Ahad, 16 Disember 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perobohan Kuil Sepang Bukan Lambangkan Dasar Kerajaan Selangor

Posted: 16 Dec 2012 09:30 PM PST

SHAH ALAM 17 DIS : Sejak mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2008, lebih 20 buah rumah ibadat bukan Islam telah dibina di Selangor.

Kesemua pembinaan rumah ibadat tersebut mendapat kelulusan Kerajaan Negeri dan telah siap dibina serta digunakan tanpa sebarang masalah.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar menjelaskan isu perobohan kuil di Sepang baru-baru ini bukanlah suatu tindakan yang melambangkan dasar Kerajaan Negeri.

"Sekiranya rumah-rumah ibadat ini didirikan dengan pengetahuan Kerajaan Negeri, saya tidak fikir akan timbul masalah selagi ianya mengikut dasar dan garis panduan yang diberi.

"Namun, jika ianya dibina tanpa pengetahuan kita (Kerajaan Negeri) dan kemudian menghadapi masalah, kita perlukan masa untuk teliti pelbagai aspek bagi sebarang tindakan," jelas beliau yang juga Adun Sri Andalas.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) merobohkan rumah ibadat yang dibina di dalam perkarangan di dalam sebuah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Tindakan itu dikecam oleh masyarakat Hindu yang berkata pegawai MPSp tidak sepatutnya bertindak demikian.

Dr. Xavier berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu hadapan.

"Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mempunyai laporan lengkap yang akan dibentangkan.

"Laporan ini penting untuk kita menilai adakah pelanggaran undang-undang ada berlaku selain kita perlu bersikap adil dalam mengambil keputusan.

"Kita akan teliti dan putuskan samada perlu atau tidak tindakan diambil serta bentuk-bentuk tindakan jika ada," tambahnya lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Bawa Lebih Seribu Kes Rakyat Tiada KP Ke Putrajaya

Posted: 16 Dec 2012 09:00 PM PST

SHAH ALAM 16 DIS : Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar dijangka akan menyerahkan lebih seribu kes ketiadaan dokumen pengenalan diri rakyat Selangor ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sebelum ini menganjurkan program mengesan mereka yang layak mendapat dokumen kewarganegaraan Malaysia tetapi diabaikan KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini bukan kes baru dan ia merupakan satu permasalahan yang serius dan tidak patut berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

"Ianya mencabul hak rakyat yang lahir dan telah bergenerasi tinggal di Malaysia malah menyebabkan mereka berisiko tercicir dalam pendidikan.

"Tanpa pendidikan, mereka tidak akan maju dan seterusnya dikhuatiri gagal menaik taraf hidup diri dan keluarga," jelas beliau yang memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Menyedari kepentingan tersebut, beliau menambah, permasalahan dokumen kewarganegaraan itu merupakan antara agenda utama Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Sekurang-kurangnya terdapat 300,000 kes seumpama ini di seluruh negara.

"Demi masa depan rakyat, kita (Pakatan Rakyat) akan selesaikan masalah ini agar mereka yang berhak juga mendapat peluang sepertimana rakyat Malaysia yang lain," tegasnya lagi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR di Midlands Convention Centre di Seksyen 7 di sini pagi tadi.

Seramai 312 pelajar daripada 44 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor yang mendapat keputusan 7 A dalam ujian UPSR lalu menerima hadiah berupa sijil dan wang tunai RM 100 setiap seorang.

Dalam majlis sama, Dr. Xavier Jayakumar yang juga Adun Sri Andalas turut berkesempatan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 20,000 kepada Persatuan Sivik India bagi menjayakan penganjuran perlawanan bola sepak antara SJKT Selangor.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jaminan Anwar Tidak Akan Aib Umno-BN Jika Tawan Pusat

Posted: 16 Dec 2012 08:31 AM PST

Sinar Online

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), perubahan kepimpinan akan berlaku secara terkawal.

Beliau berkata, PR tidak pernah sesekali berniat untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti.

"Dengan izin ALLAH SWT saya yakin kita akan menang dan bila perubahan (kepimpinan) itu berlaku kita jamin ia (secara) terkawal.

"Bila sudah menang dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak di seluruh negara ini," katanya mengulangi janji PR ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu – PGU 6.0 yang diadakan di Dataran PGU Paka dekat sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dengan lebih 50,000 penyokong dan penduduk membanjiri tapak ceramah.

Pada masa sama, Anwar menyeru penduduk Terengganu yang berniat untuk membeli kereta agar menangguhkan dahulu hasrat itu kerana PR akan menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus apabila berjaya ke Putrajaya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kebanjiran puluhan ribu penyokong sempena ceramah itu, Ketua Umum PKR ini menyifatkan ia sebagai kebangkitan rakyat yang berlaku apabila rakyat mempunyai kesedaran dan tidak mahu lagi menjadi mangsa kezaliman.

Dalam perkembangan lain, Azan membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kononnya mahu perjuangkan hak ke atas telaga minyak baru yang dijumpai di Blok PM307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang.

"MB tok soh agah (tak payah angkuh) konon nak berjuang dapatkan hak ke atas telaga minyak baru tapi hok buwi doh kepada Terengganu (royalti yang sepatutnya diterima negeri) pun boleh terlepas, inikan pula untuk dapatkan royalti bagi telaga minyak baru," tegasnya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 15 Dec 2012 07:11 PM PST