Sabtu, 8 Disember 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hotel di Malaysia larang pekerja tutup aurat?

Posted: 07 Dec 2012 03:49 PM PST


Harap pihak berkaitan terutama JAKIM, Pejabat Buruh, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat dakwaan di bawah ini serta mengambil tindakan susulan yang efektif demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu terutama wanita Melayu dan wanita Islam

LARANGAN MENUTUP AURAT OLEH PIHAK KOORDINATOR HOTEL

Aduanrakyat.com 7 Dis 2012

Saya sesungguhnya merasa tercabar di negara kita sendiri yang AGAMA ISLAMNYA, agama RASMI negara kita.

Berani sungguh mereka membuat peraturan begitu, untuk menjahanamkan generasi Islam negara kita.

Kejadian ini berlaku semasa saya menghantar anak saya & 3 orang rakannya yang menuntut di PTPL, Shah Alam menjalani Latihan Industri (LI) di Hotel Danna, Langkawi pada 18.11.2012 baru-baru ini.

Pihak Koordinator Hotel Danna, Langkawi tidak membenarkan pelajar Islam menutup aurat semasa menjalani LI di sana. Jika enggan, maka mereka akan gagal.

Berani sungguh mereka melawan perintah Allah SWT. Yang hairan & peliknya, orang Melayu yang beragama Islam bekerja pula di situ? Apa depa buat? Tak nak berjihad ke?

Seperkara lagi, PTPL, Shah Alam tidak peka ke, apakah syarat yang dikenakan oleh pihak Hotel Danna, Langkawi kepada mereka jika pelajar PTPL ingin menjalani LI di sana? Sedangkan Pensyarah PTPL majoritinya bangsa Melayu, agama Islam ke? Ini menunjukkan isu ini telah lama berlaku….!

Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak saya & tiga orang rakannya. Biarlah mereka menjadi pelapis utama memperjuangkan aurat mereka, demi AGAMA ISLAM kita. Fisabilillah.

Ini negara kita…! Bukannya luar negara… Macam mana nak merealisasikan Halal Hub yang diuar-uarkan PM kita?
Sekian….

1slam dinafikan hak oleh Koordinator

By: Badariah

Tiada ulasan: