Jumaat, 21 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dari 2007 ke 2012 - Usia KEADILAN Cabang Kuala Krau

Posted: 21 Sep 2012 05:33 PM PDT

KEADILAN Cabang Kuala Krau dirasmikan pada 27hb November 2007 bertempat di rumah Pokde Manan, Kg Paya Luas, Kuala Krau oleh Dr Syed Husin Ali yang pada waktu itu adalah Timbalan Presiden KEADILAN. Lateefah Koya juga turut hadir.

Kehadiran semasa perasmian itu adalah lebihkurang 40 orang, dan pada waktu itu ditetapkan bahawa keanggotaan seramai 25 orang sudah layak menubuhkan sesebuah Cabang.

Keanggotaannya pada waktu itu adalah lebih kurang 50 orang, dan tidak ada sebuah ranting pun yang ditubuhkan kecuali wujud penyokong-penyokong dari pekan Kuala Krau, Felda Jenderak Utara, Felda Jenderak Selatan, Kg Paya Luas, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Lubok Wong, Kg Pian dan Taman Sri Desa.

Didalam usianya yang muda itu, KEADILAN Kuala Krau diamanahkan meletakkan calonnya untuk DUN Jenderak didalam Pilihanraya Mac 2008 dan walaupun calon itu kalah tetapi berjaya mengurangkan lebih separuh majoriti BN jika berbanding PRU 2004.

Untuk berhadapan dengan Kongres Nasional KEADILAN pada tahun 2008, KEADILAN Kuala Krau hanya menghantarkan Pemerhati-Pemerhati sahaja kerana belum didaftar di ROS.

Dengan berkat usaha yang gigih, KEADILAN Kuala Krau menubuhkan ranting demi ranting, menerima kemasukan anggota-anggota parti, berjaya menembusi kubu-kubu UMNO dan kekuatannya kini setanding dengan cabang-cabang yang sudah ditubuhkan sejak 1998 di Negeri Pahang.

Memandangkan bahawa KEADILAN Kuala Krau hanya bertumpu di kawasan DUN Jenderak, maka kegiatan-kegiatannya tidaklah meliputi seluruh kawasan Parlimen Kuala Krau dan begitu juga keanggotaannya tertumpu di kawasan DUN Jenderak sahaja melainkan ada jemputan-jemputan menubuhkan ranting-ranting di luar kawasan DUN, dan dengan itu tertubuhlah ranting-ranting seperti Felda Jengka 22 didalam DUN Kerdau, ranting Matau, ranting Felda Jengka 11 dan ranting Felda Jengka 7 di dalam kawasan DUN Jengka.
Bagaimanapun, ranting-ranting itu ditugaskan untuk membantu calon-calon PAS yang bertanding di DUN Kerdau, DUN Jengka dan Parlimen Kuala Krau.

Setanding dengan cabang-cabang lain di Negeri Pahang, KEADILAN Kuala Krau mampu mengadakan aktiviti dan program-programnya dan sejak dari PRU 2008 hinggalah ke bulan September 2012 ini, tidak sunyi KEADILAN Kuala Krau menjalankan aktiviti dan programnya.

Kawasan DUN Jenderak ini adalah kawasan paling sukar ditembusi Pembangkang jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di Negeri Pahang; dan jikalah Ahli-Ahli Jawatankuasa KEADILAN Kuala Krau ini bekerja seperti yang dilakukan tetapi untuk kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi campuran seperti kawasan-kawasan lain di Pahang, rasanya DUN Jenderak sudah boleh ditawan oleh KEADILAN.   Tetapi apa boleh buat, kawasan ini dihuni oleh 90% pengundi-pengundi Melayu dan Orang Asal.

Kawasan ini pula adalah kawasan pedalaman yang begitu mundur di Negeri Pahang; masih ada kampung yang belum dimasuki bekalan elektrik dan air bersih.

Kemudahan internet kecuali di pekan Kuala Krau, Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan dan kampong-kampong berdekatan pekan Kuala Krau sukar diakses, dan kalaupun boleh diakses hanya segelintir sahaja penduduk-penduduk yang memiliki pc dan melayari internet, maka sumber berita yang diperolehi hanyalah melalui Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1 dan TV3, sumber-sumber yang begitu negatif terhadap Pembangkang.

Bagi mengatasi masalah itu, Ahli-Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya seminggu sekali membuat edaran rumah ke rumah bahan-bahan bacaan yang disediakan oleh parti disamping mengaktifkan Biro Penerangannya untuk mengadakan ceramah-ceramah kelompok.

Kini keanggotaan KEADILAN Kuala Krau sudah setanding dengan cabang-cabang lain di Negeri Pahang bahkan sudah mengatasi jumlah keanggotaan cabang-cabang lain.

Ini tidak bermakna KEADILAN Kuala Krau sudah kuat.  Jauh lagi.  Kami sedang berusaha lagi bagi mengatasi kelemahan-kelemahan kami.  Setakat tinjauan kini kedudukan KEADILAN Kuala Krau masih ketinggalan jika dibandingkan dengan UMNO tetapi oleh kerana gabungan KEADILAN didalam PR bersama PAS dan DAP, maka peluang untuk memenangi Pilihanraya akan datang ini nampak lebih cerah berbanding tahun 2008.

DAP mempunyai cawangannya di pekan Kuala Krau dan melalui kerjasama dengan mereka KEADILAN berjaya mendekati masyarakat Cina yang menampakkan lebih positif memberikan sokongan kepada calon KEADILAN.

Kini KEADILAN Kuala Krau sudah berjaya menubuhkan ranting-rantingnya di Kg Gong Halt, Felda Jenderak Utara, Felda Jenderak Selatan, pekan Kuala Krau, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Paya Luas, Kg Penderas, Kg Beredut, Kg Rekoh, Kg Terbol, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Paya Pelong, Kg Dato Shariff Ahmad, didalam DUN Jenderak dan di Felda Jengka 11, Felda Jengka 22, Felda Jengka 7 di luar kawasan DUN Jenderak.

Maka didalam usia 5 tahun ini, KEADILAN Kuala Krau sudah boleh berlari dan akan memberikan cabaran paling hebat kepada UMNO DUN Jenderak.  Saya yakin jika KEADILAN di DUN Jenderak ini boleh menang didalam Pilihanraya akan datang atau pun dengan kekalahan tipis, maka PAKATAN RAKYAT boleh menang di seluruh Negeri Pahang.  Ini memandangkan bahawa kawasan ini adalah KUBU KUAT UMNO Pahang.  Tumbangnya UMNO di sini maka tumbanglah UMNO di Negeri Pahang.

Pada 23hb September 2012 ini KEADILAN Kuala Krau akan bermesyuarat agung tahunannya yang ke-5.

Reformasi!


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mat Zain: Musa Hassan’s Admission Over Anwar’s DNA Proves False Evidence Claims

Posted: 21 Sep 2012 11:34 AM PDT

The Malaysian Insider

Tan Sri Musa Hassan's recent admission that he took blood samples from Datuk Seri Anwar Ibrahim's "black eye" probe for DNA testing in Sodomy I proves he had helped fabricate evidence during the 1998 case, a former senior police officer said today.

Ex-KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim, who was the investigating officer during the famous "black eye" incident, had previously accused Musa (picture) of taking the samples without the doctor's and Anwar's approval to convict the latter of sodomy.

In an open letter to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar today, Mat Zain pointed out that Musa's admission during his May interview with Malaysiakini was enough to kickstart investigations against the former IGP.

He said he was not surprised by the ensuing silence from Tan Sri Abdul Gani Patail following Musa's admission, repeating allegations that it was the Attorney-General himself who was the main culprit behind the fabrication of evidence leading to Anwar's imprisonment.

"Musa's admission on May 31, although brief, was enough to validate all that I have reported against the two of them (Musa and Abdul Gani) before," he said in the open letter released to the media today.

Mat Zain has repeatedly accused both Abdul Gani and Musa, who was then Bukit Aman's assistant criminal investigation chief, of deliberately falsifying evidence during Sodomy I and Anwar's black-eye probe.

In the interview with Malaysiakini in May, Musa had admitted that he had used Anwar's blood samples for DNA testing on the mattress in Sodomy I, but stressed that this had been according to procedure.

According to the published interview, Musa had explained that the samples were taken after Anwar's wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, told the BBC that her husband may have been injected with the HIV while he was under police custody.

"When she made such allegations, I had to make a report as I was afraid the police force was being slandered. Under the law, the police or doctors could ask for blood samples to be tested.

"I took it to check for AIDS. It is not as though I cheated. All this was done according to procedure," Musa was quoted as saying by the news portal.

He later added: "Yes, I did use the blood for DNA tests. I used it to test on the mattress.

"I have to conduct a full investigation as the allegations in the book '50 reasons why Anwar cannot be PM' was extensive as there was the affair at the Tivoli Villa and other allegations."

In his letter today, Mat Zain predicted that Musa would soon find himself trapped by his own words.

"But I am not worried if he (Musa) alone has to bear the consequences of his own actions. Unfortunately, these revelations of his would likely also bring shame to some of our police officers who have worked with integrity," he said.

Mat Zain urged Ismail to consider reopening the corruption case against former Economic Planning Unit (EPU) chairman Tan Sri Ali Abul Hassan, which he said had been forcibly ordered closed during the 2000 power abuse allegations against former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

The matter, he said, was yet another conspiracy involving both Abdul Gani and Musa, both of whom he claimed had made conflicting statements in the press regarding the probe on Dr Mahathir.

Mat Zain pointed out that although the police had not been the authority investigating Ali Abul, it was the KL police who had taken the then Anti-Corruption Agency's (ACA) investigation papers for examination while they were probing Dr Mahathir for power abuse.

"What I am saying here is that the ACA themselves had felt that the case against Ali Abul should not have been closed by the AGC (Attorney-General's Chambers), as they were still in mid-probe when the orders to shut the matter were made.

"In short, the closure of the case against Ali Abul was done under extraordinary circumstances and creates suspicion among those who were probing the matter," he said.

Mat Zain added in his letter to Ismail that both the issues he had raised — Musa's admission, and Musa's and Abdul Gani's "suspicious" role in Ali Abul's case — were enough reason for the police to open investigations on the duo.

Filem Hina Rasullullah :Ribuan Umat Islam Menyertai Himpunan Bantahan di Hadapan Kedutaan US

Posted: 21 Sep 2012 02:54 AM PDT

KeadilanDaily

Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan  "Expresi Hijau Kasih Nabi" itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Mengikut HarakahDaily, dianggar hampir 5,000 menyertai himpunan termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam.

Antara yang berada di barisan hadapan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Mereka menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.

Perarakan turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.

"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.

"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya.

Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.

Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.

"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera. Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.

Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.

Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.

Menurutnya, tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap negara itu.

"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.

"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.

Beliau juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan pada nabi.

Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.

Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH 2012

Posted: 21 Sep 2012 06:33 PM PDT

Tarikh : 10 Sept 2012

Kepada   :    Anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah

Saudara/Saudari,
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH 2012 

Menemui saudara/i anggota Parti semoga beroleh kesejahteraan dan senantiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.
2.   Merujuk perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah akan diadakan seperti berikut :
Tarikh
06 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa Mesyuarat
4.30ptg

Alamat Tempat Mesyuarat
No. 109, Jalan Pendidikan 6, Taman Universiti, Skudai, Johor (Belakang Pejabat Printer & Tonner)
3.   Dimaklumkan di bawah adalah perkara-perkara dan maklumat-maklumat perlu untuk perhatian saudara/i :
A.     Agenda Mesyuarat


1.   Aluan Pengerusi   
2.   Ucapan Ketua AMK Cabang
3.   Ucapan Perasmian
4.   Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
5.   Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan AMK Cabang
6.   Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-kira
7.   Memilih Perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan
8.   Perbahasan Usul (jika ada)
9.   Ucapan Penangguhan

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,


ZULKARIA BIN ALI
Setiausaha AMK Cabang
(019-7221223)

s.k.:             1. Setiausaha AMK Pusat
                   2. Setiausaha AMK Negeri
                   3. Setiausaha Cabang

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:18 AM PDT


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:18 AM PDT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 Sep 2012 12:09 AM PDT

Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong PAS

Anjuran MTD PAS Chembong

Semua dijemput hadir