The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Keluhan kaum India di Kuala Krau Posted: 25 Nov 2012 04:40 PM PST Petang semalam saya dikunjungi oleh seorang kaum India, dia beri nama dan nombornya, serta alamat rumahnya untuk saya hubungi dengan satu pesanan, "Saya telah dengar Dato Seri Anwar berucap semasa dia datang ke Kuala Krau pada 4.11.12 dan dia berucap di Kg Penderas pada 18.11.12; kami dari masyarakat India Kuala Krau cukup puas hati." Bila saya beritahu beliau bahawa Anwar akan sekali lagi datang ke Kuala Krau pada 9hb Disember 2012 iaitu di Darul Hikmah, Kerdau, dia cukup gembira mendengarnya dan dia serta kawan-kawannya akan hadir. Dato Seri Anwar akan hadir di Program Pakatan Rakyat Pahang di Kerdau pada tarikh tersebut. Sekiranya program Merdeka Rakyat diteruskan mengikut jadualnya, Dato Seri Anwar akan berucap di Raub pada tengah hari 9.12.12 itu, petangnya di Jerantut dan malamnya di Kerdau dalam kawasan Parlimen Kuala Krau. Rakan India ini tidak segan silu menyatakan bahawa beliau adalah Ahli MIC sama seperti rakan-rakannya yang lain seramai lebihkurang 40 orang yang duduk di dalam satu Taman di Kuala Krau. "Kami sokong perjuangan PKR, Haji, tapi kami tak boleh masuk menjadi ahli PKR. Kami orang susah, gaji pun cukup-cukup makan saja. Kalau kami masuk PKR, MIC akan buang nama kami untuk dapatkan bantuan-bantuan seperti BRIM, perbelanjaan anak-anak sekolah, bantuan banjir..Ada kawan-kawan kami yang terus terang masuk PKR di Kuala Krau ni, semuanya tak dapat bantuan-bantuan itu. MIC dan UMNO ni bukan baik, Haji," katanya. Haji sudah ada nama saya, nombor handphone saya dan alamat saya; kalau ada apa-apa program, sms sajalah kepada saya; saya dan rakan-rakan saya akan datang. Tetapi buat masa ini kami tak boleh masuk PKR walaupun kami sokong perjuangan PKR, dalam PRU nanti saya dan kawan-kawan saya akan undi PKR. "Sekarang kami sudah pandai, Haji. BN bagi duit, kami ambil; bagi beras kami ambil, bagi BRIM kami ambil, tapi undi sorry-lah," katanya. Dia bercerita bahawa ayahnya adalah kuli estet, dan mati sebagai kuli estet, apa-apa pun tak ada, rumah tak ada, tanah tak ada; bila ayahnya meninggal dunia; dia dan ibunya dan adik beradiknya terpaksa mencari rumah di luar estet kerana tiada ahli keluarganya yang bekerja lagi untuk estet itu. Mula-mula dia dan keluarganya tinggal di rumah sewa papan dan atap zinc yang sudah bocor-bocor; dia dan adik beradiknya dapat kerja sebagai boroh dan dapatlah mereka berpindah ke rumah yang sedikit selesa. Hasil pakatan adik beradik, mereka membeli sebuah rumah murah di Kuala Krau. Seperti orang Melayu, dia dan ahli-ahli keluarganya memohon saham Felcra. Kawan-kawan Melayunya dapat, tapi dia tak dapat. Dia dan ahli-ahli keluarganya masuk MIC kerana kononya dengan menyertai MIC permohonan mendapatkan tanah boleh diberikan pertimbangan. Dah lebih 10 tahun duduk menjadi ahli MIC, langsung tak dapat apa-apa pun. Bukan keluarga dia saja yang tak dapat apa-apa tanah, semua keluarga saudara mara dan rakan-rakannya di Kuala Krau semuanya tak dapat. "Saya dilahirkan di Kuala Krau, Haji. Saya anak tempatan. Cubalah Haji bayangkan, kawan-kawan sama sekolah saya orang Melayu dapat Felcra dan dapat tanah, kami orang India langsung tak dapat. Saya sekarang bekerja di kebun orang Cina, hari-hari saya berkebun, tetapi hanya makan gaji dapatlah RM800.00 sebulan, kena tanggung ibu, isteri, anak-anak dan adik-adik. Tak cukup Haji. Ini kena pulak kena hantar anak-anak bersekolah Tamil jauh dari pekan Kuala Krau ni, di sebuah estet di Kerdau sana." katanya. Dulu MIC kata sekolah nak dibuat di Kuala Krau dekat Ulu Jenud datas tanah 6 ekar. MIC cakap bohong sahaja, kononya, Kerajaan sudah setuju mahu bina Sekolah Tamil di sini. Tapi tanah 6 ekar itu kini sudah ditanam sawit, sudah menjadi milik orang Melayu. "Saya suka dengar ucapan Dato Seri Anwar, dia perjuangkan hak rakyat tanpa kira kaum. Inilah pemimpin yang boleh memberikan harapan kepada kami, Haji. Kami akan sokong PKR, Haji." jelasnya. Kami berpisah sebaik sahaja saya menerima call dari Bob Manolan, Timbalan Ketua PKR Cabang Bera yang sedang menunggu saya di Stesyen Caltex di Temerloh. Saya kena rush ke Temerloh, perjalanan mengambil masa 30 minit. Saya akan menjemput rakan baru India itu ke Majlis Ceramah Dr Aziz Bari di Felda Jenderak Utara pada malam ini, 26.11.12. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan