Khamis, 17 Januari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tuntut pendidikan percuma, Anwar ‘tabik’ keberanian mahasiswa

Posted: 16 Jan 2013 09:39 PM PST


KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.
Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
"Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! 'Salute' dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!," kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.
Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.
Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.
Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.
Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.
Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43240

Mahu kaut untung, pelajar dipaksa beli buku mahal di sekolah

Posted: 16 Jan 2013 09:38 PM PST


(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 15 Jan: Beberapa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak berpuas hati dengan arahan pihak sekolah yang mewajibkan pembelian buku tulis bersaiz A4 di sekolah, jauh lebih mahal berbanding kedai biasa.
Perkara itu diadu ramai ibu bapa kepada Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.
Menurut aduan yang diterima, kata Yahya, mereka dipaksa membeli empat set buku tulis yang berbeza daripada buku tulis biasa, berharga RM2.40 setiap satu menerusi kedai koperasi sekolah.

"Buku tersebut dibekalkan oleh Edaran Pro Dinasti yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM).
"Penjualannya mendapat keizinan daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)," jelas Yahya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Menurut Yahya, penjualan buku tersebut melibatkan semua sekolah menengah di seluruh negara dan sebahagian sekolah rendah.
"Mengikut anggaran, setiap tahun bilangan pelajar sekolah menengah lebih 2.3 juta. Bermakna anggaran jualan yang akan diterima berjumlah RM19,200,000, iaitu anggaran dua juta pelajar x RM9.60 (4 buku x RM2.40)," jelas Yahya menyatakan tindakan itu semata-mata bagi mengaut keuntungan kepada kroni.
Katanya, KPM, JPN dan MPSM patut menjadi badan yang membolehkan bekalan buku serta alat tulis di koperasi sekolah dijual dengan harga lebih murah.
"Kalau di kedai biasa, buku saiz tersebut boleh dibeli dengan harga RM1.70 sehingga RM1.80. Tapi di koperasi sekolah sampai RM2.40 hingga RM2.50," katanya.
Beliau juga mendapat aduan PIBG dan ibu bapa berhubung pembelian buku lembaran kerja atau buku latihan.

"Ada ibu bapa menyatakan cikgu langsung tidak gunakan buku yang dibeli. Kalau ada pun hanya dua hingga tiga muka surat sahaja. Tidak cukupkah dengan hanya gunakan buku teks? Apakah buku teks yang dibekalkan KPM tak cukup baik?" soalnya.
Ibu bapa juga mengadu isu harga makanan dan minuman serta kualiti di kantin sekolah yang menurutnya sering menjadi pertikaian.
"Sebagai contoh, beberapa kantin sekolah menjual seketul nugget dengan harga 50 sen sedangkan di pasar malam boleh diperolehi empat atau tiga ketul dengan RM1.00. Begitu juga harga segelas air dijual RM1.00," kata Yahya.
Beliau menyeru semua badan yang terlibat dengan institusi sekolah mengambil langkah terbaik bagi menangani isu-isu tersebut.
"Isu ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tapi semua orang merasai bebanan itu. Apa lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah mempunyai ramai anak yang bersekolah," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43217

Lagi pertembungan Sharifah Zohra & Bawani di forum 22 Jan

Posted: 16 Jan 2013 09:23 PM PST


Satu rakaman video petikan dari forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"yang telah berlangsung di UUM baru-baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian.
Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani.
Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.
Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan.
Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca 'rangking' IPT negara semakin menjunam di mata dunia.
Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter.
Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.
Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.
Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.
Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut;
Forum     : Kebebasan Akademik dan Hak Asasi
Tarikh    : 22 Januari 2012
Masa      : 8.30 malam
Tempat     : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.
Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.
Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43295

Bekas Pengarah JPN dedah Megat Junid arah beri IC pada pendatang

Posted: 16 Jan 2013 09:21 PM PST


KUALA LUMPUR 16 Jan: Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ramli Kamaruddin mendedahkan, beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa, beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan Persekutuan.
Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi membolehkan mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau. – Malaysiakini
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43332

Tiada ulasan: