Jumaat, 5 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dilema dan Penderitaan Golongan Graduan Yang Tidak Mempunyai Pekerjaan Tetap

Posted: 05 Oct 2012 04:10 PM PDT

Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini langsung tidak memberikan sebarang fokus kepada golongan graduan yang mempunyai diploma dan ijazah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kebanyakan mereka kini sudah berumur mencecah 40 tahun.  Di peringkat umur begini amat sukar bagi mereka untuk mendapatkan sebarang pekerjaan samada sebagai pegawai/kakitangan Kerajaan mahupun pegawai/kakitangan syarikat-syarikat swasta.

Ada diantara mereka memang mempunyai pekerjaan tetap selepas keluar dari Universiti dahulu tetapi apabila berlaku entrenchment mereka terpaksa diberhentikan kerja, dan dengan umur yang sudah lanjut, agak sukarlah bagi mereka mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan mereka ini sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungjawab keluarga yang berat.  Hampir kesemua mereka terlibat dengan pinjaman samada pinjaman JPA atau pinjaman MARA.

Dengan kedudukan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terpaksa mencari pendapatan untuk menyara keluarga, dan dibebankan pula dengan hutang pinjaman yang di luar kemampuan mereka membayar, mereka kini sudah disenaraihitamkan menunggu waktu untuk dijadikan golongan bangkerap.

Untuk meneruskan kehidupan mereka melakukan apa saja kerja untuk mencari pendapatan antara RM1000.00 hingga RM1500.00; dengan pendapata sebanyak ini kehidupan mereka kekal dibawah paras kemiskinan dengan mengambil kira bahawa mereka terpaksa menyara anak isteri, apatah lagi anak-anak yang berada di bangku persekolahan.

Golongan ini tidak memiliki rumah sendiri, sekadar dapat menyewa rumah kos rendah.  Hidup mereka cukup dhaif, dan mereka telah berusaha merayu kepada pihak kerajaan untuk memberikan pertolongan yang wajar kepada mereka dengan menyediakan pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka.

Kerajaan mana yang peduli kepada penderitaan mereka.  Kerajaan Barisan Nasional tidak memperdulikan mereka.  Kerajaan Pakatan Rakyat juga tidak memperdulikan mereka.  Kepada siapa lagi mereka mahu menggantung harap.

Saya mengambil peluang untuk mengemukakan persoalan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini semasa membincangkan Belanjawan Pakatan Rakyat dan mendapat jawapan bahawa masalah golongan ini terkandung di dalam tajuk Mahasiswa dan Belia.  Apakah jawapan sebenar kepada penderitaan golongan ini tidak pula dibincangkan.

Selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat saya menyeru kepada rakan-rakan saya di dalam pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri-Negeri dan khususnya pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya memberikan fokus untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan ini.


Jelajah Pahang

Posted: 05 Oct 2012 03:23 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan memberikan tumpuan kepada siri penerangan di seluruh Negeri Pahang bermula awal bulan November 2012.  Siri penerangan ini adalah hasil daripada gabungan dua Biro penting iaitu Biro Penerangan yang dipimpin oleh Sdr Razali Alias dan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang dipimpin oleh Haji Suhaimi Said.

Suatu perjumpaan yang akan dihadiri oleh semua Ketua Cabang berserta Ketua Wanita Cabang dan Ketua AMK Cabang bersama Biro penerangan masing-masing di peringkat Cabang akan diadakan pada 21hb Oktober 2012 bermula jam 4.00 petang di Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, di Kuantan.

Siri penerangan ini akan melibatkan semua Cabang di Negeri Pahang dengan fokus utama ialah untuk menyumbangkan kemenangan bagi kerusi-kerusi Negeri Pahang untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya didalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman, telah dimaklumkan diatas program ini dan bersetuju untuk hadir didalam Majlis Perjumpaan pada 21hb Oktober 2012 tersebut dan memberikan garis-garis panduan untuk siri Jelajah Pahang ini.

Memandangkan bahawa Pahang merupakan Negeri yang paling banyak melibatkan rancangan-rancangan Felda, maka fokus utama Jelajah ini adalah di rancangan-rancangan Felda dan fokus seterusnya adalah di perkampungan tradisi Melayu serta perkampungan Orang Asal.

Semua bahan-bahan penerangan telah disiapkan.

Penceramah-penceramah adalah terdiri daripada pimpinan KEADILAN Pahang dan juga diselitkan dengan penceramah-penceramah dari Pusat dan Negeri-Negeri lain.

Program Jelajah Pahang ini akan diteruskan sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Scorpene: Surat Jemputan Diterima Peguam Perancis

Posted: 05 Oct 2012 12:22 AM PDT

KeadilanDaily


(Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Wiliam Bourdon peguam Perancis di Paris Semalam)

Peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis – William Bourdan dan dan Joseph Breham telahpun menerima surat jemputan supaya mereka hadir memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung siasatan dan perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi.

Turut menerima surat jemputan itu, peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner.

"Dua pucuk surat sudah dihantar, mereka sudah terima undangan daripada surat yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang supaya mereka datang untuk beri taklimat," jelas Tian.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak menyekat atau menghantar pulang seperti yang dilakukan ke atas peguam Suaram, William Bourdon, tahun lepas.

"Kita berharap peguam Perancis itu tidak lagi dihantar pulang kerana tiada alasan untuk menyekat kemasukannya ke Malaysia. Mereka (peguam) belum lagi beri respon, tapi kita harap dapat datang dalam masa Parlimen sedang bersidang.

"Ini kerana mereka perlu pohon visa untuk datang ke Malaysia. Berapa lama saya tidak pasti kerana bergantung kepada kerajaan untuk luluskannya," ujarnya.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, jika kerajaan berkeras tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini, jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

"Tiada sebab untuk halang, mereka hanya dijemput memberikan taklimat berhubung status perbicaraan dan siasatan untuk kita dapat maklumat terus daripadanya," kata Tian.

Dalam surat itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan.

Tunjuk Sebab Anwar Tak Boleh Naik Jet

Posted: 04 Oct 2012 11:33 PM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Subky Latif

Lalu rioh sekalian penceceh kerana Datuk Seri Anwar naik jet dari Kuala Lumpur ke Labuan, ke Sabah dan ke Sawarak.

Sebelumnya kecoh Anwar dan orang-orangnya naik bas ke sana ke mari dalam jelajah kempennya menunggu PRU 13.

Apa yang dinaiknya seolah-olah tidak kena belaka. Naik bas tak boleh, naik jet pun tak boleh. Habis apa yang boleh?

Mungkin naik motosikal dan naik basikal pun tak boleh juga.

Kita tunggu bila pula Anwar hendak menonggang kuda di desa dan kota? Atau tunggu saja dia dan orang-orang berkuda masuk ke Putrajaya nanti. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang memang selalu berkuda di belakang rumahnya di pantai Rusila. Tentu beliau tidak kekok berkuda ke Putrajaya.

Salahkah Anwar naik jet dalam keadaan jet sebagai satu kenaikan sudah tidak pelik lagi bagi dunia umumnya?

Eloknya kita minta saja sekalian yang gian dan mabuk dengan angin kencang Pakatan Rakyat hendak memfathul (membebaskan) Putrajaya memberi tunjuk sebab mengapa Anwar tidak boleh gunakan jet?

Saya teringat kisah laporan Musnyi Abdullah tentang rakyat jelata tidak boleh berpayung melalui depan istana Raja Terengganu. Komen Munsyi Abdullah, mengapa tidak dilarang burung terbang melintasi istana?

Masa itu belum ada budaya tunjuk sebab. Jika ia berlaku sekarang, kita boleh tanya kerajaan Terengganu memberi tunjuk sebab mengapa orang tidak boleh berpayung di hadapan istana?

Saya tahu cerita seorang pemimpin Umno Terengganu naik jet dengan seorang anak kecil balik ke Terengganu dari Kuala Lumpur kerana bondanya meninggal dunia. Pada hal dia boleh menggunakan motokar yang terbaik untuk ke sana atau tunggu penerbangan biasa. Tidak berbangkit kapalterbang penuh kerana ada ruang bagi mjuslihat istimewa MAS mengosongkan satu dua kerusinya.

Tetapi kerana hendak cepat, dia naik jet. Besar mana belanja dan dari mana dapat duit keranya terpaksa berbayar tidak berbangkit. Manusia sudah ada kemudahan untuk memanfaatkan jet atau apa-apa kenaikan yang lebih canggih.

Apa yang hendak diungkit dengan kemudahan Anwar menggunakan jet? Apa salahnya dan apa tidak betulnya dia menaiki jet?

Adakah kerana dari mana dia dapat duit untuk memajak jet itu? Atau jet siapa dan siapa yang membenarkannya menggunakan jet itu?

Atau kalau ada rakan-rakannya di luar negara memberinya kemudahan menggunakan jet, adakah ia suatu yang tidak dibenarkan? Anwar memang mempunyai ramai rakan di seluruh dunia yang boleh menawarkan kemudahan, malah percuma pun ada yang bersedia.

Kisah Anwar dikatakan senang dengan duit bukan benda yang pelik. Semasa Anwar memimpin ABIM dulu heboh orang kata dia diberi banyak duit oleh Muammar Gaddafi. Tiada sebarang langkah kerajaan ambil tentangnya atau menyiasatnya. Dalam heboh itulah Umno menawarnya untuk menjadi calonnya.

Apa pun yang dikatakan tentang Anwar ialah dia berupaya untuk mendapatkan apa-apa kemudahan seperti yang orang lain boleh dapat.

Mungkin Anwar tidak ada duit dan tidak ada keupayaan untuk menggunakan jet? Soal dia tidak mampu tidak menjadi isu kerana kemudahan itu boleh ditawarkan oleh penyokong-penyokongnya.

Ia adalah tanda dia disokong oleh berbagai jenis orang. Bukan orang miskin saja yang menyokongnya, orang-orang ada jet pun boleh meminjamkan kepadanya.

Jika sebagai pembangkang dia dapat macam-macam kemudahan, maka tidaklah payah baginya untuk mendapat berbagai jenis sokongan kiranya dia memerintah.

Dia guna jet tidaklah jadi isu yang pelik, tetapi kalau dia curi jet baru jadi cerita.

Di mana dia dapat duit? Duit Anwar ada dalam poket setiap penyokongnya. Bila dia mahu, sekaliannya akan mengeluarkan duit dari sakunya.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Teks ucapan perbahasan Bajet 2013

Posted: 05 Oct 2012 08:14 AM PDT

3.51 ptg. 3 Oktober 2012 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2013. Izinkan saya memetik satu perenggan dari ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 September lalu di Dewan yang mulia ini seperti di bawah: "Kerajaan ini [...]

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


125,000 jika singkirkan Selangor?

Posted: 04 Oct 2012 03:28 AM PDT