The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Dari 2007 ke 2012 - Usia KEADILAN Cabang Kuala Krau Posted: 21 Sep 2012 05:33 PM PDT KEADILAN Cabang Kuala Krau dirasmikan pada 27hb November 2007 bertempat di rumah Pokde Manan, Kg Paya Luas, Kuala Krau oleh Dr Syed Husin Ali yang pada waktu itu adalah Timbalan Presiden KEADILAN. Lateefah Koya juga turut hadir. Kehadiran semasa perasmian itu adalah lebihkurang 40 orang, dan pada waktu itu ditetapkan bahawa keanggotaan seramai 25 orang sudah layak menubuhkan sesebuah Cabang. Keanggotaannya pada waktu itu adalah lebih kurang 50 orang, dan tidak ada sebuah ranting pun yang ditubuhkan kecuali wujud penyokong-penyokong dari pekan Kuala Krau, Felda Jenderak Utara, Felda Jenderak Selatan, Kg Paya Luas, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Lubok Wong, Kg Pian dan Taman Sri Desa. Didalam usianya yang muda itu, KEADILAN Kuala Krau diamanahkan meletakkan calonnya untuk DUN Jenderak didalam Pilihanraya Mac 2008 dan walaupun calon itu kalah tetapi berjaya mengurangkan lebih separuh majoriti BN jika berbanding PRU 2004. Untuk berhadapan dengan Kongres Nasional KEADILAN pada tahun 2008, KEADILAN Kuala Krau hanya menghantarkan Pemerhati-Pemerhati sahaja kerana belum didaftar di ROS. Dengan berkat usaha yang gigih, KEADILAN Kuala Krau menubuhkan ranting demi ranting, menerima kemasukan anggota-anggota parti, berjaya menembusi kubu-kubu UMNO dan kekuatannya kini setanding dengan cabang-cabang yang sudah ditubuhkan sejak 1998 di Negeri Pahang. Memandangkan bahawa KEADILAN Kuala Krau hanya bertumpu di kawasan DUN Jenderak, maka kegiatan-kegiatannya tidaklah meliputi seluruh kawasan Parlimen Kuala Krau dan begitu juga keanggotaannya tertumpu di kawasan DUN Jenderak sahaja melainkan ada jemputan-jemputan menubuhkan ranting-ranting di luar kawasan DUN, dan dengan itu tertubuhlah ranting-ranting seperti Felda Jengka 22 didalam DUN Kerdau, ranting Matau, ranting Felda Jengka 11 dan ranting Felda Jengka 7 di dalam kawasan DUN Jengka. Bagaimanapun, ranting-ranting itu ditugaskan untuk membantu calon-calon PAS yang bertanding di DUN Kerdau, DUN Jengka dan Parlimen Kuala Krau. Setanding dengan cabang-cabang lain di Negeri Pahang, KEADILAN Kuala Krau mampu mengadakan aktiviti dan program-programnya dan sejak dari PRU 2008 hinggalah ke bulan September 2012 ini, tidak sunyi KEADILAN Kuala Krau menjalankan aktiviti dan programnya. Kawasan DUN Jenderak ini adalah kawasan paling sukar ditembusi Pembangkang jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di Negeri Pahang; dan jikalah Ahli-Ahli Jawatankuasa KEADILAN Kuala Krau ini bekerja seperti yang dilakukan tetapi untuk kawasan yang mempunyai pengundi-pengundi campuran seperti kawasan-kawasan lain di Pahang, rasanya DUN Jenderak sudah boleh ditawan oleh KEADILAN. Tetapi apa boleh buat, kawasan ini dihuni oleh 90% pengundi-pengundi Melayu dan Orang Asal. Kawasan ini pula adalah kawasan pedalaman yang begitu mundur di Negeri Pahang; masih ada kampung yang belum dimasuki bekalan elektrik dan air bersih. Kemudahan internet kecuali di pekan Kuala Krau, Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan dan kampong-kampong berdekatan pekan Kuala Krau sukar diakses, dan kalaupun boleh diakses hanya segelintir sahaja penduduk-penduduk yang memiliki pc dan melayari internet, maka sumber berita yang diperolehi hanyalah melalui Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1 dan TV3, sumber-sumber yang begitu negatif terhadap Pembangkang. Bagi mengatasi masalah itu, Ahli-Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya seminggu sekali membuat edaran rumah ke rumah bahan-bahan bacaan yang disediakan oleh parti disamping mengaktifkan Biro Penerangannya untuk mengadakan ceramah-ceramah kelompok. Kini keanggotaan KEADILAN Kuala Krau sudah setanding dengan cabang-cabang lain di Negeri Pahang bahkan sudah mengatasi jumlah keanggotaan cabang-cabang lain. Ini tidak bermakna KEADILAN Kuala Krau sudah kuat. Jauh lagi. Kami sedang berusaha lagi bagi mengatasi kelemahan-kelemahan kami. Setakat tinjauan kini kedudukan KEADILAN Kuala Krau masih ketinggalan jika dibandingkan dengan UMNO tetapi oleh kerana gabungan KEADILAN didalam PR bersama PAS dan DAP, maka peluang untuk memenangi Pilihanraya akan datang ini nampak lebih cerah berbanding tahun 2008. DAP mempunyai cawangannya di pekan Kuala Krau dan melalui kerjasama dengan mereka KEADILAN berjaya mendekati masyarakat Cina yang menampakkan lebih positif memberikan sokongan kepada calon KEADILAN. Kini KEADILAN Kuala Krau sudah berjaya menubuhkan ranting-rantingnya di Kg Gong Halt, Felda Jenderak Utara, Felda Jenderak Selatan, pekan Kuala Krau, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Paya Luas, Kg Penderas, Kg Beredut, Kg Rekoh, Kg Terbol, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Paya Pelong, Kg Dato Shariff Ahmad, didalam DUN Jenderak dan di Felda Jengka 11, Felda Jengka 22, Felda Jengka 7 di luar kawasan DUN Jenderak. Maka didalam usia 5 tahun ini, KEADILAN Kuala Krau sudah boleh berlari dan akan memberikan cabaran paling hebat kepada UMNO DUN Jenderak. Saya yakin jika KEADILAN di DUN Jenderak ini boleh menang didalam Pilihanraya akan datang atau pun dengan kekalahan tipis, maka PAKATAN RAKYAT boleh menang di seluruh Negeri Pahang. Ini memandangkan bahawa kawasan ini adalah KUBU KUAT UMNO Pahang. Tumbangnya UMNO di sini maka tumbanglah UMNO di Negeri Pahang. Pada 23hb September 2012 ini KEADILAN Kuala Krau akan bermesyuarat agung tahunannya yang ke-5. Reformasi! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan