Ahad, 29 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib, Drop All These Nonsense, Rakyat Will Teach You A Lesson

Posted: 29 Jul 2012 03:06 PM PDT

Lajim, Wilfred Lebih Berani Daripada PM

Posted: 29 Jul 2012 03:04 PM PDT

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing atas keberanian mereka melawan regim penguasa yang zalim.

Menyifatkan sifat itu tidak dimiliki Perdana Menteri, Ketua Pembangkang itu secara seloroh, berkata mereka mengambil jalan susah demi kepentingan rakyat.

"Saya kagum dengan keberanian Lajim, Wilfred. Inilah ciri-ciri kualiti seorang pemimpin – berani. Mereka cari jalan susah, nak lawan PM, nak lawan seluruh jentera BN.

"Sebab itu saya salut, inilah hero rakyat yang sebenar," katanya sambil menempelak Datuk Seri Najib Razak yang takut berdebat, malah tidak berani mengumum tarikh pilihan raya.

Beliau juga bersyukur kerana Lajim dan Wilfred tidak keseorangan, sebaliknya dikerumuni rakyat segenap kaum apabila memutuskan untuk meninggalkan BN.

Anwar turut mengingatkan mereka, berapa jentera media Umno BN akan menyerang mereka setiap hari berikutan keberanian kedua-dua pemimpin itu.

"Saya cakap dengan isteri Lajim, kena kuat. Umno BN takkan biar begitu sahaja. Tapi, dengan rakyat bersama kita, Insya-Allah semua akan berjalan lancar.

"Ada yang kata Anwar beli Lajim, beli Wilfred. Akupun mana ada duit. Umno lainlah, bolot dan rampas kekayaan rakyat Sabah," katanya.

Beliau turut meminta rakyat Sabah supaya memilih pemimpin yang betul bagi memastikan nasib mereka dibela, bukannya ditentukan seorang dua pemimpin atasan.

Berucap depan lebih 20,000 pengundi Beaufort pada majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Anwar berkata, kejutan akan terus berlaku.

"Dulu, bila saya kata ada kejutan di Sabah, pemimpin Umno BN permainkan saya tapi kejutan sebenar bukan penyertaan mereka (Lajim dan Wilfred) tetapi kebangkitan rakyat Sabah," katanya.

Sabah Untuk Pemimpin Sabah Yang Baik

Posted: 29 Jul 2012 03:46 AM PDT

Harakah

Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar “Sabah untuk orang Sabah sahaja.”

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap “Sabah untuk orang Sabah sahaja.” tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

“Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

“Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah,” kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.

Janji Pakatan

Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

“Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol,” kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

“Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

“Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih,” kata Anwar.

Wilfred Bumburing Keluar BN, Masuk Pakatan Dan Akan Jelajah Sabah

Posted: 29 Jul 2012 02:24 AM PDT

The Malaysian Insider

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

"Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah," kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

"Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

"Pada zaman Dr M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

"Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

"Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya," kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

"Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah," kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

"Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

"Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri," katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini.

MP Tuaran Keluar BN, Sokong Pakatan

Posted: 29 Jul 2012 01:21 AM PDT

Malaysiakini

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

“Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN,” katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Tiada ulasan: