini dan mereka meneruskan juga program-program politik walaupun berhadapan dengan risiko ditendang keluar dari rancangan felda. Dan perjuangan mereka tidaklah sia-sia. Didalam tahun-tahun 80-an itu begitu ramai dari kalangan orang-orang UMNO di rancangan-rancangan Felda yang keluar dari UMNO dan menyertai Parti Pembangkang yang bergerak di rancangan-rancangan Felda khususnya PAS. Cawangan-cawangan PAS tumbuh seperti kulat tahun (cendawan busut). Kalau keadaan ini berterusan maka Felda akan menjadi kubu kuat PAS dan UMNO tidak lagi boleh bertapak di rancangan-rancangan Felda. Pada tahun 1985, En Ghafar Baba selaku Menteri Luar Bandar yang bertanggunjawab kepada Felda membuat pengumuman penting bahawa Felda bersetuju memberikan geran tanah kepada peneroka-peneroka secara individu, dan gerakan politik peneroka-peneroka buat kali pertamanya secara teorinya dibebaskan. Tetapi secara praktikalnya gerakan parti-parti pembangkan di dalam rancangan-rancangan Felda masih dikekang, namun, bagi peneroka-peneroka yang sedar, mereka mengambil peluang diatas kelonggaran yang minima ini dan PAS berjaya menubuhkan cawangan-cawangannya di hampir kesemua rancangan Felda di Semenanjung. Harga komoditi sawit dan getah menjadi semakin baik, dan didalam tahun-tahun selepas 90-an, pendapatan peneroka sudah menjadi semakin baik; bahkan pendapatan bulanan peneroka-peneroka boleh mencecah hingga melebihi RM5,000.00 sebulan jika mereka menjayakan kebun-kebun mereka bersendirian dan tidak lagi bersandar kepada Felda. Ada peneroka-peneroka boleh mendapat pendapatan mencecah RM15,000.00 sebulan semasa harga sawit memuncak khususnya semasa PRU-12. Tetapi Felda mengawal pendapatan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda dengan hanya RM1500.00 sebulan (gross) dan dengan pendapatan yang tidak begitu besar itu mereka juga dikenakan pelbagai hutang dan ada diantara peneroka-peneroka yang sudah menanggung hutang melebihi RM150,000.00 dan kebanyakan peneroka-peneroka menanggung hutang tidak kurang dari RM70,000.00, dan hutang mereka sentiasa bertambah. Ini berbeza dengan peneroka-peneroka yang tanam sendiri, bukan sahaja pendapatan mereka tinggi, bahkan mereka tidak menanggung sebarang hutang. Felda cuba menghalang peneroka-peneroka dari menanam sendiri dan mengenakan pelbagai halangan seperti menafikan kepada mereka imbuhan-imbuhan tahunan seperti duit raya, duit tahun baru, bahkan ada diantara pengurus-pengurus Felda enggan menandatangani surat kebenaran nikah kepada anak-anak peneroka yang tanam semula bersendirian, satu ajaran Islam yang sangat sesat yang mereka amalkan! Felda dan Kilang-Kilang Felda juga memanipulasikan peratusan perahan KPG dengan memberikan perahan yang sangat rendah seperti 17%-19% walhal perahan sebenar boleh melebihi 25% untuk penanam-penanam sawit dan membawa kerugian pendapatan kepada peneroka-peneroka hingga mencecah RM400,000.00 dalam tempoh pengeluaran hasil selama 15 tahun, dan kini isu ini sedang ditangani oleh peneroka-peneroka dengan memfailkan saman di Mahkamah-Mahkamah Tinggi di negara ini. Isu gred getah kering (KGK) bagi penanam-penanam getah masih dibuat kajian untuk peneroka-peneroka getah memulakan tindakan saman terhadap Felda dan kilang-kilang getah Felda. Pakatan Rakyat sudah pun mengumumkan bahawa tanah Felda Plantation seluas 850,000 ekar di seluruh Negara akan dimansuhkan apabila PR memenangi PRU-13 dan tanah-tanah itu akan dibahagi-bahagikan kepada generasi kedua/ketiga peneroka Felda; menjadikan buntut UMNO dan Felda hangat tak tentu keruan, dan bagi menggagalkan usaha PR ini, UMNO dan Felda membuat suatu perancangan lain agar tanah itu tidak dibahagi-bahagikan kepada anak-anak dan cucu-cucu peneroka. Mereka telah menganjurkan supaya tanah itu digadaikan kepada sebuah anak syarikat Felda - Felda Global Venrtures (FGV) untuk menjadi aset kepada FGV menempah tempat untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur kononya untuk memberikan pendapatan lumayan kepada peneroka-peneroka Felda. Didalam bulan Jun 2012 FGV telah disenaraikan dan Felda Plantation telah digadaikan selama 99 tahun. Untuk menutup mulut peneroka-peneroka, mereka dibayar dengan "durian runtuh" sebanyak RM15,000.00 iaitu RM5000.00 untuk peneroka-peneroka, RM5000.00 untuk isteri atau isteri-isteri dan janda peneroka, dan RM5000.00 lagi untuk anak-anak peneroka (yang menimbulkan pelbagai masalah dikalangan keluarga peneroka). UMNO dan Felda tidak ada program yang baik dan kredibel lagi dan untuk menenangkan peneroka-peneroka mereka terpaksa mendapatkan sumber-sumber kewangan walaupun dengan secara berhutang untuk menenangkan hati peneroka-peneroka. Jalan yang paling senang untuk mereka ialah dengan mengedarkan imbuhan-imbuhan kepada peneroka-peneroka menjadikan sistem rasuah sebagai sistem yang dipilih oleh UMNO/FELDA. Dengan tindakan UMNO/FELDA terus berhutang ini, kemudahan-kemudahan yang dulunya dapat diberikan kepada peneroka-peneroka dan anak-anak peneroka kini sudah dikurangkan, dan disamping itu beban hutang peneroka-peneroka bertambah. Felda harus kembali kepada peranan asalnya iaitu membasmikan kemiskinan luar bandar dan menstruktur masyarakat luar bandar menjadi masyarakat yang maju dan berdaya saing jika Felda mahu menjadi agensi pembangunan dan mesra rakyat. Dengan tindakan dan jalan yang diambil oleh Felda kini, Felda akan menanggung risiko bebanan hutang yang tidak tertanggung olehnya dan akhirnya membebankan peneroka-peneroka. Masyarakat generasi kedua/ketiga di rancangan-rancangan Felda kini adalah golongan yang besar yang menganggur atau mempunyai pendapatan yang kecil dan menjadikan kelompok terbesar di negara ini berada di bawah kemiskinan tegar, dan mereka itu sedang berhadapan dengan risiko tidak mempunyai tempat tinggal dan hilang punca pendapatan apabila ibu/ayah mereka meninggal dunia, dan tanah di rancangan-rancanan Felda hanya boleh diwariskan kepada hanya seorang sahaja anak-anak peneroka-peneroka Felda. Apa akan jadi kepada yang lain-lain? Apa pula akan terjadi kepada cucu-cucu peneroka yang kini turut menumpang di rumah peneroka-peneroka asal? Masa depan yang sangat gelap untuk mereka melainkan mereka ini diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan tanah, hak mereka untuk meneroka bidang kemahiran, perniagaan dan sebagainya. Setakat ini bidang-bidang ini hanya indah khabar dari rupa; pergilah ke mana-mana rancangan Felda hari ini, ratusan ribu golongan ini sedang menganggur dan sedang merempit dan dihimpit pula dengan gejala pengambilan dadah. Ini semua silap UMNO dan Felda kerana tidak ada perancangan untuk golongan muda didalam rancangan-rancangan Felda. Keadaan ini boleh kita ubah dengan syarat UMNO tidak lagi memerintah Negara ini, dan PRU-13 ini adalah cabaran untuk perubahan bagi generasi kedua dan ketiga didalam rancangan-rancangan Felda. (Penulis Haji Suhaimi Said adalah pelopor perjuangan peneroka Felda dan telah meringkup dua kali di bawah ISA kerana perjuangan itu. Hidup perjuangan peneroka Felda) |
Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu... Posted: 01 Jan 2013 02:27 AM PST Anak Sungai Derhaka: Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindu...: Kasihan benar dengan UMNO/BN Selangor.. meskipun mereka telah menghabiskan ribuan RM untuk memastikan Karnival Sayangi Selangor m... |
Posted: 01 Jan 2013 02:18 AM PST |
RAKYAT MARHAEN: Fathul Bari kata Yusuf Qaradhawi Khawarij Posted: 01 Jan 2013 01:33 AM PST |
RAKYAT MARHAEN: Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Te... Posted: 01 Jan 2013 01:31 AM PST RAKYAT MARHAEN: Ambang 2013 : Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Te...: SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambu... |
RAKYAT MARHAEN: Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi s... Posted: 01 Jan 2013 01:30 AM PST RAKYAT MARHAEN: Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi s...: KUALA LUMPUR, 1 JAN: Biar 2013 menamatkan kecacatan negara dan memilih kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerajui pemerintahan buat pertama ka... |
RAKYAT MARHAEN: 2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for ... Posted: 01 Jan 2013 01:29 AM PST RAKYAT MARHAEN: 2013 - YEAR OF THE GE: Najib to be remembered for ...: For nearly four years, Prime Minister Datuk Seri N... |
RAKYAT MARHAEN: Pilih RTM,TV3: Hadi disyaki ada agenda - Ahmad Mas... Posted: 01 Jan 2013 01:29 AM PST |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan