Jumaat, 5 Oktober 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dilema dan Penderitaan Golongan Graduan Yang Tidak Mempunyai Pekerjaan Tetap

Posted: 05 Oct 2012 04:10 PM PDT

Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini langsung tidak memberikan sebarang fokus kepada golongan graduan yang mempunyai diploma dan ijazah yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kebanyakan mereka kini sudah berumur mencecah 40 tahun.  Di peringkat umur begini amat sukar bagi mereka untuk mendapatkan sebarang pekerjaan samada sebagai pegawai/kakitangan Kerajaan mahupun pegawai/kakitangan syarikat-syarikat swasta.

Ada diantara mereka memang mempunyai pekerjaan tetap selepas keluar dari Universiti dahulu tetapi apabila berlaku entrenchment mereka terpaksa diberhentikan kerja, dan dengan umur yang sudah lanjut, agak sukarlah bagi mereka mendapatkan pekerjaan.

Kebanyakan mereka ini sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungjawab keluarga yang berat.  Hampir kesemua mereka terlibat dengan pinjaman samada pinjaman JPA atau pinjaman MARA.

Dengan kedudukan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terpaksa mencari pendapatan untuk menyara keluarga, dan dibebankan pula dengan hutang pinjaman yang di luar kemampuan mereka membayar, mereka kini sudah disenaraihitamkan menunggu waktu untuk dijadikan golongan bangkerap.

Untuk meneruskan kehidupan mereka melakukan apa saja kerja untuk mencari pendapatan antara RM1000.00 hingga RM1500.00; dengan pendapata sebanyak ini kehidupan mereka kekal dibawah paras kemiskinan dengan mengambil kira bahawa mereka terpaksa menyara anak isteri, apatah lagi anak-anak yang berada di bangku persekolahan.

Golongan ini tidak memiliki rumah sendiri, sekadar dapat menyewa rumah kos rendah.  Hidup mereka cukup dhaif, dan mereka telah berusaha merayu kepada pihak kerajaan untuk memberikan pertolongan yang wajar kepada mereka dengan menyediakan pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka.

Kerajaan mana yang peduli kepada penderitaan mereka.  Kerajaan Barisan Nasional tidak memperdulikan mereka.  Kerajaan Pakatan Rakyat juga tidak memperdulikan mereka.  Kepada siapa lagi mereka mahu menggantung harap.

Saya mengambil peluang untuk mengemukakan persoalan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini semasa membincangkan Belanjawan Pakatan Rakyat dan mendapat jawapan bahawa masalah golongan ini terkandung di dalam tajuk Mahasiswa dan Belia.  Apakah jawapan sebenar kepada penderitaan golongan ini tidak pula dibincangkan.

Selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat saya menyeru kepada rakan-rakan saya di dalam pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri-Negeri dan khususnya pimpinan Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya memberikan fokus untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan ini.


Jelajah Pahang

Posted: 05 Oct 2012 03:23 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan memberikan tumpuan kepada siri penerangan di seluruh Negeri Pahang bermula awal bulan November 2012.  Siri penerangan ini adalah hasil daripada gabungan dua Biro penting iaitu Biro Penerangan yang dipimpin oleh Sdr Razali Alias dan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang dipimpin oleh Haji Suhaimi Said.

Suatu perjumpaan yang akan dihadiri oleh semua Ketua Cabang berserta Ketua Wanita Cabang dan Ketua AMK Cabang bersama Biro penerangan masing-masing di peringkat Cabang akan diadakan pada 21hb Oktober 2012 bermula jam 4.00 petang di Pejabat KEADILAN Negeri Pahang, di Kuantan.

Siri penerangan ini akan melibatkan semua Cabang di Negeri Pahang dengan fokus utama ialah untuk menyumbangkan kemenangan bagi kerusi-kerusi Negeri Pahang untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya didalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman, telah dimaklumkan diatas program ini dan bersetuju untuk hadir didalam Majlis Perjumpaan pada 21hb Oktober 2012 tersebut dan memberikan garis-garis panduan untuk siri Jelajah Pahang ini.

Memandangkan bahawa Pahang merupakan Negeri yang paling banyak melibatkan rancangan-rancangan Felda, maka fokus utama Jelajah ini adalah di rancangan-rancangan Felda dan fokus seterusnya adalah di perkampungan tradisi Melayu serta perkampungan Orang Asal.

Semua bahan-bahan penerangan telah disiapkan.

Penceramah-penceramah adalah terdiri daripada pimpinan KEADILAN Pahang dan juga diselitkan dengan penceramah-penceramah dari Pusat dan Negeri-Negeri lain.

Program Jelajah Pahang ini akan diteruskan sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum.

Tiada ulasan: