Ahad, 29 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sabah menunggu perubahan di Semenanjung

Posted: 29 Jul 2012 11:06 AM PDT

Semasa saya berada di Sabah untuk lawatan kerja di beberapa kawasan Parlimen di Pantai Timur Sabah, saya sempat meninjau pendapat dan pandangan dari kalangan pimpinan dan juga rakyat jelata Sabah diatas kemungkinan Sabah boleh berubah didalam PRU-13.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa rakyat Sabah tidak sukar untuk berubah, yang mereka tunggu-tunggukan adalah perubahan kepada rakyat Semenanjung.  Jika rakyat di Semenanjung berubah dan dapat buktikan didalam Pilihanraya Umum maka rakyat Sabah akan turut berubah.

Didalam Pilihanraya ke-11 dan sebelumnya rakyat Sabah tidak nampak bahawa pengundi-pengundi di Semenanjung mahu berubah.  Demikian keadaannya mereka juga tidak mahu berubah dibimbangkan Kerajaan BN di Pusat akan mengambil tindakan menganaktirikan rakyat Sabah.

Tetapi setelah mereka melihat bahawa didalam PRU-13 rakyat di Semenanjung sudah menunjukkan jalan untuk berubah, maka tidaklah akan sukar lagi bagi rakyat Sabah mengikut jejak langkah rakyat Semenanjung untuk berubah.

Penarikan diri dua orang Ahli Parlimen Barisan Nasional, Lajim yang juga Timbalan Menteri dan Bumburing adalah permulaan kepada perubahan rakyat Sabah.  Dua orang Ahli Parlimen yang berpengaruh di Sabah itu menandakan bahawa Barisan Nasional di Sabah tidak akan mampu bertahan didalam PRU-13 nanti.

Ada beberapa orang Ahli Parlimen dari UMNO yang dulunya kelihatan akrab dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat juga sedang mengintai-intai untuk turut keluar dari UMNO/BN, mereka itu juga tertunggu-tunggu akan masa yang lebih sesuai untuk keluar dari Barisan Nasional.

Mungkin dengan penarikan diri Lajim dan Bumburing dari Barisan Nasional ini akan menggerakkan mereka untuk turut serta, dan kini rakyat Sabah sedang menunjukan jari telunjuk mereka kepada rakan-rakan Dato Seri Anwar Ibrahim yang masih menjadi Ahli-Ahli Parlimen mewakili Sabah.

Mereka itu juga menunggukan saat yang paling sesuai untuk meninggalkan Barisan Nasional, dan masa yang sesuai itu kini sedang berlaku dan tentunya sudah mengetuk pintu hati mereka untuk bersama-sama Lajim dan Bumburing untuk membawa perubahan baru di Sabah.

KedahLanie.info: Jadilah seorang warga negara yang bijak....jangan ...

Posted: 29 Jul 2012 10:45 AM PDT

KedahLanie.info: Jadilah seorang warga negara yang bijak....jangan ...: Kalau seorang pemimpin UMNO bertaraf Ahli Majlis Tertinggi, Timbalan Menteri, Pengerusi BN Bahagian, Ketua UMNO Bahagian, Mantan Timb...

KedahLanie.info: Politik baru di Sabah mula dibentuk

Posted: 29 Jul 2012 10:44 AM PDT

KedahLanie.info: Politik baru di Sabah mula dibentuk: KUALA LUMPUR, 29 Julai — Senario politik baru di Sabah bakal berubah apabila dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sab...

KedahLanie.info: Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin

Posted: 29 Jul 2012 10:43 AM PDT

KedahLanie.info: Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin: KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan t...

KedahLanie.info: LIVE !! Kebangkitan Rakyat Sabah dari Tuaran bersa...

Posted: 29 Jul 2012 10:41 AM PDT

KedahLanie.info: Tsunami sudah bermula di Sabah

Posted: 29 Jul 2012 10:40 AM PDT

KedahLanie.info: Tsunami sudah bermula di Sabah: Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Se...

KedahLanie.info: National Day or BN Day?

Posted: 29 Jul 2012 10:40 AM PDT

KedahLanie.info: National Day or BN Day?: By Selena Tay In all the 22 Barisan Nasional Banneryears of his tenure as prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad had never ever used...

KedahLanie.info: National Day or BN Day?

Posted: 29 Jul 2012 10:39 AM PDT

KedahLanie.info: National Day or BN Day?: By Selena Tay In all the 22 Barisan Nasional Banneryears of his tenure as prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad had never ever used...

RAKYAT MARHAEN: Anwar & Najib sama-sama makin hampir..

Posted: 29 Jul 2012 10:31 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Anwar & Najib sama-sama makin hampir..: Shahbudin Husin Ketika ini isu politik paling panas ialah mengenai dua Ahli Parlimen Sabah, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing yang dijang...

RAKYAT MARHAEN: Tsunami politik Sabah atau hanya 'ribut kecil'..??...

Posted: 29 Jul 2012 10:26 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Lajim : Saya keluar BN demi kepentingan rakyat

Posted: 29 Jul 2012 10:25 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Lajim : Saya keluar BN demi kepentingan rakyat: Ahli Parlimen Beaufort dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Lajim Ukin malam ini mengatakan beliau keluar dari BN untuk kepentingan rakya...

RAKYAT MARHAEN: Anwar Sifatkan Wilfred Dan Lajim Pencetus Politik ...

Posted: 29 Jul 2012 10:24 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Anwar Sifatkan Wilfred Dan Lajim Pencetus Politik ...: Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik nega...

Laman Rasmi: AHLI PARLIMEN SABAH YAKIN ANWAR JADI PM KE 7

Posted: 29 Jul 2012 10:04 AM PDT

Laman Rasmi: AHLI PARLIMEN SABAH YAKIN ANWAR JADI PM KE 7: Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat KOTA KINABALU 30 Julai: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing...

Kedahkini: Terkini!!! Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Paka...

Posted: 29 Jul 2012 04:16 AM PDT

Kedahkini: Terkini!!! Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Paka...: KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing, hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Na...

Kedahkini: Terkini!!! Najib semakin Gawat, Lajim mendapat sokongan PPS di 17 Parlimen

Posted: 29 Jul 2012 04:13 AM PDT

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib, Drop All These Nonsense, Rakyat Will Teach You A Lesson

Posted: 29 Jul 2012 03:06 PM PDT

Lajim, Wilfred Lebih Berani Daripada PM

Posted: 29 Jul 2012 03:04 PM PDT

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing atas keberanian mereka melawan regim penguasa yang zalim.

Menyifatkan sifat itu tidak dimiliki Perdana Menteri, Ketua Pembangkang itu secara seloroh, berkata mereka mengambil jalan susah demi kepentingan rakyat.

"Saya kagum dengan keberanian Lajim, Wilfred. Inilah ciri-ciri kualiti seorang pemimpin – berani. Mereka cari jalan susah, nak lawan PM, nak lawan seluruh jentera BN.

"Sebab itu saya salut, inilah hero rakyat yang sebenar," katanya sambil menempelak Datuk Seri Najib Razak yang takut berdebat, malah tidak berani mengumum tarikh pilihan raya.

Beliau juga bersyukur kerana Lajim dan Wilfred tidak keseorangan, sebaliknya dikerumuni rakyat segenap kaum apabila memutuskan untuk meninggalkan BN.

Anwar turut mengingatkan mereka, berapa jentera media Umno BN akan menyerang mereka setiap hari berikutan keberanian kedua-dua pemimpin itu.

"Saya cakap dengan isteri Lajim, kena kuat. Umno BN takkan biar begitu sahaja. Tapi, dengan rakyat bersama kita, Insya-Allah semua akan berjalan lancar.

"Ada yang kata Anwar beli Lajim, beli Wilfred. Akupun mana ada duit. Umno lainlah, bolot dan rampas kekayaan rakyat Sabah," katanya.

Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya memilih pemimpin yang betul bagi memastikan nasib mereka dibela, bukannya ditentukan seorang dua pemimpin atasan.

Berucap depan lebih 20,000 pengundi Beaufort pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Anwar berkata, kejutan akan terus berlaku.

"Dulu, bila saya kata ada kejutan di Sabah, pemimpin Umno BN permainkan saya tapi kejutan sebenar bukan penyertaan mereka (Lajim dan Wilfred) tetapi kebangkitan rakyat Sabah," katanya.

Sabah Untuk Pemimpin Sabah Yang Baik

Posted: 29 Jul 2012 03:46 AM PDT

Harakah

Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar “Sabah untuk orang Sabah sahaja.”

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap “Sabah untuk orang Sabah sahaja.” tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

“Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

“Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah,” kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.

Janji Pakatan

Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

“Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol,” kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

“Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

“Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih,” kata Anwar.

Wilfred Bumburing Keluar BN, Masuk Pakatan Dan Akan Jelajah Sabah

Posted: 29 Jul 2012 02:24 AM PDT

The Malaysian Insider

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

"Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah," kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

"Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

"Pada zaman Dr M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

"Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

"Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya," kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

"Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah," kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

"Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

"Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri," katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini.

MP Tuaran Keluar BN, Sokong Pakatan

Posted: 29 Jul 2012 01:21 AM PDT

Malaysiakini

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

“Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN,” katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Indon MOT yet to give approval for acquisition of Batavia Air by AirAsia

Posted: 29 Jul 2012 08:25 AM PDT

Indonesian Govt Says It Has Not Yet Approved AirAsia's Acquisition of Batavia Air July 27, 2012 Asia's largest low-cost carrier, AirAsia Bhd, this week announced plans to acquire Indonesia's Batavia Air to expand in Southeast Asia's biggest economy. (Reuters Photo/Beawiharta) I think Lion’s concept and structure of the company will not be the same or [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umur 12 tahun dah pandai samun guna parang

Posted: 28 Jul 2012 07:52 PM PDT

29 Julai 2012 KUALA PILAH – Dua kanak-kanak antara suspek yang diburu oleh pihak polis selepas melakukan kegiatan samun di Taman Bukit Intan, kelmarin. Kejadian itu berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa seorang wanita Melayu berusia, 48, tinggal sendirian di rumah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, tiga suspek itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an bersama dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun.

Menurutnya, suspek lelaki menggunakan parang panjang manakala salah seorang kanak-kanak itu menggunakan parang pendek.

"Ketiga suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu utama kerana tidak berkunci. Mangsa ketika itu sedang menjahit baju di bilik belakang dan tidak perasan suspek masuk ke dalam rumah.

"Dia hanya terkejut apabila suspek memasuki ke dalam bilik belakang dan dua kanak-kanak terus memegang kedua-dua belah tangannya. Manakala lelaki tersebut terus merampas rantai mangsa.

"Namun rentapan itu tidak berjaya mengambil kesemua rantai kerana terputus dua. Suspek berjaya melarikan loket dan sebahagian rantai anggaran RM1,000," katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar berkata, sejurus itu mangsa yang berjaya meloloskan diri berlari ke arah belakang rumah untuk meminta pertolongan jiran terdekat.

"Apabila suasana menjadi kecoh, ketiga-tiga suspek sudah berada di dalam kereta milik mangsa selepas mengambil kunci kereta jenis Proton Pesona yang tergantung di dinding, namun cubaan itu tidak berjaya apabila terdengar mangsa menjerit meminta tolong.

"Akibat panik, suspek lelaki berpatah balik dan menyerang mangsa dengan cubaan menetak kepala tetapi berjaya ditahan mangsa. Akibatnya, tangan kanan mangsa luka terkena parang. Ketiga-tiga suspek berlari keluar menaiki kereta jenis perodua Myvi berwarna 'silver' yang dipercayai kereta curi dari Mantin," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan kerana parang tersebut tumpul.

"Saya menasihatkan kepada suri rumah agar lebih berhati-hati ketika tinggal bersendirian di rumah dan mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terjadi terutama pada musim perayaan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana samun bersenjata berkumpulan.

"Sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Normanshah Din menerusi talian 019-2096474,"katanya.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Kerajaan BN Sabah bakal tumbang ?

Posted: 28 Jul 2012 04:43 PM PDT

KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.

"Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
"Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
"Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
"Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Haluan politik Sabah pasti berubah bila Lajim Ukim bentuk PPS ?

Posted: 28 Jul 2012 04:42 PM PDT