Jumaat, 19 Oktober 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Penduduk Flat Taman Medan ‘Diperalat’ Fitnah Kerajaan Negeri

Posted: 19 Oct 2012 03:00 AM PDT

PETALING JAYA, 19 OKT: Penduduk Flat Taman Medan Cahaya kesal sikap dengan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa didalangi Umno menggunakan pangsapuri mereka untuk memfitnah Kerajaan Negeri kononnya gagal memberikan air percuma kepada penduduk taman terbabit.

Sedangkan menurut penduduk yang ditemui, mereka mula menikmati 20 meter padu air percuma sejak tahun 2011 lagi seperti yang dibuktikan dalam bil air yang ditunjukkan kepada Selangor Kini.

Menurut A Ramlee Yahaya,48, yang mendiami Blok H memberitahu majoriti peserta demontrasi tersebut merupakan ahli-ahli Umno dan orang-orang luar yang tidak beliau kenal.

"Saya tahu sebab banyak muka yang saya tak pernah tengok pun dan ada juga yang saya dapat cam orang luar seperti bekas calon PRU-12 dari Umno, Munaliza Hamzah(bekas calon Umno Taman Medan) bukan penduduk kami.

"Selain itu orang-orang Umno seperti Ruslan Baba memang main peranan penting dalam demontrasi itu, tetapi orang sini sendiri memang tak ramai yang sertai," ujar Ramlee.

Menurut Ramlee lagi, beberapa jawatan penting dalam Persatuan Penduduk Blok H juga dimonopoli beberapa pemimpin Umno peringkat akar umbi sekaligus menyebabkan kepentingan politik dibawa ke dalam persatuan itu.

Ramlee yang berada di lokasi ketika demontrasi itu diadakan, menganggarkan seramai kira-kira 150 orang yang menyertai demontrasi tersebut, bukannya sehingga 3,000 yang disebut oleh media perdana.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam memberitahu sebelum demontrasi 'menuntut air percuma' itu diadakan, persatuannya dimaklumkan tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Bila demo berlangsung, filem hina Nabi tak disentuh langsung, tetapi tuntutan air percuma pula yang dilaungkan, sedangkan kami dah terima air percuma," kata Fuad yang kesal tindakan Umno menipu penduduk dengan menggunakan isu filem hina Nabi.

Terdahulu, media arus perdana menyiarkan laporan penduduk Taman Flat Medan Cahaya mengadakan demontrasi menuntut bekalan air percuma dari Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha, penduduk di situ mula menikmati air percuma apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengemukakan permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membolehkan pemberian tersebut disalurkan kepada unit-unit kediaman di situ.

Sumber: Selangorku

Loji Pembersihan Air Sungai Sireh Kini Beroperasi 100 Peratus

Posted: 19 Oct 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 19 OKT : Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Sireh di Tanjong Karang kini beroperasi 100 peratus untuk memproses air bagi bekalan air bersih kepada kira-kira 30,000 penduduk di sekitar Tanjong Karang dan Sekinchan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat berkata, LPA Sungai Sireh kini mampu memproses air bersih sebanyak 21 juta liter sehari (JLH).

"Paras air di muka sauk LPA Sungai Sireh pada 18 Oktober 2012 adalah pada bacaan 1.1 meter berbanding paras kritikal 0.20 meter.

"Rekod aliran air Sungai Bernam melalui pemantauan aliran air di Jambatan Sungai Bernam SKC adalah tinggi iaitu pada jumlah 141.95 meter padu sesaat," kata Khairi dalam kenyataan medianya.

Jelas beliau lagi, bacaan paras air di Ibu Ampangan Sungai Bernam (BRH) juga tinggi pada paras 10.20 meter dengan kesemua Kawasan Pengairan Berperingkat (ISA) penanaman padi menerima bekalan penuh.

Katanya, ban sungai yang pecah yang dipercayai menyebabkan aliran Sungai Bernam tidak sepenuhnya melalui Bernam River Headworks (BRH) sedang dalam pembaikan.

"Pihak IADA Barat Laut memaklumkan kerja-kerja pembaikan ban sungai tersebut sedang dijalankan dan akan dipercepatkan," katanya.

Sebelum ini, lebih 30,000 pengguna air terutamanya pesawah di Tanjong Karang dan Sekinchan dikhuatiri terjejas kerana LPA Sungai Sireh di sini berdepan penyusutan lebih 50 peratus di terusan utama Sungai Sireh sejak beberapa minggu lalu.

Penurunan paras air di Ibu Ampangan Sungai Bernam (BRH) yang menempatkan loji pembersihan Sungai Sireh itu disebabkan oleh ban sungai yang pecah berhampiran Jambatan Sungai Bernam SKC.

Ia menjadi antara punca penurunan paras air untuk loji pembersihan Sungai Sireh yang membekalkan air bersih dan kegunaan sawah padi di sekitar Tanjong Karang dan Sekinchan

Kerajaan Negeri mengarahkan pihak Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor untuk menyegerakan pembaikan ban Sungai Bernam SKC yang pecah itu bagi memastikan aliran air ke sawah-sawah dan Loji Pembersihan Air Sungai Sireh tidak terjejas.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tekad Kita Pertahankan Perlembagaan dan Keharmonian

Posted: 19 Oct 2012 12:08 PM PDT

“……. menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”
- Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu, 31 Ogos 1957

Pakatan Rakyat terbina di atas keringat rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini. Bumi bertuah ini tidak kurang bakat dan khazanahnya. Malangnya jika gagal ditadbir urus dengan baik, semua potensi yang kita miliki akan hancur sia – sia akhirnya.

Usaha terdesak pimpinan UMNO dan Barisan Nasional memainkan isu agama dan perkauman; meniup api kebencian di kalangan rakyat; memomokkan rakyat dengan ancaman ketidakstabilan dan kacau – bilau adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mewar – warkan penglibatan anasir asing dalam politik negara; cuba mewujudkan keresahan dengan melaga – lagakan di kalangan penganut agama dan cuba menyemarakkan api perkauman sesama rakyat adalah taktik politik yang lapok, jijik dan biadap. Lebih biadap tatkala pimpinan Umno dan Barisan Nasional yang ketandusan isu menuduh Pakatan Rakyat berniat mengubal perlembagaan dan memporak – perandakan negara.

Pakatan Rakyat telah menandatangani Dasar Bersama pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama – menegaskan bahawa ketiga – tiga parti; Keadilan-PAS-DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi Raja Berperlembagaan. Ketegasan ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tuntas untuk mengembalikan Malaysia sebagai negara yang patuh pada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang – undang. Keharmonian sesama kaum, bekerjasama membentuk negara Malaysia yang lebih baik menjadi tema perjuangan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Tuduhan tak berasas bahawa negara kucar – kacir apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak ternyata seperti anjing menyalak bukit, takkan runtuh – kebaikan yang dicela kebejatan, tentu tidak akan binasa kebaikannya. Laporan Audit Negara 2011 yang memuji kecekapan dan tadbir urus baik negeri – negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan dan kesediaan Pakatan Rakyat untuk benar – benar membawa perubahan dan menawarkan tadbir urus yang lebih baik dan bertanggungjawab untuk sama – sama kita membina Malaysia yang lebih baik.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk menolak pimpinan dan pemerintahan yang saban hari menyemai api kebencian, menanam ranjau pertelingkahan yang akhirnya akan menghancurkan negara. Sudah tiba masanya kita kembalikan halatuju negara ke arah membentuk masyarakat madani yang harmoni dan mengangkat ketamadunan bangsa kita menjadi bangsa yang berilmu, beradab dan bermaruah.

Reformasi!

ANWAR IBRAHIM

Pena Bercabang-cabang Dr Mahathir

Posted: 18 Oct 2012 09:08 PM PDT

Malaysiakini
Oleh Fathi Aris Omar

Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai “pengkhianat” negara.

Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan “kesan tom yam” keruntuhan mata wang bath.

Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an.

Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa “pengkhianat” sewaktu di puncak kuasanya.

Mahathir mempergunakan Malaysiakini – seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros – waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya.

Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara.

Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum.

Dana gelap kepada Abramoff

Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000.

Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore – sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat – yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur.

Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002.

Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia.

Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush.

Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff – bersama taktik gelap pelobi itu sendiri – menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya.

Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut.

[Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.]

Bolak balik persabahatan & perseteruan Dr M

Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan.

Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas “anak didiknya” menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula.

Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini.

Sikap sebegini – berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan – sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an.

Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah.

Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini.

Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini.

Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah.

Lidah orang politik

Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan “undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros”!

Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang – perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan.

Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu.

Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu.

Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama – dan “NGO seperti Malaysiakini” itu juga – kini dianggapnya “ejen Soros” untuk “menukar rejim” BN.

Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


POLIS TUTUP KES ANAK NAZRI AZIZ

Posted: 16 Oct 2012 09:43 AM PDT

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 17 OKTOBER 2012 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan polis terhadap Mohamad Nedim Nazri Aziz atas insiden memukul penyelia keelamatan di sebuah kondominium mewah di ibu Negara pada Mac 2012 dan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di [...]

FILEM PASIR SALAK

Posted: 14 Sep 2012 09:38 AM PDT

JAWAPAN LSAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 OKTOBER 2012 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perkembangan filem Pasir Salah yang telah pun diluluskan pembiayaannya. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Belum ada sebarang perjanjian dimeterai dan tiada sebarang bayaran dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Dana Kenegaraan dan Warisan bagi [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masjid daif perlu dibaiki segera di Sabah

Posted: 18 Oct 2012 04:47 PM PDT

19 Okt 2012

KOTA MARUDU 18 Okt. - Meskipun keadaan Masjid Nurhikmah Kampung Bintasan Laut di sini agak uzur, namun, para jemaahnya tetap mengerjakan ibadah solat di situ tanpa ragu-ragu.

Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya apabila sesetengah bahagian lantai masjid reput dan beberapa bahagian masjid yang berusia lebih 30 tahun itu juga dimakan anai-anai.

Pengerusinya, Zaton Mumin, 40, berkata, setiap kali hujan para jemaah juga terpaksa beralih tempat untuk bersembahyang kerana hujan menitis di ruang solat akibat bumbung dan siling usang turut bocor.

"Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa agama di Daerah Kecil Matunggong untuk pembaikan masjid tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.