Isnin, 17 September 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Penubuhan PKR Ranting Kg Bukit Gemuruh, Bera

Posted: 17 Sep 2012 07:51 AM PDT



Bob Manolan, Timbalan Ketua PKR Cabang Bera, Pahang

Apabila Sdr Bob Manolan menalipon saya petang semalam samada saya boleh menghadirkan diri ke Kg 
Bukit Gemuruh pada 17.9.12 jam 4.00 petang bertujuan merasmikan PKR Ranting Kg Bukit Gemuruh, saya dengan senang hati menyatakan bahawa saya ada ruang masa walaupun pada tarikh itu saya sudah membuat jadual untuk melawat Kg Pasu.

Saya meruangkan masa itu kerana sejak lebih 10 tahun yang lampau saya tidak lagi mendatangi Kg Bukit Gemuruh, sebuah kampung Orang Asal yang semasa saya bertanding sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh dulu, perwakilan UMNO dari kampung ini memberikan sokongan kepada saya.

Saya masih ingat bahawa kampung ini sukar didatangi dengan kereta kerana jalannya amat buruk sekali.  Saya telah pergi ke DARA untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki jalan yang begitu buruk.  Saya juga membawa permohonan untuk memperbaiki jalan ke Kg Paya Tateh dan Kg Pasal.

Kg Pasal juga adalah kampung Orang Asal tetapi kampung Paya Tateh adalah kampung Orang Melayu.  Ditakdirkan ketiga-tiga permohonan yang saya kemukakan itu semuanya diluluskan oleh DARA.

Tetapi jalan-jalan yang dibina itu langsung tidak berkualiti, hanya dapat menampung sekadar sementara sahaja dan selepas itu jalan-jalan itu pecah kembali; walaupun begitu usaha yang saya buat itu memberikan saya peluang mendapat sokongan dari semua perwakilan UMNO Cawangan Kg Bukit Gemjuruh, Kg Paya Tateh dan Kg Pasal; ketiga-tiga kampung ini kesemuanya berada didalam Daerah Bera. Dan pada waktu itu, Daerah Bera ini berada didalam kawasan Parlimen Temerloh.

Walaupun hanya 8 buah cawangan sahaja yang mencalunkan saya sebagai calun Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, saya dapat mengalahkan dua orang calun lain, iaitu calun yang ditaja oleh Ketua UMNO Bahagian Temerloh dan seorang calun lain.  Calun lain itu hanya mendapat 35 undi; calun yang ditaja oleh UMNO Bahagian Temerloh itu mendapat 100 undi dan saya mendapat 106 undi.

UMNO Kg Bukit Gemuruh memberikan sokongan yang kuat kepada saya, kesemua 5 orang wakil dari cawangan itu semuanya mengundi saya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh.

Apa bila saya sampai ke Kg Bukit Gemuruh jam 4.00 petang tadi, yang menunggu kedatangan saya itu adalah anak-anak muda yang saya tidak kenal kecuali seorang sahaja iaitu Cikgu Osman, adik kepada Cikgu Haji Sulaiman, Ketua UMNO Cawangan Kg Bukit Gemuruh.  Tetapi Cikgu Osman balik ke rumahnya apabila melihat kanopi sedang dipasang dan akan diadakan disitu majlis penerangan PKR sebelum penubuhan rantingnya. Cikgu Osman masih menjadi ahli UMNO yang tegar.


Sdr Muhammad menyerahkan Borang Permohonan Menjadi Anggota kepada saya disaksikan oleh Sdr Bob Manolan.

Wakil-wakil dari Cabang Bera yang hadir di Majlis itu adalah Sdr Sarawanan Perumal, Sdr Romani Mohd, dan Sdr Cikgu Malek.

Peringkat awalnya hanyalah sekadar 20 orang sahaja penduduk kampung yang hadir di Majlis itu; tetapi membawa ke jam 5.30 petang, begitu ramai penduduk yang hadir, terutamanya anak-anak muda.  Mereka datang lewat kerana mereka menjangkakan Majlis pada hari itu sudah dibatalkan kerana berlaku kelewatan dinaikkan kanopi di tapak Majlis itu.

Mengkagumkan saya bukan sahaja Majlis itu dihadiri oleh begitu ramai penduduk khususnya anak-anak muda, tetapi juga dihadiri oleh begitu ramai kaum wanita.  Sayangnya gambar beramai-ramai setelah ranting itu dirasmikan tidak dapat masuk kedalam handphone saya kerana orang yang mengambil gambar itu telah membuat kesilapan teknikal dan gambar tidak dapat diambil.


PKR Cabang Bera menyediakan sedikit minuman untuk para hadirin selepas perasmian.


Makanan yang dihidangkan termasuklah mee goreng dan sedikit kuih muih sesuai dengan Majlis itu sebagai perasmian ranting, juga meraikan Hari Malaysia dan juga Hari Orang Asal.

Saya menghadiahkan 35 helai baju PKR kepada anggota-anggota baru PKR Ranting itu, baju yang saya hadiahkan itu tidak mencukupi kerana lebih ramai lagi penduduk yang hadir daripada baju yang saya bawakan itu.  Baju-baju itu adalah untuk anggota-anggota PKR di Cabang Kuala Krau, tetapi memandangkan semangat yang begitu tinggi yang ditunjukkan oleh anggota-anggota baru itu maka saya berlapang dada untuk menghadiahkan baju-baju tersebut.

Sdr Bob Manolan akan memasukkan gambar anggota-anggota baru PKR dari ranting tersebut didalam facebooknya dan saya harap rakan-rakan dapat melihat gambar itu didalam fb Bob Manolan.

Pada jam 6.30 petang saya dan Kak Hendon terpaksa meninggalkan Majlis itu untuk berkejar ke Masjid, Kg Kuala Triang kerana saya belum lagi mendirikan solat Asar pada waktu itu.  Sampai di Masjid jam 6.45 petang, saya sempat mengerjakan Asar walaupun sudah lewat sedikit.







Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


(VIDEO) Hari Malaysia 2012 – Perisytiharan Kuching

Posted: 17 Sep 2012 07:54 AM PDT

Bekas Pegawai Kanan Polis: Mahathir Boleh Disiasat Kerana Subahat

Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT

Malaysiakini

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material.

Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar.

Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat.

Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut.

Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan.

Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar.

Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk “mencuri” sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut.

Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?,” kata Mat Zain.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Siapa dia yang sertai Umno untuk dapatkan projek?

Posted: 16 Sep 2012 04:34 PM PDT

16 Sept. 2012 - Dua jenis individu ini tidak diperlukan dalam parti UMNO, sebaliknya jika ada, mereka perlu disingkirkan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, individu yang dimaksudkan ialah mereka yang mengkhianati parti dan menyertai UMNO semata-mata mahukan projek untuk kepentingan peribadi.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Laungan MERDEKA kedengaran di Majlis Rumah Terbuka AidilFitri Parlimen Hulu Selangor di Batang Kali

Posted: 16 Sep 2012 08:42 PM PDT

Majlis Sambutan Rumah TerbukaEidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu yang hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Wakil-wakil parti DAP, PAS.
Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari bebrapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.
Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.
Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.
Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.









MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Lanugan MERDEKA di Rumah Terbuka AidilFitri dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor

Posted: 16 Sep 2012 08:54 PM PDT

Pemuda PAS ajak Pemuda UMNO bantah filem kontoversial

Posted: 16 Sep 2012 08:23 PM PDT