Ahad, 8 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Suasana Himpunan Orang Asal Se Pahang 8.7.12 di Kg Penderas, Kuala Krau

Posted: 08 Jul 2012 10:12 PM PDT

 Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang bergambar dengan tetamu dan petugas-petugas Himpunan di akhir Majlis itu.
Himpunan Orang Asal di Negeri Pahang telah dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN diadakan setiap tahun dan dibeberapa lokasi, perbezaannya dengan penganjuran tahun ini ialah reaksi yang berlebihan daripada pihak UMNO yang begitu panik dan tidak dapat menerima perubahan Orang Asal yang dulunya menyokong UMNO dan kini beralih kepada Parti Keadilan Rakyat.

Petugas-petugas KEADILAN  khususnya dari Kampong Penderas dan Kampong Paya Luas bertugas menyiapkan persediaan Himpunan ini sejak beberapa hari sebelum program ini dilangsungkan.

Seluruh kampong Penderas dihiasi dengan bendera dan banner, dan kanopi yang dipasang juga dihiasi dengan banner-banner dan bendera yang cukup memberikan makna perjuangan kepada Orang Asal.

Dari pekan Kuala Krau hinggalah ke Kg Penderas dipasang bendera-bendera untuk memberikan tanda tunjuk jalan agar tetamu-tetamu dari luar dapat hadir dengan mudah.

Petugas-petugas juga telah mengadakan kempen mengajak Orang Asal dari semua perkampongan Orang Asal didalam DUN Jenderak dengan menjalankan kerja-kerja dari rumah ke rumah di Kg Galung, Kg Terbol, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Rekoh, Kg Berdut dan Kg Penderas sendiri.

Didalam usaha berkempen dari rumah ke rumah itu, beberapa orang telah juga menyertai keanggotaan parti dan diantara yang menyertai KEADILAN adalah bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Mentakab (kini Kuala Krau) yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Penderas, Sdr Hamid Tow.

 Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN membuat penggulungan di Himpunan tersebut.
 Sdr Aliayasak, AJK KEADILAN  Kuala Krau menceritakan pengalamannya bersama Orang Asal, sama-sama mencari katak untuk mendapatkan rezeki semasa keadaan amat sukar, dan apabila beliau berjaya membangunkan kebunnya serta pemeliharaan lembu, tanpa sebarang bantuan dari Kerajaan, kehidupannya sudah berubah, dan untuk Himpunan hari ini, beliau bukan saja menyumbangkan lauk ayam untuk 400 orang peserta tetapi memasakkannya sekali.
Kempen itu juga melibatkan pemasangan bendera dari Kampong Penderas hingga ke Kampong Galung.

UMNO yang begitu panik dengan tiba-tiba menyumbangkan RM5000.00 kepada pihak-pihak tertentu di Kampong Penderas supaya penduduk kampong itu tidak menghadiri Himpunan anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN tersebut.

UMNO tidak menyelidik lebih dalam, walaupun Himpunan ini anjuran KEADILAN, tetapi semua petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan yang menjalan tugas menjayakan Himpunan ini adalah terdiri daripada Orang Asal Kampong Penderas sendiri.  Seramai lebih 40 orang petugas-petugas Orang Asal Kg Penderas yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang bertugas bertungkus lumus menjayakan program ini.

 Sdr Romani Mohamad, Wakil OA dari Cabang Bera
 Sdr Podir Kadir, Wakil OA dari Cabang Rompin
 Ustaz Syahril Azman, Al Hafiz, wakil PAS yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang, bakal calon Parlimen PR Kuala Krau
 Sdr Michael Jok, wakila Orang Asal dari Sarawak
Mereka menyediakan sebuah lori untuk membawa buluh untuk dijadikan tempat meja meletakkan makanan, tempat duduk dan sebagainya yang diperbuat daripada buluh dan rotan, bererti Himpunan ini adalah anjuran penduduk Kg Penderas sendiri, dan oleh kerana itu "rasuah" yang diberikan oleh UMNO tidak mendatangkan apa-apa kesan.

 YB Abdullah Sani, Anggota MPP PKR Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Langat merasmikan Himpunan Orang Asal
 Han Yok Chopil memberikan ucapan, pesanan beliau supaya Orang Asal jangan taksub kepada parti-parti politik, sudah 55 tahun UMNO/BN memerintah dan walaupun bajet begitu besar setiap tahun diberikan kepada Orang Asal walhal keseluruhan Orang Asal hanya sekadar 180,000 orang, Orang Asal tetap tidak terbela, dan peruntukan besar tidak sampai kepada sasaran namun Orang Asal masih taksub dengan UMNO yang memerintah.  "Saya tidak mahu Orang Asal taksub," kalau pun nanti Kerajaan berubah dan pembelaan kepada Orang Asal tidak berlaku, "Saya pinta Orang Asal jangan taksub dengan pemerintahan baru."  Yok Chopil meminta supaya Orang Asal berjuang untuk kepentingan kaum mereka sendiri, dan jangan taksub dengan janji-janji yang akhirnya merugikan Orang Asal.
 Persembahan Siwang oleh kumpulan Siwang Orang Asal dari Kampong Sg Mai dan Kg Penderas
 Persembahan Siwang menyambut ketibaan YB Abdullah Sani
 Penari-penari Siwang dari Kg Sg Mai dan Kg Penderas
 Dari kiri: Wak Rabidin Kasmawi, Ketua KEADILAN  Cabang Rompin, Ahmad Nizam Hamid, Ketua KEADILAN Cabang Temerloh, YB Abdullah Sani, dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal
 Pn Siti Khalijah Mohamad, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan) dan Datin isteri kepada Dato Fauzi Abdul Rahman
 Fellicia Ling, seorang pimpinan wanita yang cukup popular di Pahang khususnya di Kuala Krau
 Shafei Deris dari Jaringan Orang Asal Se Malaysia
 Terpaksa duduk bersepah-sepah kerana kerusi yang disediakan hanyalah 200 buah sahaja, kehadiran luar jangka hingga 400 orang
 Berbaju biru, Sdr Jalil, Pengerusi JK Penyediaan Himpunan di Kg Penderas, cukup bertanggungjawab dan pandai mengambil hati anak buah, syabas Sdr Jalil
 Dari sudut belakang

 Haji Abas Awang, Anggota MPP PKR Pusat merangkap Ketua PKR Cabang Bera 
Persediaan kehadiran adalah untuk 200 orang peserta, dan kerusi yang disediakan hanyalah untuk 200 orang, dan dengan kehadiran luar biasa yang melebihi 400 orang menyebabkan peserta-peserta terpaksa duduk bersepah-sepah. Ini membuktikan bahawa sabotaj dari UMNO tidak memberi apa-apa kesan kepada Himpunan ini.

Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang merasmikan penutupan Himpunan, dan dengan puas hati, beliau meminta supaya Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan satu pertemuan khas diantara pimpinan Orang Asal seluruh Negeri Pahang yang akan diadakan di sebuah Hotel di Kuantan, beliau akan mengusahakan bajetnya; dan beliau meminta supaya setiap perkampongan Orang Asal di Negeri Pahang menghantarkan pimpinan masing-masing dan sekurang-kurangnya 10 pemimpin Orang Asal dari setiap Cabang di Negeri Pahang menghantarkan wakil.

 Ucapan ribuan terima kasih kepada Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Jawatankuasanya kerana menghulurkan bantuan kepada program ini
Beliau yakin bahawa perkembangan mutakhir ini dengan 26 buah kampong Orang Asal dari 33 kampong di Rompin sudah ditubuhkan ranting PKR, 10 dari 10 kampong OA di Kuala Krau sudah ditubuhkan Ranting, hampir kesemua kampong OA di Bera sudah ditubuhkan ranting, dan ranting-ranting lain yang ditubuhkan di Jerantut, Maran, Paya Besar, dan hampir kesemua kampong OA di Pekan sudah ditubuhkan Ranting, bahawa Orang Asal Negeri Pahang sudah memberikan keyakinan kepada PKR Pahang untuk membela nasib mereka dan membawakan perubahan besar kepada pemerintahan di Negeri ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Jabit @ Man Kadir @ Ab Kadir Abd Manap yang menginap di Kg Penderas bagi membantu menjayakan semua persediaan untuk Himpunan.

Jutaan terima kasih kepada Aliayasak Alias dan isterinya, Noryati Ghani, Ketua PKR Cabang Kuala Krau yang menymbangkan ayam masak cili api dan gulai nangka untuk 400 orang peserta.

Terima kasih kepada Sdr Jalil, Sdr Kin, Pn Nyah Kasim, Pn Rosnita (OA), Sdr Chim, Sdr Ahmad Dagu, Sdr Hamid Tow, Sdr Sambut, Sedr Bakar Panjang, Sdr Jahidin dan semua AJK PKR Ranting Penderas, Ranting Paya Mendoi, Ranting Paya Luas, dan JK PKR Cabang Kuala Krau yang berhari-hari membantu membuat persediaan.

Sekuntum bunga kepada Wanita PKR Cabang Kuala Krau yang menyediakan santapan pagi, makan tengah hari dan minuman petang kepada seluruh peserta-peserta Khususnya Pn Hendon Jaafar, Pn Anita Karim, Pn Rosnita, Pn Juriah, Pn Letchmy, Pn Zainunayah, Pn Siah, dan rakan-rakannya dari Paya Luas, dan rakan-rakan dari Negeri Johor, Pn Siti Khalijah dan Pn Rubi dari Bahau.

Saya akan usahakan bajet untuk mengundang semua mereka ini kesuatu jamuan yang akan diadakan di perkarangan Bilik Gerakan PKR Cabang Kuala Krau sebelum Ramadhan bagi mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Kepada penyumbang-penyumbang derma saya ucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada Dr Syed Husin Ali, Sdr Syed Sahir, YB Hee Loy San,  Fellicia Ling, YB Gan Pei Nei, Dato Chua Jui Meng, dan lebih khusus kepada Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang.  Terima kasih.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib & UMNO, Enough Is Enough, Rakyat Mahu Ubah & Merdeka

Posted: 08 Jul 2012 09:11 AM PDT

Lebih 100 Ahli Umno, SAPP Sertai KEADILAN di Sabah

Posted: 08 Jul 2012 08:18 AM PDT

KeadilanDaily

Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.

Semua borang penyertaan itum katanya diserah seorang pimpinan Umno Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.

"Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri ini sudah bersedia menukar kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.

Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai kaum.

Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Posted: 08 Jul 2012 07:29 AM PDT

Demi Rakyat
10 Julai 2012 (Selasa)

1) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi : Masjid Durian Sebatang, Dong , Raub

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Markas PAS Berchang, Kuala Lipis

Penceramah:
i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii) YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
iii) YB Ronnie Liu Thian Khiew
iv) YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
v) YB Fauziah Salleh
vi) YBhg Abas Awang

Lim Won’t Debate Chua Again, Wants PM vs Anwar

Posted: 08 Jul 2012 07:26 AM PDT

Malaysiakini

DAP secretary-general Lim Guan Eng said he won't debate MCA president Dr Chua Soi Lek a third time because he hopes that the next debate should be between prime ministerial candidates.

He said that the stage is now set for a showdown between Prime Minister Najib Abdul Razak and PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

“The next debate everyone wants to see is between Anwar and Najib,” he said at a press conference after a two-hour debate with Chua today.

Lim said that this was the norm in developed countries and it allowed its electorate to judge their potential leaders.

Pointing out that Chua has no government positions, there was no point debating him anymore.

“Chua kept on saying (during the debate) that Najib doesn’t need to debate because he is 'transformational leader'. If you use that type of logic then why should I debate with Chua?” he asked.

During the intense debate earlier, Lim had asked Chua why BN was not keen on having Najib debate Anwar in public.

Chua replied that Najib was a "transformational leader" whose efforts and results are widely publicised by the media while Anwar has little to show for.

During the press conference, Lim said that he was not trying to put down Chua despite the unequal standing, he said it was not an excuse to avoid the debate.

“The point is I can debate with Chua when his only official (government) position is as the PPC (Penang Port Commission) chairperson.

"(Thus) why can’t the prime minister debate with the opposition leader and let Malaysians decide who is more qualified to be their leader,” asked Lim.

Penang Port matters

According to independent pollsters Merdeka Centre, 54 percent voters, three quarters being young Malays, in the Peninsula wanted regular debates between Najib and Anwar.

Anwar, a former deputy prime minister has repeatedly challenged Najib to a public debate on national policies but the latter has refused.

Meanwhile, Lim also said that Chua has “a lot” explaining to do with regards to the privatisation of the Penang Port Sdn Bhd (PPSB) and that it was a loss-making outfit.

“As the PPC chairperson he really hammered the Penang Port’s financial performance. I’m sure Penang Port will have a lot to answer tomorrow. Don’t forget the Penang Port is run by Umno,” he said.

The much-coveted port was privatised to tycoon Syed Mokhtar Al-Bukhary’s Seaport Terminal recently, insisting that the deal will make the port more competitive.

Although the debate was mostly a mudslinging session, both speakers spoke at lenght about policy matters concerning the Penang Port.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Konvoi Hijau N9

Posted: 08 Jul 2012 06:53 AM PDT


BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Jika BN/aemno tak mampu, jangan fikir orang lain tak boleh buat....

Posted: 07 Jul 2012 06:52 PM PDT


Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak' 
Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja. 
Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar. 
Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)  akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau. 
Saya tidak tahu samada Anwar benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu adalah baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah semangat demokrasi sebenarnya. 
Tetapi Mahathir pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau (Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju kerana rakyat tertindas oleh Umno terutamanya oleh Dr Mahathir secara sistematik. 
Bagi saya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya. 
Tuduhan Najib, Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini, kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat mereka.  Jika BN tidak mampu untuk melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu kepada PR buat lima tahun yang akan datang. 
Dalam isu pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN). Pemimpin Umno/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah kenyataan yang ditunjukkan oleh 'nature' dan Umno tidak boleh membawa rakyat berfikir seperti mereka (BN). 
Contoh dan bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan). 
Mirzanlah salah seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk mengapung dan menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar. 
Subsidi ini ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron. 
Oleh itu rakyat begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga pemimpin-pemimpin Umno dan BN sekarang ini. 
Jika rakyat menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa, apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang  telah bersara terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan. 
Oleh itu memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang. 
Seorang Perdana Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem Mahathir…'tepuk dada tanya selera' 
Sekarang ini apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu.. 
Saya rasa satu lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh 'Truth Commission'. We want to know the whole truth. — aspanaliasnet.blogspot.com/

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Anwar Ibrahim: Orang Yang Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri, Mahathir

Posted: 08 Jul 2012 08:06 AM PDT

PAS Perak perlu hati-hati dengan Bekas SU DUN Abdullah Anthung.

Posted: 08 Jul 2012 07:29 AM PDT



Hari ini heboh dengan kisah apa yang berlaku semalam dimajlis H-tee PAS di Hotel Hill City Ipoh, geng Media Perak ajak aku pergi semalam, tetapi sayang aku ada hal lain yang lebih penting, sepatutnya aku dah plan ke Kota Bharu semalam,, itu pun terpaksa batal juga...  


Bila buka FB, tengok dah keluar cerita Abdullah Anthung insan yang sama turut terlibat dalam kes rampasan negeri Perak 2009 lalu turut ada bersama. 



Memang, aku tak mengenali Abdullah Anthung ni secara dekat seperti mana aku mengenai Nizar Adun Pasir Panjang,,, 
Tetapi tolonglah,, kenapa hati kecilku seolah-olah meronta ada sesuatu yang tak kena, mungkin juga sekadar bisikan jahat syaitan,, tetapi tak salah Pimpinan PAS berhati-hati dalam soal perjuangan Islam ni, musuh-mush Islam tak akan senang dengan kebangkitan Islam.... 
Yang paling cantik, si Dolah ni kena buat Kenyataan Akbar, panggil semua akhbar cerita perkara sebenar, apa peranan yang ia lakukan,, kalau berasa bersalah minta aaf,, janganlah dok pi buat hemoi kat program PAS  kemudian buka cerita,, masaalah ini bukan dengan dengan PAS sahaja, tetapi dengan semua rakyat Perak penyokong Pakatan Rakyat..
Jikalau teringin sangat nak jadi ahli PAS, silakan,,, tetapi kalau ada hati nak jadi calon PAS, rasanya tunggu dulu, banyak lagi calon-calon yang lebih layak.... yang lebih senior, yang lebih lama setia dengan dengan parti... 

Bekas Setiausaha DUN Perak sertai majlis PAS

Posted: 08 Jul 2012 12:08 AM PDT



IPOH: Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.

Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Pakatan terbaik 


(Bergambar kenangan selepas majlis)

Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.

"Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.

"Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak," ujarnya.

Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.

Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak 'mesra' BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.

Nama beliau menjadi  sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.

"Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MCA kena buat homework dulu, bukan bailout tapi penstrukturan semula !

Posted: 07 Jul 2012 06:44 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Program Penerangan Di Kampung Rahmat

Posted: 07 Jul 2012 07:57 PM PDT

Program Penewrangan malam ini 8/7/12 jam 9 malam di Kampung Rahmat@Kurnia Jaya, Kamunting, Perak.

Hadir pada program ini adalah:
YB Tian Chua-Ahli Parlimen Batu
YB Tai Sing Ng-ADUN Kuala Sepetang
Ust Nordin Jaafar-YDP PAS Kawasan Bukit
Dr Mohamad Noor Manuti-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak
Cik Falicia Ling-Wanita Keadilan Wilayah Persekutuan

Kampung Rahmat terletak di DUN Kuala Sepetang, Parlimen Bukit Gantang.