Ahad, 25 November 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pakatan’s Stateless Indian Protest on December 12

Posted: 24 Nov 2012 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR: The Pakatan Rakyat will hold a sit-in outside the National Registration Department on Dec 12 to protest at the plight of the stateless Indians in the country.

Announcing this after lodging a police report over a stateless Indian case, PKR vice president N Surendran said they would hold a sit-in outside of the National Registration Department (NRD) to demand solution to the long-standing issue.

"We will not move until home minister and prime minister promises to resolve the problem facing some 300,000 Malaysian Indians," he said.

Also present at the police station were among others Kapar MP S. Manikavasagam, Teluk Intan MP M. Manogaran and 69-year-old stateless Indian Letchumy Suppiah and her family members.

Surendran said the government has breached the Article 14 of Federal Constitution by denying  Letchumy's rights to identification document.

"Article 14 says that those who born in this country are automatically  citizens of this country. Don't tell me the government doesn't know anything about this," he said.

Manikavasagam said his deceased mother only obtained her identification card (IC) after she passed away.

"When she was still alive, we called the NRD for more than ten times but still couldn't get the IC," he said.

He criticised the government for being insincere in resolving the problem.

Source: FreeMalaysiaToday

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Keluhan kaum India di Kuala Krau

Posted: 25 Nov 2012 04:40 PM PST

Petang semalam saya dikunjungi oleh seorang kaum India, dia beri nama dan nombornya, serta alamat rumahnya untuk saya hubungi dengan satu pesanan, "Saya telah dengar Dato Seri Anwar berucap semasa dia datang ke Kuala Krau pada 4.11.12 dan dia berucap di Kg Penderas pada 18.11.12; kami dari masyarakat India Kuala Krau cukup puas hati."

Bila saya beritahu beliau bahawa Anwar akan sekali lagi datang ke Kuala Krau pada 9hb Disember 2012 iaitu di Darul Hikmah, Kerdau, dia cukup gembira mendengarnya dan dia serta kawan-kawannya akan hadir.  Dato Seri Anwar akan hadir di Program Pakatan Rakyat Pahang di Kerdau pada tarikh tersebut.

Sekiranya program Merdeka Rakyat diteruskan mengikut jadualnya, Dato Seri Anwar akan berucap di Raub pada tengah hari 9.12.12 itu, petangnya di Jerantut dan malamnya di Kerdau dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

Rakan India ini tidak segan silu menyatakan bahawa beliau adalah Ahli MIC sama seperti rakan-rakannya yang lain seramai lebihkurang 40 orang yang duduk di dalam satu Taman di Kuala Krau.

"Kami sokong perjuangan PKR, Haji, tapi kami tak boleh masuk menjadi ahli PKR.  Kami orang susah, gaji pun cukup-cukup makan saja.  Kalau kami masuk PKR, MIC akan buang nama kami untuk dapatkan bantuan-bantuan seperti BRIM, perbelanjaan anak-anak sekolah, bantuan banjir..Ada kawan-kawan kami yang terus terang masuk PKR di Kuala Krau ni, semuanya tak dapat bantuan-bantuan itu.  MIC dan UMNO ni bukan baik, Haji," katanya.

Haji sudah ada nama saya, nombor handphone saya dan alamat saya; kalau ada apa-apa program, sms sajalah kepada saya; saya dan rakan-rakan saya akan datang.  Tetapi buat masa ini kami tak boleh masuk PKR walaupun kami sokong perjuangan PKR, dalam PRU nanti saya dan kawan-kawan saya akan undi PKR.

"Sekarang kami sudah pandai, Haji.  BN bagi duit, kami ambil; bagi beras kami ambil, bagi BRIM kami ambil, tapi undi sorry-lah," katanya.

Dia bercerita bahawa ayahnya adalah kuli estet, dan mati sebagai kuli estet, apa-apa pun tak ada, rumah tak ada, tanah tak ada; bila ayahnya meninggal dunia; dia dan ibunya dan adik beradiknya terpaksa mencari rumah di luar estet kerana tiada ahli keluarganya yang bekerja lagi untuk estet itu.  Mula-mula dia dan keluarganya tinggal di rumah sewa papan dan atap zinc yang sudah bocor-bocor; dia dan adik beradiknya dapat kerja sebagai boroh dan dapatlah mereka berpindah ke rumah yang sedikit selesa.

Hasil pakatan adik beradik, mereka membeli sebuah rumah murah di Kuala Krau.  Seperti orang Melayu, dia dan ahli-ahli keluarganya memohon saham Felcra.  Kawan-kawan Melayunya dapat, tapi dia tak dapat.  Dia dan ahli-ahli keluarganya masuk MIC kerana kononya dengan menyertai MIC permohonan mendapatkan tanah boleh diberikan pertimbangan.  Dah lebih 10 tahun duduk menjadi ahli MIC, langsung tak dapat apa-apa pun.  Bukan keluarga dia saja yang tak dapat apa-apa tanah, semua keluarga saudara mara dan rakan-rakannya di Kuala Krau semuanya tak dapat.

"Saya dilahirkan di Kuala Krau, Haji.  Saya anak tempatan.  Cubalah Haji bayangkan, kawan-kawan sama sekolah saya orang Melayu dapat Felcra dan dapat tanah, kami orang India langsung tak dapat.  Saya sekarang bekerja di kebun orang Cina, hari-hari saya berkebun, tetapi hanya makan gaji dapatlah RM800.00 sebulan, kena tanggung ibu, isteri, anak-anak dan adik-adik.  Tak cukup Haji.  Ini kena pulak kena hantar anak-anak bersekolah Tamil jauh dari pekan Kuala Krau ni, di sebuah estet di Kerdau sana." katanya.

Dulu MIC kata sekolah nak dibuat di Kuala Krau dekat Ulu Jenud datas tanah 6 ekar.  MIC cakap bohong sahaja, kononya, Kerajaan sudah setuju mahu bina Sekolah Tamil di sini.  Tapi tanah 6 ekar itu kini sudah ditanam sawit, sudah menjadi milik orang Melayu.

"Saya suka dengar ucapan Dato Seri Anwar, dia perjuangkan hak rakyat tanpa kira kaum.  Inilah pemimpin yang boleh memberikan harapan kepada kami, Haji.  Kami akan sokong PKR, Haji." jelasnya.

Kami berpisah sebaik sahaja saya menerima call dari Bob Manolan, Timbalan Ketua PKR Cabang Bera yang sedang menunggu saya di Stesyen Caltex di Temerloh.  Saya kena rush ke Temerloh, perjalanan mengambil masa 30 minit.

Saya akan menjemput rakan baru India itu ke Majlis Ceramah Dr Aziz Bari di Felda Jenderak Utara pada malam ini, 26.11.12.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Himpunan Rakyat Kudat Sabah 25/11/2012

Posted: 25 Nov 2012 03:12 AM PST

[VIDEO] Kota Kinabalu Sabah 24/11/2012

Posted: 25 Nov 2012 03:10 AM PST


[VIDEO] Sabah PKR Convention 2012 Kota Kinabalu Sabah 24/11/2012

Posted: 25 Nov 2012 03:08 AM PST



Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dua Isu Utama Rakyat di N.Sembilan Menjelang PRU

Posted: 24 Nov 2012 03:00 PM PST


Dua isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat di Negeri Sembilan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ialah ;

1. Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan sehingga kini, sedangkan upacara perletakan batu asas telah disempurnakan pada bulan Mac 2008 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Ulasan penuh isu ini di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/tender-bangunan-hospital-rembau-masih.html

2. Pembinaan jalan baru Pasir Panjang ke Linggi sepanjang 22.5 km yang dibina sejak tahun 2005 yang masih belum siap sehingga kini. Kos asal projek RM118 juta, kemudian ditambah lagi RM118 juta pada kontraktor yang sama pada tahun 2008, ditambah lagi RM47.5 juta juga pada kontraktor yang sama, dimana salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dianugerahkan membina jalan ini ialah Dato Napsiah Omar, bekas Menteri Kabinet serta bekas pimpinan tertinggi Umno dan Wanita Umno. Ulasan penuh isu ini dengan fakta di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/jalan-pasir-panjang-ke-linggi-rm300.html