Khamis, 10 Januari 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


HKR: Polis, SB dikehendaki pamer ID & pas nama

Posted: 09 Jan 2013 10:36 PM PST


KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing.
Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat.

Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR.
"Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?" soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily.
Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya.
Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 'Duduk Bantah Bersih 3.0' pada 28 April 2012 yang mana ramai wartawan telah diserang oleh pihak polis ketika membuat liputan sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital serta kad memori kamera telah dirampas dan ada yang rosak.
"Tapi sehingga hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil berhubung aduan insiden tersebut. Ini tidak harus berlaku di mana wartawan juga merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya diberikan perlindungan keselamatan oleh pihak polis," ujarnya.
Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang dan menghormati hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Tambahnya, pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan profesionalisme supaya hak asasi rakyat jelata tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya.
"Pihak polis harus berperanan sebagai rakan kita dan tidak memihak kepada sesiapa," ujarnya lagi.
Katanya, untuk mencapai sasaran 1 juta rakyat untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, WargaAMAN, Tamilar Action Force (TAF), Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan berusaha untuk menggerakkan 10,000 hingga 15,000 masyarakat India di Lembah Kelang dan dianggarkan hampir 100,000 masyarakat India dari seluruh negara akan membanjiri Stadium Merdeka yang ingin keadilan ditegakkan di tanah air kita.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42740

Sah! Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka

Posted: 09 Jan 2013 10:34 PM PST


KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ia ekoran pihak pengurusan stadium membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ.
"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," tulis Tian pada twitternya sebentar tadi.
Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu.
"Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!" kata Ahli Parlimen Batu itu.
Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42711

Populariti Najib jatuh – Kajian Merdeka Center

Posted: 09 Jan 2013 10:32 PM PST


KUALA LUMPUR 10 Jan: Satu tinjauan yang dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke tahap 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.
Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.
Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri.
Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. – Malaysiakini
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42777

901: Setahun Anwar dibebas dari fitnah jahat & kekejaman Umno

Posted: 09 Jan 2013 10:30 PM PST


KUALA LUMPUR 9 Jan: Hari ini, genap setahun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebas dari tuduhan fitnah jahat yang dimainkan pemimpin dan media Umno sejak 14 tahun lalu.
Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901 yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi.

"Kini sudah setahun keputusan mahkamah yang wajar dan adil membebaskan Anwar dari fitnah jahat selama 14 tahun.
"Ia didalangi pemimpin tertinggi Umno," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran ketika dihubungi.
Bagaimanapun, menurut Surendran, hasil sokongan dan kepercayaan padu rakyat, Anwar berjaya menempuhi ujian tersebut.
"Walau berkali-kali pemimpin Umno menayangkan pelbagai fitnah terhadap Anwar, rakyat tetap percaya pada kebenaran dan menolak politik kotor," tambahnya.
Fitnah terhadap Anwar bermula sejak 1998, yang turut dijadikan alasan untuk memecat beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pemecatan tersebut menambah kesedaran serta minat rakyat terhadap politik tanah air, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme Perdana Menteri ketika itu.
Buktinya, pada 20 September 1998, hampir 100,000 rakyat yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Dari situlah tercetusnya era reformasi.
Akibat ketakutan melihat kebangkitan rakyat, Anwar ditangkap dan diheret ke penjara selama enam tahun.
Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan fitnah yang sememangnya sengaja dicipta untuk memburukkan imej Anwar.
Tidak puas dengan itu, Umno sekali lagi membuat rancangan jahat pada Julai 2008 dengan cubaan mengheret Anwar ke penjara melalui kes Fitnah II.
Bagaimanapun, kes tersebut semakin menguatkan sokongan rakyat terhadap Anwar apabila memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah. Hasilnya beliau diangkat menjadi Ketua Pembangkang.
Akhirnya, semua fitnah ciptaan Umno benar-benar menemui jalan buntu apabila Anwar sekali lagi bebas dari tuduhan Fitnah II pada tarikh bersejarah, 9 Januari.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42684

Tiada ulasan: