Pengikut

Nuffnang

Khamis, 16 Ogos 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PERUTUSAN AIDILFITRI 2012 ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

Posted: 16 Aug 2012 05:44 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari kemenangan ini.

AMK Selangor meyakini bahawa semangat Syawal ini boleh diterjemahkan dengan lebih mendalam oleh seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam menghadapi hari yang begitu mencabar dan memeritkan.

Kesan ekonomi dan perubahan sosial secara perlahan-lahan menjerat leher rakyat terutamanya anak-anak muda yang tidak mempunyai pendapatan yang setara dan tidak seimbang. Di saat sebahagian rakyat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, tidak dapat dinafikan masih ada segelintir yang masih mencari-cari arah kehidupan atas kesan langsung ekonomi yang perlahan.

Ini mengakibatkan masih wujud individu mahupun keluarga yang tidak dapat merayakan perayaan ini dengan sempurna dan ini berlarutan ke dalam kehidupan seharian yang lebih memeritkan.

Disaat kita yang bertuah dapat merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran ini, AMK Selangor menyeru agar rakyat tidak melupakan golongan fakir miskin, tidak berkeupayaan serta anak-anak yatim yang masih terdapat disekeliling kita. Berbesar hatilah untuk terus bersama-sama berkongsi makna Aidilfitri ini sebagai lanjutan kemurahan hati sepanjang Ramadhan.

AMK Selangor melihat segala bentuk program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat menerima respon positif dan dialu-alukan oleh rakyat. AMK Selangor menyeru semua ejen perubahan diluar sana untuk pulang ke kampung halaman, serta berkongsi semangat perubahan yang sedang membara di seluruh negara.

Semoga Aidilfitri disambut dengan meriah tanpa mengabaikan keselamatan terutama ketika pulang berhari raya. Sikap sabar dan beretika ketika memandu adalah dituntut kerana disamping menjaga keselamatan diri sendiri, kita juga tidak membahayakan pengguna jalanraya lain. Tinggalkan kebiasaan buruk yang sering kita lakukan, agar Syawal menjadi lebih bermakna.

Saya mewakili seluruf saf kepimpinan AMK Selangor mengucapkan Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin kepada seluruh rakyat Selangor khasnya serta seluruh umat Islam yang meraikannya. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu erti dan pengertian kepada kita.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Merangkap
Naib Ketua AMK Malaysia

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kedahkini: Panas! Gaji Rozali Syabas RM17.6 juta setahun tapi...

Posted: 16 Aug 2012 07:13 PM PDT

Kedahkini: Panas! Gaji Rozali Syabas RM17.6 juta setahun tapi...: Berita ini gua ambil dari themalaysianinsider.com, menurut kenyataan dari majalah Malaysian Business mengatakan Rozali menerima gaji tahun...

Kedahkini: Panas!! Seorang Lagi MP BN Sabah Bungkus

Posted: 16 Aug 2012 07:12 PM PDT

Kedahkini: Panas!! Seorang Lagi MP BN Sabah Bungkus: Ahli Parlimen Labuan diisytihar muflis Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi...

Kenapa Maryam tidak disiksa dan dipulau? Sebab itulah Musa peluk agama Islam.

Posted: 16 Aug 2012 09:48 AM PDT

Pada tahun 1990-an, saya bertugas sebagai seorang peguam, menjadi partner kepada Firma Guaman Hisham, Sobri & Kadir, yang berpejabat di Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bukan semua yang datang ke pejabat itu sebagai pelanggan, kerana ada juga yang datang itu untuk bertukar-tukar fikiran semata-mata, dan golongan itu kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli politik.

Saya telah didatangi oleh seorang pemuda yang berasal dari Singapura, beliau pada waktu itu adalah seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Beliau tidak berminat dengan politik tetapi cenderung berbincang mengenai agama.  Beliau mempunyai pendidikan Agama Kristian, pernah bertugas sebagai paderi di Italy dan lain-lain negara Eropah, dan tempat beliau bertugas sebagai paderi adalah di Australia.

Sebagai seorang yang mempunyai pendidikan tinggi dibidang theology, menjadi tugas beliau untuk berhujah dengan pihak-pihak tertentu agar pihak-pihak itu boleh menukarkan haluan pegangan agama anutan mereka kepada agama Kristian.

Dan pemuda itu menceritakan pengalamannya di Australia yang menyebabkan beliau bertukar agama dari agama Kristian kepada Islam.

Ini berlaku apabila soalan yang dikemukakan oleh seorang penceramah Islam yang mudah tetapi beliau tidak dapat menjawabnya kerana jawapan kepada soalan itu tidak ada didalam bible tetapi ada didalam Al-Quran.

Persoalan yang ditimbulkan adalah:  "Kenapa masyarakat yang begitu konserbatif di zaman Maryam melahirkan Isa sedangkan Maryam tidak bersuami tidak mengutuk dan memboikot Maryam."

Persoalan ini tidak ada jawapan didalam kitab Injil, dan dipertemuan seterusnya antara Pemuda Kristian ini dengan Ulama Islam tadi diberikan jawapan oleh Ulama Islam tersebut seperti berikut:

     "Didalam Quran dinyatakan bahawa anak Maryam yang masih bayi (Isa) telah berkata-kata
      menerangkan bahawa Maryam adalah wanita suci dan melahirkan beliau atas kehendak Allah
      semata-mata"

Jawapan ini menimbulkan satu kesedaran kepada Pemuda Kristian itu, dan akhirnya beliau memeluk agama Islam.  Beliau kembali semula ke Singapura sebagai anak muda yang memeluk agama Islam, dan beliau telah diboikot oleh rakan-rakan Kristiannya.

Akhirnya beliau berjaya memasukki Universiti Islam Antarabangsa dan beliau mendalami ilmu Agama Islam.

Sudah hampir 20 tahun saya tidak bertemu dengan Pemuda ini, dan kalau beliau terbaca tulisan ini, sukalah saya mengundang beliau untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan.

Pemuda tersebut bernama Musa.




KedahLanie.info: Wahai UMNO..siapa yang guna agama sebenarnya sekar...

Posted: 16 Aug 2012 08:36 AM PDT

KedahLanie.info: Wahai UMNO..siapa yang guna agama sebenarnya sekar...:  'Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik SHAH ALAM: PAS Selangor bertegas bahawa Umno sudah tidak bopleh dijadik...

RAKYAT MARHAEN: Istilah ‘kafir harbi’ sangat bahaya, menghalalkan ...

Posted: 16 Aug 2012 08:09 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Istilah 'kafir harbi' sangat bahaya, menghalalkan ...: SHAH ALAM, 16 Ogos — Penggunaan istilah "kafir harbi" dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang...

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Terima Kasih Pandelela Dan Chong Wei – Wan Azizah

Posted: 16 Aug 2012 12:31 PM PDT

 KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wira Olimpik London 2012, Pandelela Rinong Pamg dan Datuk Lee Chong Wei kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik dalam temasya sukan itu tempoh hari.

"Saya ingin mengucapkan selamat kembali wira Olimpik kami, Pandelela Pamg dan Lee Chong Wei, serta mengucapkan tahniah kepada mereka untuk persembahan yang mengagumkan," katanya.

"Kepada Pandelela, pemenang pingat gangsa dalam acara 10m menyelam wanita, anda adalah wanita pertama Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara tersebut, tahniah!," katanya dalam kenyataan sambil mengingatkan kejayaan V Vasugi, wanita pertama meraih pingat dalam sukan taekwondo pada Olimpik 1988.

Azizah berkata, Pandelela adalah simbol kejayaan bukan sahaja untuk wanita Sarawak tetapi juga Malaysia.

"Ia menarik perhatian saya bahawa Pandelela pulih daripada permulaan yang buruk dalam pertandingan itu, bangkit dan memenangi pingat walaupun ramai berpendapat beliau tiada peluang menang. Terdapat daya tahan yang kuat pada dirinya yang menekankan keazaman rakyat Malaysia apabila keadaan tidak berpihak kepada negara," katanya.

Azizah turut mengulas prestasi Chong Wei yang kehilangan peluang memenangi emas dalam acara badminton perseorangan tetapi berjaya memenangi hati peminat melalui cara beliau membawa diri.

"Dia adalah salah seorang daripada salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan di Sukan Olimpik. Beliau memainkan peranan dengan baik walaupun memenangi hanya perak. Beliau merupakan pemenang pingat perak yang terkenal di arena kemasyuran badminton," tambahnya.

"Kedua-dua generasi muda Malaysia telah menunjukkan potensi besar yang dipunyai rakyat Malaysia," katanya.

"Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada setiap ahli kontinjen Malaysia ke London 2012 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai duta negara dan model peranan kepada jutaan rakyat Malaysia," kata Azizah lagi.

Olimpik 2012 melabuhkan tirainya 13 Ogos lalu di mana Malaysia berjaya menduduki tempat ke-63 dengan kutipan satu pingat perak dan satu gangsa.

Syawal Menjadi Medan Kebangkitan Baru

Posted: 16 Aug 2012 01:08 AM PDT

Dari Anwar Ibrahim Club (AIC)

Bulan Ramadhan yang akan ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain.

Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi.

Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Pertembungan ini akan menjadi titik tolak untuk membina negara dan bangsa yang lebih bermaruah dan dihormati. Keadaan sekarang, dimana kegemilangan telah pudar dan harapan adalah samar-samar adalah satu malapetaka yang dicipta pemerintah zalim yang tamak serta mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Anak muda harus mengadaptasi semangat Ramadhan dan Syawal untuk menempuh cabaran untuk mengembalikan maruah umat ini ke tempat yang selayaknya. Menjadi satu kerugian sekiranya kita melepaskan peluang terbaik ini untuk menjadi sebahagian catatan sejarah , sebagai generasi yang menggerakkan zaman ini ke hadapan. Bangkitkan keyakinan, serta istiqamah menuju ke gerbang kemenangan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Fajar Syawal yang menjelang adalah satu waktu tepat untuk anak muda berubah, dan bangkit bersama -sama berganding bahu. Rapatkan jurang perkauman, hidup dalam satu makna bangsa, negara dan jiwa. Kesepaduan yang jitu bakal memberi impak berlainan dan menjanjikan kegemilangan baru. Kehidupan lalu jadikan satu hagemoni yang memberi pengajaran, agar generasi anak muda nantinya tidak akan mengulangi khilaf yang sama.

Anak muda harus buka mata melihat sekeliling, memandang lebih jauh dan mendalami penderitaan bahawa bangsa ini telah kehilangan maruahnya sebagai sebuah bangsa yang bebas. Segala bentuk penindasan yang direkayasa secara halus, perlahan-lahan telah mengikat kaki dan tangan kita untuk hidup megah.

Malangnya masih wujud sebahagian yang berpuas hati serta menyerah dengan kehidupan yang dilalui, tanpa menyedari bahawa yang diambil lebih banyak dari apa yang dinikmati serta tidak berpeluang berada pada tahap kehidupan yang lebih menjanjikan kedamaian.

Justeru, saya mewakili Kelab Anwar Ibrahim ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat sekalian anak mua yang meraikan, serta mereka yang menerima tempias semangatnya. Pastikan Syawal ini akan menjadi saksi, kelahiran semangat baru, yang menjanjikan kemenangan paling manis dalam kehidupan yang pasti ditinta dalam lipatan sejarah yang akan dibaca berulang-ulang oleh pemberani zaman akan datang.

Salam Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

Menteri Digesa Dedah Perjanjian Tanah IPD Brickfields

Posted: 15 Aug 2012 09:50 PM PDT

Malaysiakini

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mendesak Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan secara terperinci mengenai pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur.

Nurul Izzah berkata, beliau menuntut penjelasan berhubung pertukaran tanah, terma dan kos yang dilakukan oleh pemaju Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd bagi mendapatkan tanah tersebut.

“Menteri juga perlu menggantikan balai polis tersebut bagi memenuhi keperluan penduduk Brickfields.

“Sebarang kekurangan merupakan satu pengkhianatan kepada orang awam,” katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan ke bekas tapak ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields di ibu negara pagi ini.

Borak Bersama Anwar 17 August 2012 #BorakAnwar

Posted: 15 Aug 2012 08:47 PM PDT

#BorakAnwar
Tarikh: Jumaat, 17 Ogos 2012
Masa: 10.30pm


“BORAK BERSAMA ANWAR” LIVE DI YOUTUBE #BORAKANWAR

Posted: 15 Aug 2012 07:11 PM PDT

Dari http://aicmalaysia.blogspot.com/2012/08/borak-bersama-anwar-live-di-youtube.html

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia "celik teknologi" yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia.

Program "Borak Bersama Anwar" chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan.

Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber.

"Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube.

Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube.

"Kami menggalakkan orang ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan soalan-soalan anda untuk menentukan topik kami untuk malam itu.

"Jika kami mendapati soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar," kata satu kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman.
Laman Facebook adalah di sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai hashtag rasmi laman Twitter.

Sumber dari PKR memberitahu, Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini, di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR) dan tema kemerdekaan.

The Malaysian Insider juga difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo.

Tapak YouTube Malaysia telah dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam.

Usaha Putrajaya untuk liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3 peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah.

Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter.

Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil "Saya Pilih Malaysia" telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan.

Anwar yang tidak diberikan peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semakan di laman pemantauan media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut Twitter.

Pengikut-pengikutnya berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua laman Facebook dan Twitter.

"Kita perlu mendekati golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta pengundi berdaftar," kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider, sambil menambah "Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak masa di dalam siber".

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


Organisational Chart No: ?

Posted: 16 Aug 2012 04:43 AM PDT

CIRCULAR FROM GCEO To        : All Staff System-wide Date     : 16 August, 2012 at 4:50 pm Ref       : GCEO CIR 025/12 Dear Colleagues, Malaysia Airlines Group Organisation Structure effective 22 August 2012 Following recent changes at the leadership and corporate level, I am pleased to announce the new Malaysia Airlines Group Organisation Structure effective 22 [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


PAS Punca Perpecahan Orang Melayu?

Posted: 16 Aug 2012 01:14 AM PDT

Apakah punca sebenar perpecahan orang Melayu? Mari kita tengok balik apa yang berlaku di Negeri Sembilan pada April 1982…..Datuk Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib.

Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.

Sumber rujukan :

Najib perlukan Us Nasha utk pertahan N.Sembilan?

Posted: 15 Aug 2012 11:14 PM PDT

Apakah Najib perlukan Ustaz Nasharudin Mat Isa untuk mempertahankan BN di N.Sembilan? Apakah Najib tidak yakin lagi dengan Khairy Jamaluddin dan Mohamad Hasan memandang pada PRU 12 , 2008 BN hampir tumbang di Negeri Sembilan di mana Pakatan Rakyat telah memenangi 3 dari 8 kerusi Parlimen serta 15 dari 36 kerusi DUN.

Apakah Ustaz Nasharudin Mat Isa akan bertanding di kampung halaman beliau sendiri di Kg Air Melintang, Kota samada untuk calon Parlimen Rembau atau calon DUN Kota?

Dalam politik, apa-apa boleh berlaku.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Rampasan Kuasa Perak - Kisah sebenar Rampasan Kuasa !!

Posted: 16 Aug 2012 04:06 AM PDT


Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.


Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.


Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato' Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.



Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato' Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato' Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato' Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Abdullah Antong

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang