Isnin, 22 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jelajah Merdeka Rakyat Dapati Sokongan Rakyat Kepada Pakatan Semakin Bertambah

Posted: 22 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 21 OKT: Jelajah Merdeka Rakyat di beberapa kawasan di Selangor menyaksikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat sekaligus mencerminkan kepercayaan masyarakat negeri ini untuk terus bersama PR.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejak beliau memulakan rombongan di Desa Air Hitam, Puchong dan Pantai Morib, Kuala Langat, kehadiran rakyat di setiap ceramah amat memberangsangkan.

Biarpun hujan lebat pada pagi dan petang, ianya tidak mematahkan semangat penduduk di setiap kawasan yang dikunjungi untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar amanat dan mesej yang dibawa oleh pemimpin PR.

Abdul Khalid di dalam ucapannya di Ijok berkata, rakyat di Selangor kini dapat merasai perbezaan melalui perubahan yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

"Rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat melalui pentadbiran yang telus dengan penganjuran pelbagai program dan bantuan seperti pemberian air percuma, skim bagi warga emas dan wanita dan tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar di negeri ini.

"Cara kita mengurus negeri ini, Laporan Ketua Audit menunjukkan Selangor merupakan antara negeri-negeri yang terbaik pentadbirannya dan jika dilakukan perbandingan dengan kerajaan Umno-BN sebelum ini, kita ternyata lebih baik," katanya di hadapan penduduk Ijok.

Selain Puchong, Kuala Langat dan Ijok, rombongan semalam turut mengunjungi Pandamaran di Klang dan Kampung Assam Jawa di Kapar sebelum mengakhiri perjalanan di parkir Stadium Shah Alam.

Rombongan tersebut turut disertai Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam ucapannya di Shah Alam, Anwar memuji pentadbiran Abdul Khalid sambil menyifatkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik.

"Saya akui beliau merupakan seorang yang sangat cermat dan berkira dalam menguruskan wang di negeri ini.

"Tetapi sikap inilah yang diperlukan seorang pemimpin bagi menjamin wang negeri ini dikembalikan kepada rakyat untuk menikmatinya," katanya di hadapa kira-kira 6,000 hadirin.

Katanya, integriti tinggi yang dimiliki Abdul Khalid menyebabkan negeri ini mampu mempunyai rizab simpanan sehingga RM 2.2 bilion walaupun membelanjakan wang yang banyak bagi program bantuan rakyat seperti skim air percuma, Jom Shopping, TUNAS dan Sri Kembar.

"Dahulunya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Selangor akan bankrup jika berhasrat memberikan air percuma.

"Tetapi dengan pentadbiran yang telus dibuktikan oleh Abdul Khalid, simpanan negeri meningkat daripada RM1 bilion kepada RM 2.2 bilion walaupun memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat," kata Anwar.

Sumber: Selangorku

200 Bendera PKR Dicuri Dan Dibakar di Hadapan Bilik Gerakan Parti Politik

Posted: 21 Oct 2012 03:00 AM PDT

KLANG, 21 OKT: Kira-kira 200 bendera PKR yang dipasang di sekitar tapak program Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan letak kereta pasaraya Econsave didakwa dicuri dan kemudiannya dibakar di bilik gerakan sebuah parti politik.

Bendera-bendera itu yang merupakan antara persiapan ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pandamarn di sini, dipercayai telah dicuri pada lewat malam tadi.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri ketika mempengerusikan Program Jelajah Merdeka Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, perbuatan memalukan tersebut menggambarkan ketakutan setengah pihak tentang kemaraan Pakatan Rakyat.

"Mereka tak mampu berbuat apa-apa, nak lawan hujah tak berani, jadi yang mereka boleh buat hanyalah curi dan bakar bendera PKR," kata beliau.

Azmizam juga memberitahu, AMK akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

Di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hari ini, dianggarkan lebih seribu orang telah membanjiri program yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Selain Ketua Umum PKR, program tersebut turut menampilkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai penceramahnya.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Buktikan PR Mampu Tadbir Negara Lebih Baik

Posted: 21 Oct 2012 02:30 AM PDT

KLANG, 21 OKT: Rekod hampir lima tahun pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) membuktikan pakatan tersebut mampu mentadbir kerajaan negara dengan lebih baik berbanding rekod 55 tahun Umno-BN.

Antaranya termasuklah prestasi cemerlang kewangan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini.

Laporan tersebut antara lain menyatakan simpanan atau kumpulan wang disatukan bagi Selangor telah meningkat sehingga mencecah RM 1.94 bilion pada 2011.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding mana-mana negeri yang diterajui Umno-BN.

Selain itu, amalan perbelanjaan secara berhemah oleh Kerajaan Selangor turut membolehkan kerajaan negeri itu membentangkan belanjawan berimbang semenjak tahun 2009 lagi.

Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyangkal dakwaan Umno-BN bahawa PR akan menyebabkan negara muflis sekiranya PR diberi peluang mentadbir negara ini.

"Kalau kita menang kita umumkan harga minyak turun dan nanti (Datuk Seri) Najib kata apa?

"Nanti negara bangkrap, itu sahaja yang dia tahu. Ambil duit lembu tak bangkrap, ambil tanah rakyat ratus ribu hektar tak pula dia kata bangkrap.

"Bangkrap ini boleh terjadi bila ada yang tak amanah," kata Anwar di hadapan hampir dua ribu hadirin di dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pandamaran di sini hari ini.

Beliau turut menemplak Umno-BN yang gagal membantu rakyat miskin di Sabah seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kerajaan Negeri bayar sehingga RM 400 juta untuk beri air percuma kepada rakyat Selangor.

"Ada Umno-BN berikan kepada Sabah negeri yang paling kaya tetapi rakyat paling miskin?" ujarnya lagi dalam program yang berjalan dalam keadaan dilanda hujan.

Selain Anwar turut hadir dalam program Jelajah Merdeka Rakyat kali ini adalah Abdul Khalid dan barisan exco Kerajaan Negeri Selangor.

Sumber: Selangorku

Takungan Air Selangor Mencukupi, MB Gesa Hentikan Kenyataan Kelirukan Rakyat

Posted: 21 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 21 OKT: Takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat sebanyak 55.43 peratus kepada 127.49 meter padu mampu menampung bekalan air kepada penduduk sekitar Lembah Klang.

Empangan yang membekalkan 60 peratus bekalan air di sekitar Lembah Klang ini membekalkan air untuk dirawat di tiga Loji Pembersihan Air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3).

Bagaimanapun Umno-BN Selangor terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat dengan dakwaan kononnya Lembah Klang bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.

"Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.

"Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah  memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi," menurut Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Abdul Khalid juga memberitahu usaha memastikan bekalan air sentiasa mencukupi ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air.

Objektif ini di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status air di dalam empangan.

Sumber: Selangorku

Projek Takungan Air RM 20 juta Dijangka Atasi Masalah Banjir

Posted: 20 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 20 OKT : Kolam takungan air di Sri Sentosa yang dijangka siap dalam masa 18 bulan mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku di Daerah Klang kata ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Projek RM 20 juta itu diharap dapat menampung limpahan air jika hujan lebat di kawasan Bukit Naga, Seri Gambut , Jalan Pendamar, Johan Setia, Bandar Putera dan Bandar Puteri.

"Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah Klang, projek itu akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja," kata Shuhaimi ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata penduduk Johan Setia dan Bandar Puteri yang terjejas akibat banjir semalam sudah kembali ke rumah masing-masing selepas dipindahkan ke Dewan Al-Munirah Rumah Anak-Anak Yatim.

Mereka dipindahkan selepas air ketinggian paras paha masuk ke rumah mereka semalam.

Katanya, Pejabat Daerah Klang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.

"Kita sedang merekodkan dan meninjau dari rumah ke rumah di mana ada warga emas yang tidak berupaya membersihkan rumah dan kita akan membantunya.

"Dan sekarang ini sedang berlaku proses pembersihan rumah yang mengalami masalah banjir," jelas Shuhaimi.

Kata Shuhaimi, punca berlakunya banjir itu adalah ekoran Fenomena Astromical Tide yang sudah dijangkakan akan berlaku.

Shuhaimi juga menolak tuduhan bahawa pihak Adun dan Ahli Parlimen tidak melaksanakan tugas dalam mengatasi masalah banjir itu.

"Dalam berita di TV3 ada budak-budak daripada Umno membuat tuduhan mengatakan Ahli Parlimen dan Adun berjanji untuk membawa ekskavator untuk membersihkan laluan air.

"Tuduhan itu berniat jahat kerana orang-orang itu tidak pernah berjumpa dengan pihak saya.

"Mereka hanya mengambil kesempatan politik apabila berlaku masalah banjir untuk menyalahkan kerajaan negeri, ahli parlimen dan adun," katanya.

Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Laman Rasmi: KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PAHANG - SEMANGAT "UBAH ...

Posted: 22 Oct 2012 08:52 PM PDT

Laman Rasmi: KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PAHANG - SEMANGAT "UBAH ...: Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang Tahun 2012 telah selamat diadakan semalam (21 Oktober 2012) bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 02.00 pe...

Pembelaan Terhadap Orang Kampung

Posted: 22 Oct 2012 08:14 PM PDT

Pembelaan secara bersistematik disasarkan kepada penghuni-penghuni kota seperti setinggan-setinggan bandar, pekerja-pekerja kilang, golongan buruh dan kakitangan kerajaan dan swasta yang berpendapatan rendah.  Mereka ini terpinggir daripada kesenangan bandar.

Nampak macam mereka ini mempunyai kemudahan, ada kereta, ada rumah murah atau ada rumah-rumah "haram", tetapi setiap sesuatu yang mereka ada itu semuanya membebankan mereka.  Bayaran bulanan/ansuran apa juga yang mereka ada di rumah mereka, perbelanjaan anak-anak bersekolah, makan-minum keluarga, kos pengangkutan, bayaran tol, dan bayaran parking dan denda kesemuanya menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi sehingga ada yang terpaksa melakukan dua kerja sehari; satu antara 8.00 pagi - 4.00 petang dan satu lagi 7.00 malam 12.00 malam.

Walau bagaimana pun penderitaan mereka mudah dinampak dan ada badan-badan NGO dan politik memperjuangkan mereka seperti yang dilakukan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), PKR dan DAP.

Di luar bandar, di kampung-kampung tradisi, yang penduduknya dinaungi oleh UMNO terutamanya, mereka tidak ada badan-badan NGO yang mengambil kisah tentang penderitaan mereka.

Walhal di kampung-kampung kehidupan amat sukar.  Mereka bergantung kepada kerja-kerja menoreh getah atau dari kelapa sawit.  Kebanyakan mereka hanyalah sekadar memiliki 2, 3 ekar tanah sahaja, satu pemilikan yang tidak ekonomik.

Tidak seperti dahulu, mereka tidak lagi menanam padi, kerana pendapatan hasil dari penanaman padi amat rendah; dan mereka terpaksa membeli beras seperti juga masyarakat bawahan di bandar.  Bahkan untuk keperluan lain pun mereka terpaksa membeli juga.  Apatah lagi barang-barang yang mereka tidak mampu keluarkan sendiri seperti gula, teh, susu, ikan bilis, ikan basah, ikan kering, dan sebagainya.

Ada kalanya harga komoditi yang mereka keluarkan adalah tinggi.  Pernah harga getah mencecah menghampiri RM7.00 se kilo.  Tetapi selepas peneroka-peneroka Felda menerima "durian runtuh" harga getah jatuh hingga RM2.90 dan kini dalam lingkungan RM3.80 -RM4.00, dengan harga ini kehidupan penduduk-penduduk kampung menjadi musnah.

Mereka tidak berupaya lagi menjelaskan bayaran-bayaran ansuran kereta atau motosikal dan lain-lain peralatan di rumah disamping berhadapan dengan kenaikan harga-harga barang yang tinggi, amat tinggi, serta keperluan anak-anak mereka ke sekolah.

Harga sawit untuk orang-orang kampung pernah jatuh menjunam hingga RM380 satu tan, satu harga yang tidak membolehkan orang kampung mempertahankan kehidupan yang sudah pun dianggap tidak selesa; dan dengan harga yang begitu jatuh, bagaimanakah orang kampung boleh kembali kepada kehidupan asal (yang juga kurang selesa itu).

Jumlah orang Bandar dan orang Kampung yang dihantui oleh kehidupan yang dhaif dan tidak selesa ini adalah besar; bahkan jumlah merekalah yang terbesar di Negara ini, sebuah Negara yang kaya raya, tetapi kekayaannya tidak sampai kepada rakyat bawahan yang ramai.

Pembelaan terhadap rakyat yang ramai ini amat diperlukan sekarang dan UMNO/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk memberikan pembelaan kepada mereka!


Omak Kau!!!!: BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI....SAMBUTAN RAKYAT T...

Posted: 22 Oct 2012 04:56 PM PDT

Omak Kau!!!!: BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI....SAMBUTAN RAKYAT T...: CERAMAH ISU SEMASA PAKATAN RAKYAT. PEMIDATO:- DSAI, DATUK FAUZI SHAARI, DATUK SERI LAJIM UKIN. LOKASI: TAPAK  PASAR MAL...

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pakatan Won’t Bring Country To Economic Ruin

Posted: 22 Oct 2012 11:36 AM PDT

The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim today denied rival Datuk Seri Najib Razak's prediction that a Pakatan Rakyat (PR) federal government would lead Malaysia to financial disaster, reminding the prime minister that all four PR-governed states had earned sterling praise in the just-released Auditor-General's report.

The opposition leader also said that Najib's remarks at MCA's 59th annual general meeting yesterday suggested the premier had not read the audit report, which detailed the performances of all state and federal administrations last year.

"These figures (in the AG report) reflect what really happened, which contradicts the accusations and allegations made by the prime minister," he said during the committee stage debate on Budget 2013 in the Dewan Rakyat this afternoon.

In his speech at the opening of MCA's annual assembly yesterday, Najib had warned that a federal government under the opposition pact could be destroyed within just a year, resulting from the plummeting of share prices and the probable ruin of the economy.

Anwar cited figures in the AG's report that revealed how the Penang government had in past year scored the highest performance rating by recording a 47 per cent increase in revenue.

Close on its heels were other PR states, Anwar told the House today, with Kelantan's revenue climbing by 13 per cent while Selangor and Kedah both recording 4 per cent increases.

"But of the nine states under BN, six improved in revenue while three others experienced declines… Perlis dipped by 16 per cent, Johor by 18 per cent and Malacca recorded the highest decline at 24 per cent," he said.

Anwar also noted that according to the report, federal debt had soared significantly 71 per cent in four years, from RM266 billion in 2007 to a staggering RM456 billion last year.

He said that household debt as at the end of 2010 stood at RM581 billion or 76 per cent of the country's gross domestic product (GDP).

The Permatang Pauh MP said the figures found in the A-G's report should not be carelessly discarded, pointing out that if Malaysia were to continue in this direction, financial ruin may be inevitable.

"My colleagues will likely cite more of these figures for you but what I would like to surmise here is that despite these figures in the report, one big problem has yet to be resolved and answered to ? the Global Financial Integrity report on the illicit outflows from the country.

"Until today, the government has failed to offer a satisfactory answer… as if there is an intention to protect the criminals who plundered and pillaged this country," he said.

Earlier this year, The Malaysian Insider cited a London-based research as revealing that a colossal RM893 billion had been siphoned out of Malaysia's economy into tax havens abroad between 1970 and 2010, placing the country among the top 20 nations in the developing world labelled as "losers" of capital flight.

The sum is more than triple that of Malaysia's national debt total, which amounted to RM257.2 billion in 2011, according to previous media reports.

In the study commissioned by Tax Justice Network (TJN), a London-based organisation of professionals including economists and tax consultants, Malaysia is now ranked 12th on the list, two rungs above Singapore's RM533 billion outflow and three below Indonesia's RM1 trillion.

In December last year, the US-based financial watchdog GFI reported that Malaysia had lost RM150 billion through capital flight in 2009 alone, the fourth highest in the developing world.

The watchdog also found that Malaysia had lost a total of US$338 billion (RM1.08 trillion) over the first decade of the century while RM930 billion had left the country between 2000 and 2008, growing to RM218 billion per year from an initial RM71 billion in that period.

The federal opposition has long railed against the ruling Barisan Nasional (BN) over its alleged fiscal irresponsibility, claiming its relentless spending and massive illicit capital outflow would soon plunge the country into a debt crisis.

Umno, Kerajaan Bergantung Kepada Mahathir?

Posted: 22 Oct 2012 11:03 AM PDT

Harakah
Oleh Subky Latif

SATU laporan muka depan akhbar menyebut betapa UMNO dan pemimpin kerajaan bergantung kepada bimbingan Dr. Mahathir bagi menghadapi dan memenangi PRU13 yang terpaksa diadakan sebelum April akan datang.

Laporan itu lucu tetapi ia tidak boleh dikira karut. Sepatutnya ia karut tetapi suasana pimpinan Perdana Menteri Najib dilihat keliru dan was-was, maka yang dirasakan lucu itu nampaknya bukan perkara karut.

Hampir dua tahun pimpinan Najib dan Muhyiddin hendak mengadakan PRU supaya dapat keluar dari bagi mandat Abdullah Badawi yang mereka rasa amat malang, tetapi tempoh penggal ltu hampir luput, mereka belum jumpa tarikh keramat bagi mengadakannya. Semua tarikh sepanjang dua tahun itu seolah-olah tidak keramat belaka.

Telah banyak persepsi merasakan Najib dan Muhyiddin bukan sekadar tidak berdaya menjadi pimpinan kerajaan yang baik, malah mereka tidak ada wibawa untuk memimpin UMNO bagi menghadapi PRU13.

Laporan akhbar betapa UMNO bergantung pada bantuan Dr. Mahathir bagi menyelamatkan UMNO dan kerajaannya adalah satu pemberitahuan betapa Najib dan Muhyidin adalah pimpinan yang tidak berwibawa hingga tidak ada lagi orang-orang yang lebih muda Dr. Mahathir yang dapat memimpin UMNO.

Laporan adalah satu cara bagi menyatakan Najib tidak berguna dan Muhyidin sendiri dapat membantu Najib bagi menjadi pemimpin parti dan Perdana Menteri yang berguna. Kedua-duanya tidak berguna dan tidak orang lain yang layak memimpin UMNO melainkan Dr. Mahathir yang pimpinannya dulu penuh kontroversi.

Ia adalah satu gambaran betapa UMNO sudah bankrap pimpinan. Tiada lagi orang yang layak memimpinnya hingga terpaksa mengambil orang lama juga terus menerus dipertikai oleh orang ramai termasuk UMNO.

Gaya pimpinannya dulu lebih kurang saja dengan pemimpin-pemimpin yang sudah dibuang dan sedang hendak dibuang oleh gelombang Arab Spring. Demi mengekalkan kuasanya dia cantas semua pencabarnya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim. Sekalian yang dipancungnya itu adalah watak yang membina diri masing-masing untuk menjadi pemimpin.

Kemudian dia sendiri gagal menyediakan pimpinan UMNO. Disediakannya Abdullah Badawi, diratahnya. Disediakannya Najib, lalu Najib jadi macam yang semua lihat sekarang terus hidup di bawah bayangan Dr. Mahathir dan Rosmah Mansor. Muhyidin pula tidak mencapai wibawa yang ada pada Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Mungkin tidak mampu mencapai oleh pimpinan Abdullah Badawi dan Najib yang lemah itu.

Pentadbiran Mahathir sendiri meruntuhkan apa yang dirancang dan ditinggal oleh Tunku dan Tun Razak. MAS runtuh, Bank Bumputera hapus, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah hancur. Dasar dan projek yang ditinggalkan olehnya pula membebankan rakyat dan negara seperti penswastaan, lebuh raya bertol, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Dalam zamannya pun Maahthir bukanlah pimpinan yang baik, dan zaman ini pula bukanlah zaman yang sesuai bagi orang setuanya dan berulang alik ke hospital saja. Sekarang UMNO dan kerajaan memerlukan orang yang lebih muda bagi menghadapi masa depan yang mencabar, bukan lagi zaman orang bergantung pada kehebatan Hang Tuah dan Dr. Mahathir.

Menggunakan Dr. Mahahir seperti memakai barang terpakai. UMNO tidak memerlukan pimpinan recond. Apabila Najib. Muhyiddin sudah tidak berguna tidak banyak bijaknya menggunakan barang-barang lama.

Apabila UMNO sudah ada orang baru untuk memimpin, maka itu tandanya UMNO juga tidak layak lagi memimpin rakyat dan negara. Tali hayatnya tidak boleh disambung. Itulah ertinya berita UMNO dan Najib bergantung pada Dr. Mahathir.

Ratusan Ribu Daftar Pemilih Pincang, Selangor Paling Parah

Posted: 22 Oct 2012 10:50 AM PDT

KeadilanDaily

Terdapat kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur persekolahan.

Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.

"Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat," kata Anwar.

Beliau berkata, antara contoh kes ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai 'Tiada' dengan nombor rumah ditulis sebagai '28?.

"Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?" soal Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, maklumat tersebut diperolehi selepas audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25 Mac lalu.

Belum lahir, tapi layak mengundi

Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.

H'ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.

"Belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu.

"Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan," tegas Ketua Umum KEADILAN itu.

[VIDEO] Jelajah MerdekaRakyat Selangor, Taman Kelang Utama 21/10/2012

Posted: 22 Oct 2012 10:30 AM PDT

Setengah Bilion Bina Rumah Kos Rendah, Selangor, P Pinang Catat Sejarah

Posted: 21 Oct 2012 09:51 PM PDT

Keadilandaily

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

"Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan berikan fakta, rumah kos rendah ini tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah bilion untuk bina rumah kos rendah.

"Masa saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya beri tanah dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan," katanya di depan 8,000 hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu.

Menyentuh kejayaan Selangor, Anwar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar paling berjaya.

"Sebagai Menteri Besar, Selangor adalah yang paling berjaya dalam sejarah, tengok bagaimana beliau (Khalid) boleh kutip hutang daripada syarikat Talam. Tapi isu ini tidak pernah disiarkan. Lebihan wang negeri melebihi RM2 bilion, ini baru empat tahun memerintah.

"Apa beza (pentadbiran) Pakatan, kita tunjukkan pelaksanaan, contohnya apa yang kita buat selepas pilihan raya, beri air percuma kepada rakyat," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Prestasi kewangan Selangor mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

"Saya tak jamin pemimpin Umno tidak ambil tanah negeri, bawa syarikat negeri dan komisen berbilion ringgit.

"Sebab itu paling penting integriti moral yang perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara kerana (apabila) orang masuk politik itu untuk cari kekayaan. Menteri mana tidak ambil saham Bumiputera, lembu pun diambilnya," kata Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Anwar turut mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sanggup mempertahan 'penyangak' negara daripada membela rakyat.

"Najib kenapa kamu pertahankan orang yang rompak negara, rasuah? Mengapa kamu tiada keberanian untuk lawan perkara ini?

"Nak jadi pemimpin kerana berani, tengok Syed Mokhtar (Al-Bukhari), nak apa pun boleh, KTM (Keretapi Tanah Melayu) dapat, beras dapat, gula dapat, Tanjung Pelepas pun terlepas," sinisnya.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


17-10-2012: Penggulangan YB Menteri Dato’ Raja Nong Chik semasa debat Bajet 2013

Posted: 22 Oct 2012 12:46 AM PDT

Pada 17-10-2012  jam 9:50 malam Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Yang Berhormat daripada Seputeh, saya rasa soal pembersihan itu akan juga melibatkan sebab airnya datang daripada Selangor. Selepas itu dia juga akan mengalir ke Selangor. Jadi memang sesetengah daripada projek-projek pembersihan itu akan melibatkan kawasan-kawasan Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Besar [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


50 Keluar Umno Sertai Keadilan di Kg Lakai, Jelebu

Posted: 22 Oct 2012 12:36 AM PDT



Antara individu penting di Kg Lakai yang menyertai Keadilan


Jelajah Harapan Rakyat yang berlangsung semalam (Ahad-21 Oktober 2012) di Dun Pertang telah  mencetuskan satu lagi perubahan dengan penyertaan lebih 50 orang di Kampung Lakai menjadi anggota Keadilan.

Walaupun sebelum ini Keadilan Jelebu agak menyepi, namun kesan Jelajah Harapan Rakyat telah membangkitkan semangat ramai masyarakat di Pertang khususnya untuk lebih berani berjuang bersama Keadilan.

Penyertaan mereka itu juga turut disaksikan oleh Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan, YB Dato Kamarul Baharin Abbas. Ketua Penerangan Negeri, Ibrahim Yusof juga mengumumkan penubuhan Ranting Keadilan Kampung Lakai. Ini merupakan satu-satunya ranting yang ditubuhkan di Jelebu setakat ini.

Turut hadir sama dalam program di Kampung Lakai ini adalah Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri, Nordin Ismail, Ketua AMK NS-Nazree Yunus dan Naib Ketua Cabang Jelebu, Shahril Zakaria.


Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Imam Dipecat Kerana Menegur Program Karaoke Dalam Kawasan Surau

Posted: 21 Oct 2012 05:09 PM PDT


Sumber berita dari Melayukini.net

Jangan terkejut jika kita melihat seseorang yang mahu membuat kebaikan, tetapi disalahertikan oleh sesetengah pihak. Kita bukan mahu bercakap dari segi soal politik, akan tetapi mahu menilai sendiri mengapakah imam ini sanggup dipecat. Kisahnya berlula apabila seorang imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


RAMAI ORANG KUAT UMNO SABOTAJ PARTI DLM PRU13

Posted: 22 Oct 2012 12:01 AM PDT