The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Suasana Himpunan Orang Asal Se Pahang 8.7.12 di Kg Penderas, Kuala Krau Posted: 08 Jul 2012 10:12 PM PDT Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang bergambar dengan tetamu dan petugas-petugas Himpunan di akhir Majlis itu. Himpunan Orang Asal di Negeri Pahang telah dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN diadakan setiap tahun dan dibeberapa lokasi, perbezaannya dengan penganjuran tahun ini ialah reaksi yang berlebihan daripada pihak UMNO yang begitu panik dan tidak dapat menerima perubahan Orang Asal yang dulunya menyokong UMNO dan kini beralih kepada Parti Keadilan Rakyat.Petugas-petugas KEADILAN khususnya dari Kampong Penderas dan Kampong Paya Luas bertugas menyiapkan persediaan Himpunan ini sejak beberapa hari sebelum program ini dilangsungkan. Seluruh kampong Penderas dihiasi dengan bendera dan banner, dan kanopi yang dipasang juga dihiasi dengan banner-banner dan bendera yang cukup memberikan makna perjuangan kepada Orang Asal. Dari pekan Kuala Krau hinggalah ke Kg Penderas dipasang bendera-bendera untuk memberikan tanda tunjuk jalan agar tetamu-tetamu dari luar dapat hadir dengan mudah. Petugas-petugas juga telah mengadakan kempen mengajak Orang Asal dari semua perkampongan Orang Asal didalam DUN Jenderak dengan menjalankan kerja-kerja dari rumah ke rumah di Kg Galung, Kg Terbol, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Rekoh, Kg Berdut dan Kg Penderas sendiri. Didalam usaha berkempen dari rumah ke rumah itu, beberapa orang telah juga menyertai keanggotaan parti dan diantara yang menyertai KEADILAN adalah bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Mentakab (kini Kuala Krau) yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Penderas, Sdr Hamid Tow. Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN membuat penggulungan di Himpunan tersebut. Sdr Aliayasak, AJK KEADILAN Kuala Krau menceritakan pengalamannya bersama Orang Asal, sama-sama mencari katak untuk mendapatkan rezeki semasa keadaan amat sukar, dan apabila beliau berjaya membangunkan kebunnya serta pemeliharaan lembu, tanpa sebarang bantuan dari Kerajaan, kehidupannya sudah berubah, dan untuk Himpunan hari ini, beliau bukan saja menyumbangkan lauk ayam untuk 400 orang peserta tetapi memasakkannya sekali. Kempen itu juga melibatkan pemasangan bendera dari Kampong Penderas hingga ke Kampong Galung. UMNO yang begitu panik dengan tiba-tiba menyumbangkan RM5000.00 kepada pihak-pihak tertentu di Kampong Penderas supaya penduduk kampong itu tidak menghadiri Himpunan anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN tersebut. UMNO tidak menyelidik lebih dalam, walaupun Himpunan ini anjuran KEADILAN, tetapi semua petugas-petugas dan sukarelawan-sukarelawan yang menjalan tugas menjayakan Himpunan ini adalah terdiri daripada Orang Asal Kampong Penderas sendiri. Seramai lebih 40 orang petugas-petugas Orang Asal Kg Penderas yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang bertugas bertungkus lumus menjayakan program ini. Sdr Romani Mohamad, Wakil OA dari Cabang Bera Sdr Podir Kadir, Wakil OA dari Cabang Rompin Ustaz Syahril Azman, Al Hafiz, wakil PAS yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang, bakal calon Parlimen PR Kuala Krau Sdr Michael Jok, wakila Orang Asal dari Sarawak Mereka menyediakan sebuah lori untuk membawa buluh untuk dijadikan tempat meja meletakkan makanan, tempat duduk dan sebagainya yang diperbuat daripada buluh dan rotan, bererti Himpunan ini adalah anjuran penduduk Kg Penderas sendiri, dan oleh kerana itu "rasuah" yang diberikan oleh UMNO tidak mendatangkan apa-apa kesan. YB Abdullah Sani, Anggota MPP PKR Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Langat merasmikan Himpunan Orang Asal Han Yok Chopil memberikan ucapan, pesanan beliau supaya Orang Asal jangan taksub kepada parti-parti politik, sudah 55 tahun UMNO/BN memerintah dan walaupun bajet begitu besar setiap tahun diberikan kepada Orang Asal walhal keseluruhan Orang Asal hanya sekadar 180,000 orang, Orang Asal tetap tidak terbela, dan peruntukan besar tidak sampai kepada sasaran namun Orang Asal masih taksub dengan UMNO yang memerintah. "Saya tidak mahu Orang Asal taksub," kalau pun nanti Kerajaan berubah dan pembelaan kepada Orang Asal tidak berlaku, "Saya pinta Orang Asal jangan taksub dengan pemerintahan baru." Yok Chopil meminta supaya Orang Asal berjuang untuk kepentingan kaum mereka sendiri, dan jangan taksub dengan janji-janji yang akhirnya merugikan Orang Asal. Persembahan Siwang oleh kumpulan Siwang Orang Asal dari Kampong Sg Mai dan Kg Penderas Persembahan Siwang menyambut ketibaan YB Abdullah Sani Penari-penari Siwang dari Kg Sg Mai dan Kg Penderas Dari kiri: Wak Rabidin Kasmawi, Ketua KEADILAN Cabang Rompin, Ahmad Nizam Hamid, Ketua KEADILAN Cabang Temerloh, YB Abdullah Sani, dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Pn Siti Khalijah Mohamad, Pengerusi Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan) dan Datin isteri kepada Dato Fauzi Abdul Rahman Fellicia Ling, seorang pimpinan wanita yang cukup popular di Pahang khususnya di Kuala Krau Shafei Deris dari Jaringan Orang Asal Se Malaysia Terpaksa duduk bersepah-sepah kerana kerusi yang disediakan hanyalah 200 buah sahaja, kehadiran luar jangka hingga 400 orang Berbaju biru, Sdr Jalil, Pengerusi JK Penyediaan Himpunan di Kg Penderas, cukup bertanggungjawab dan pandai mengambil hati anak buah, syabas Sdr Jalil Dari sudut belakang Haji Abas Awang, Anggota MPP PKR Pusat merangkap Ketua PKR Cabang Bera Persediaan kehadiran adalah untuk 200 orang peserta, dan kerusi yang disediakan hanyalah untuk 200 orang, dan dengan kehadiran luar biasa yang melebihi 400 orang menyebabkan peserta-peserta terpaksa duduk bersepah-sepah. Ini membuktikan bahawa sabotaj dari UMNO tidak memberi apa-apa kesan kepada Himpunan ini. Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang merasmikan penutupan Himpunan, dan dengan puas hati, beliau meminta supaya Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengadakan satu pertemuan khas diantara pimpinan Orang Asal seluruh Negeri Pahang yang akan diadakan di sebuah Hotel di Kuantan, beliau akan mengusahakan bajetnya; dan beliau meminta supaya setiap perkampongan Orang Asal di Negeri Pahang menghantarkan pimpinan masing-masing dan sekurang-kurangnya 10 pemimpin Orang Asal dari setiap Cabang di Negeri Pahang menghantarkan wakil. Ucapan ribuan terima kasih kepada Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Jawatankuasanya kerana menghulurkan bantuan kepada program ini Beliau yakin bahawa perkembangan mutakhir ini dengan 26 buah kampong Orang Asal dari 33 kampong di Rompin sudah ditubuhkan ranting PKR, 10 dari 10 kampong OA di Kuala Krau sudah ditubuhkan Ranting, hampir kesemua kampong OA di Bera sudah ditubuhkan ranting, dan ranting-ranting lain yang ditubuhkan di Jerantut, Maran, Paya Besar, dan hampir kesemua kampong OA di Pekan sudah ditubuhkan Ranting, bahawa Orang Asal Negeri Pahang sudah memberikan keyakinan kepada PKR Pahang untuk membela nasib mereka dan membawakan perubahan besar kepada pemerintahan di Negeri ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Jabit @ Man Kadir @ Ab Kadir Abd Manap yang menginap di Kg Penderas bagi membantu menjayakan semua persediaan untuk Himpunan. Jutaan terima kasih kepada Aliayasak Alias dan isterinya, Noryati Ghani, Ketua PKR Cabang Kuala Krau yang menymbangkan ayam masak cili api dan gulai nangka untuk 400 orang peserta. Terima kasih kepada Sdr Jalil, Sdr Kin, Pn Nyah Kasim, Pn Rosnita (OA), Sdr Chim, Sdr Ahmad Dagu, Sdr Hamid Tow, Sdr Sambut, Sedr Bakar Panjang, Sdr Jahidin dan semua AJK PKR Ranting Penderas, Ranting Paya Mendoi, Ranting Paya Luas, dan JK PKR Cabang Kuala Krau yang berhari-hari membantu membuat persediaan. Sekuntum bunga kepada Wanita PKR Cabang Kuala Krau yang menyediakan santapan pagi, makan tengah hari dan minuman petang kepada seluruh peserta-peserta Khususnya Pn Hendon Jaafar, Pn Anita Karim, Pn Rosnita, Pn Juriah, Pn Letchmy, Pn Zainunayah, Pn Siah, dan rakan-rakannya dari Paya Luas, dan rakan-rakan dari Negeri Johor, Pn Siti Khalijah dan Pn Rubi dari Bahau. Saya akan usahakan bajet untuk mengundang semua mereka ini kesuatu jamuan yang akan diadakan di perkarangan Bilik Gerakan PKR Cabang Kuala Krau sebelum Ramadhan bagi mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kepada penyumbang-penyumbang derma saya ucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada Dr Syed Husin Ali, Sdr Syed Sahir, YB Hee Loy San, Fellicia Ling, YB Gan Pei Nei, Dato Chua Jui Meng, dan lebih khusus kepada Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan