Sabtu, 8 Disember 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Politik Rasis Pengerusi BN Pulau Pinang — Afif Bahardin

Posted: 08 Dec 2012 07:24 AM PST

The Malaysian Insider

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan sikap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba meraih sokongan politik dengan mempersoalkan peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk peruntukan hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Kenyataan seumpama ini dilihat sebagai satu cubaan untuk meniup api kebencian di kalangan rakyat Pulau Pinang dan manifestasi sikap "Islamophobia" anggota MCA. Kenyataan Teng bukan saja tidak bertanggungjawab bahkan dangkal.

AMKPP mengecam sikap Teng yang cuba mewujudkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Islam dengan kenyataan berbaur hasutan itu. Hakikatnya, semenjak Pakatan Rakyat memerintah, nasib masyarakat Pulau Pinang, tak kira ras dan agama terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri. Peningkatan belanjawan hal ehwal Islam membuktikan betapa tadbir urus ekonomi negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik sehingga mencatat lebihan. Maka dengan lebihan ini, lebih banyak dana dapat disalurkan kepada program-program pendidikan dan pembentukan jatidiri rakyat bagi mewujudkan masyarakat yang madani di Pulau Pinang. Fakta ini membuktikan kerajaan negeri terdahulu, yang dipimpin Barisan Nasional sebagai pentadbir yang lemah dan gagal mentadbir ekonomi dengan baik.

AMKPP percaya dengan kenyataan terbaru Teng ini, mereka telah menunjukkan sikap sebenar pimpinan Barisan Nasional dan MCA yang bukan hanya rasis tetapi juga anti-Islam. Mereka sanggup untuk menggunakan hujah-hujah rasis dan dangkal semata-mata untuk meraih sokongan politik yang tak seberapa. AMKPP percaya bahawa rakyat Pulau Pinang jauh lebih bijak menilai dan tidak akan terpengaruh dengan politik rasis anutan BN dan komponen mereka.

AMKPP mencabar Umno yang selama ini sering melaungkan retorik bahawa parti rakan PKR — DAP — sebagai parti yang anti-Islam, untuk sama-sama menegur dan mengecam kenyataan Teng. Setiap sayap Umno tak usah takut untuk menegur komponen mereka sendiri kerana isu ini bukan hanya melibatkan soal masyarakat Melayu dan Islam, tetapi melibatkan soal kebajikan rakyat Pulau Pinang seluruhnya. Sikap diam diri Umno sehingga hari ini apabila berhadapan dengan komponen mereka, MCA, membuktikan betapa Umno sudah tidak lagi berdaya untuk mewakili kepentingan masyarakat Melayu Islam lagi.

AMKPP akan terus menyatakan sokongan kepada kepimpinan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bersama barisan Exco yang kekal istiqamah melaksanakan dasar-dasar yang menjunjung prinsip keadilan dan kepedulian akan nasib rakyat Pulau Pinang. AMKPP percaya rakyat Pulau Pinang akan terus memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini dan membentuk kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

* Dr Afif Bahardin adalah Naib Ketua AMKPP Pulau Pinang.

Tolak Rasuah,Tegak Keadilan : PR Mahu Angkat Martabat Melayu-Islam Lebih Dari Umno

Posted: 08 Dec 2012 07:16 AM PST

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat itu akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.

"Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu.

Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah mencapai kemerdekaan begitu lama.

Beliau yakin pemimpin Pakatan memiliki berpengalaman dan kelayakan untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu.

"Pemimpin Pakatan tahan lasak. Ramai pemimpin pernah dipenjarakan. Kita ada pengalaman dipenjarakan, menerima makanan yang dibaling seperti anjing oleh penguasa.

"Budaya jelek ini mesti disingkir dalam kehidupan penguasa. Pakatan akan tunjuk cara tadbir yang baik pada mereka. Kita mesti menang untuk buktikan kesungguhan membela nasib rakyat," katanya.

Anwar juga menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak telus menangani tuntutan melibatkan pengendalian sistem pilihan raya yang adil.

Beliau kesal kerana SPR tidak bertanggungjawab apabila cuba bersekongkol dengan parti pemerintah untuk menipu pengundi.

"SPR perlu ingat.Mereka juga angkat sumpah memegang jawatan untuk laksanakan tugas dengan adil. Ingat, penyokong Pakatan akan tangkap mereka yang menipu, " katanya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang

Posted: 07 Dec 2012 09:38 PM PST

9 Disember 2012 (Ahad)

8.30 – 12.00 Malam

Darul Hikmah, Kerdau, Pahang

Pemidato:

1.     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.     YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

3.     YB Lim Kit Siang

4.     YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

5.     YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

6.     YB Leong Ngah Ngah

7.     Pimpinan Pakatan Rakyat & NGO

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


CRIME IN BROAD DAY LIGHT & RISE OF CRIME RATE TO DANGEROUS LEVEL

Posted: 08 Dec 2012 05:58 AM PST

On the 1 December, MP Kelana Jaya, YB Gwo-Burne Loh's office on Jalan PJS8/2 at 4:30pm was attempted to be break in, in broad day light. YB Hannah's special assistant was robbed and including her car a few weeks back below our office on Jalan PJS8/2. Shop owners have encountered break ins and snatch cases [...]

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Masuk keluar Aemno.... Zahrain

Posted: 08 Dec 2012 02:24 AM PST

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR. Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini. Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hotel di Malaysia larang pekerja tutup aurat?

Posted: 07 Dec 2012 03:49 PM PST


Harap pihak berkaitan terutama JAKIM, Pejabat Buruh, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu terutama wanita Melayu dan wanita Islam

LARANGAN MENUTUP AURAT OLEH PIHAK KOORDINATOR HOTEL

Aduanrakyat.com 7 Dis 2012

Saya sesungguhnya merasa tercabar di negara kita sendiri yang AGAMA ISLAMNYA, agama RASMI negara kita.

Berani sungguh mereka membuat peraturan begitu, untuk menjahanamkan generasi Islam negara kita.

Kejadian ini berlaku semasa saya menghantar anak saya & 3 orang rakannya yang menuntut di PTPL, Shah Alam menjalani Latihan Industri (LI) di Hotel Danna, Langkawi pada 18.11.2012 baru-baru ini.

Pihak Koordinator Hotel Danna, Langkawi tidak membenarkan pelajar Islam menutup aurat semasa menjalani LI di sana. Jika enggan, maka mereka akan gagal.

Berani sungguh mereka melawan perintah Allah SWT. Yang hairan & peliknya, orang Melayu yang beragama Islam bekerja pula di situ? Apa depa buat? Tak nak berjihad ke?

Seperkara lagi, PTPL, Shah Alam tidak peka ke, apakah syarat yang dikenakan oleh pihak Hotel Danna, Langkawi kepada mereka jika pelajar PTPL ingin menjalani LI di sana? Sedangkan Pensyarah PTPL majoritinya bangsa Melayu, agama Islam ke? Ini menunjukkan isu ini telah lama berlaku….!

Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak saya & tiga orang rakannya. Biarlah mereka menjadi pelapis utama memperjuangkan aurat mereka, demi AGAMA ISLAM kita. Fisabilillah.

Ini negara kita…! Bukannya luar negara… Macam mana nak merealisasikan Halal Hub yang diuar-uarkan PM kita?
Sekian….

1slam dinafikan hak oleh Koordinator

By: Badariah

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Apa dia w.w.w ?

Posted: 08 Dec 2012 02:18 AM PST