Pengikut

Nuffnang

Isnin, 18 Jun 2012

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Meluangkan Masa Bersama Sri Setia Putra Football Club

Posted: 17 Jun 2012 10:45 PM PDT

Bolasepak merupakan sukan yang bukan sahaja popular di DUN Seri Andalas, malah merupakan aktiviti yang dapat menerapkan amalan hidup secara sihat dan memupuk semangat kerjasama berpasukan.

Aktiviti-aktiviti sukan sebegini juga dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerumus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

YB Dr Xavier Jayakumar yang menyedari kepentingan tersebut telah meluangkan masa menemui para pemain Sri Setia Football Club di DUN Seri Andalas bagi menunjukkan sokongan. Sedikit perbincangan telah diadakan dan t-shirt Selangorku telah disampaikan kepada para pemain.

YB Dr Xavier berharap masyarakat akan terus menjadikan aktiviti sukan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.




Menyampaikan Bantuan Kecemasan RM50,000 Untuk Baiki Bumbung Sekolah

Posted: 17 Jun 2012 10:30 PM PDT

Dana kecemasan sebanyak RM50,000 telah disampaikan Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar bagi tujuan membaiki bumbung Sekolah Tamil di Serdang. Dana tersebut telah disampaikan pada 11 Jun yang lepas.



Menyampaikan Sumbangan RM40,000 Untuk Dana Pembinaan Kuil

Posted: 17 Jun 2012 10:00 PM PDT

Pada 10 Jun 2012 yang lalu, YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri satu majlis Maha Kumbabishegam yang diadakan di Jenjarom, Banting.

Selari dengan nilai-nilai menghormati budaya dan kebebasan beragama, Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan sumbangan RM40,000 untuk dana pembinaan kuil tersebut.


Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri

Posted: 17 Jun 2012 02:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air negeri berbanding dengan cara Umno-BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan harga air naik sampai 62 peratus.

Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor baru-baru ini bahawa forum tersebut "syok sendiri" dan tidak mencari jalan penyelesaian.  MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.

"Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar rizab air terawat adalah 20 peratus," beliau berkata apabila ditemui di sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

"Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.
"Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan," katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor hanyalah 'forum syok sendiri'.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Manakala Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.

Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan tidak dilakukan. "Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau," kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.

Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi, projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.

"Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
"Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali," tegasnya.


Sumber: Selangorku

Mangsa Banjir Batang Kali Ucap Terima Kasih Kepada MB

Posted: 16 Jun 2012 02:30 AM PDT

HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri.

Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya.

"Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah," katanya apabila ditermui.

Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Pegawai Daerah Hulu Selangor, Norhisyam Ahmad Dahlan.

Abdul Khalid di dalam ucapannya turut menyatakan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi setiap daerah bagi tujuan kecemasan.

"Kita menyediakan peruntukkan untuk diagihkan tanpa sebarang birokrasi di setiap daerah apabila berlaku sesuatu bencana," katanya.

Seorang lagi penerima, Abdul Aziz Lamon, 68, menyifatkan banjir yang berlaku itu adalah yang terburuk sepanjang beliau duduk di situ.

"Kawasan ini pernah banjir namun ianya tidaklah seteruk kali ini dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang termasuk barang-barang keperluan sekolah anak-anaknya," katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri.



Sumber: Selangorku

MB: Penduduk Klang Mendapat Manfaat Jika Jaga Kebersihan

Posted: 16 Jun 2012 02:00 AM PDT

KLANG, 16 JUN : Sebanyak RM20 juta boleh dipulangkan kepada penduduk Klang jika mereka membantu menjaga kebersihan bandar ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jumlah tersebut merupaka satu pertiga daripada RM60 juta yang diperuntukan untuk pembersihan sampah di Klang dan boleh dijimat sekiranya warga Klang mengamalkan budaya bersih.

"Jika rakyat turut serta membantu Kerajaan Negeri, kos yang dapat dijimatkan adalah sebanyak RM20 juta dan ianya adalah suatu jumlah yang besar untuk pelbagai program untuk rakyat.

"Kerajaan Negeri tidak akan mengambil lebihan penjimatan peruntukkan yang diberikan, sebaliknya diberikan kepada rakyat sebagai tanda terima kasih," katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Program Penerangan Geran Selangorku di Dewan Orang Ramai Taman Sri Kerayong Kapar semalam.

Serentak dengan itu, Abdul Khalid turut melancarkan poster Kesedaran Penjagaan Kebersihan dalam Bahasa Asing seperti Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Burma.

Turut hadir barisan Exco-exco Selangor iaitu, Dr. Halimah Ali, Dr. Xavier Jayakumar, Dr. Yunus Hairi, Rodziah Ismail, Iskandar Abdul Samad dan Dr. Yaakob Sapari.

Juga hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri dan Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin.

Pada satu program yang lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri komited dalam pembangunan Klang kerana ia bandar penting yang menyumbang terhadap kemajuan Selangor.

Beliau berkata jumlah penduduk Klang mewakili 20 peratus daripada 5.2 juta rakyat Selangor, iaitu kira-kira 1.5 juta orang termasuk rakyat asing.

Menurutnya, pembangunan yang dirancang demi kepentingan rakyat dan tidak berdasarkan keutamaan peribadi atau agenda politik.

"Marilah kita bersama-sama membangunkan Klang dan membawa satu perubahan penting dalam pembangunan ini.

"Ini kerana pendapatan dan pembangunan Klang adalah melebihi Negeri Sembilan dan Melaka," katanya dalam ucapan majlis Jamuan Bersama Rakyat di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.


Sumber: Selangorku

Pelajar UNISEL Menangi Anugerah Terbaik Industri

Posted: 16 Jun 2012 01:30 AM PDT

KLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing.

Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti.

"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya," katanya.

Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit.

Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini.

Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia.

Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL.

Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.

"Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya," katanya.


Sumber: Selangorku

Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini

Posted: 15 Jun 2012 02:00 AM PDT

KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan.

Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu.

Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya.

Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan.

Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.

Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu.

Tetapi kini tidak lagi.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini," katanya ketika ditemui.

Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih.

Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia.

Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.

Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.

Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.

Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini.

Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji.

"Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

"Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata," katanya.

Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

"Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini.

"Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik," katanya.


Sumber: Selangorku

MB: Forum Bagi Pastikan Usaha Beri Air Percuma Di Teruskan

Posted: 15 Jun 2012 01:30 AM PDT

KLANG 15 JUN : Forum air Selangor pada 12 Jun lalu diadakan adalah untuk mencari jalan terbaik mengurus air bagi memastikan bekalan air bersih di Lembah Klang mencukupi untuk rakyat Selangor pada harga yang berpatutan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata forum itu juga turut membincang masalah bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.

"Forum itu bukan untuk membuat keputusan seperti yang didakwa Kerajaan Pusat tetapi ia hanya perbincangan," katanya yang mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa penganjuran forum mengenai isu air oleh Kerajaan Negeri Selangor itu dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rizab air terawat yang semakin berkurangan di Selangor.

Malah kata Noh, forum sedemikian tidak mampu membawa penyelesaian kepada masalah air terawat di Selangor yang menyebabkan kerajaan pusat dan Syabas enggan turut serta dalam perbincangan tersebut.

Khalid berkata Kerajaan Negeri juga mempunyai sebab tidak memanggil pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Saya ada jawapan kenapa mereka tidak dijemput, hal ini kerana Syabas mempunyai kes mahkamah dan kita tidak mahu Syabas menyertai forum itu.

"Yang kedua, forum itu merupakan perbincangan bukan keputusan, perbincangan untuk mencari penyelesaian dengan golongan profesional dan Kementerian tidak mahu menyertainya kerana dikatakan bukan keputusan," katanya.

Beliau berkata selepas ini, Kerajaan Negeri akan membawa hasil perbincangan itu kepada Kementerian dan jika pihaknya tidak bersetuju, Kerajaan Negeri akan membuat satu forum awam.

"Apa yang boleh dikatakan, daripada forum itu kita sudah ada keputusan dan akan dibentangkan kepada Kementerian.

"Jika selepas ini mereka tidak bersetuju kita akan adakan satu forum awam. Forum ini akan melibatkan rakyat dan semua pihak.

"Pihak Syabas juga boleh menghantar wakil untuk menjelaskannya kepada rakyat berkenaan keputusan mereka begitu juga dengan Kerajaan Negeri. Sesiapun boleh bercakap dalam forum itu nanti," katanya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri juga tidak gentar dengan Syabas walaupun pihaknya tahu Syabas dan Puncak Niaga 'membayar' pihak itu kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyokong mereka.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat. Rakyat mahu harga yang berpatutan dan jika Kementerian tetap dengan pendirian mereka, kita bincang serta bagi mereka alternatif," katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memperjuangkan isu air bagai memastikan usaha pemberian air percuma kepada rakyat dapat di teruskan di masa akan datang.


Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Akaun 3 Bilion: Akuan Bersumpah Abdul Razak Idris Mantan Ketua Pengarah Penyiasatan BPR

Posted: 18 Jun 2012 05:10 AM PDT

 

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor

Posted: 18 Jun 2012 01:41 AM PDT

Merdeka Rakyat

19 Jun 2012

1)    7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Bersama Maulana Ehsan Hendricks

        Lokasi : Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, SS 7/13 Kelana Jaya

2)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat

        Lokasi : Tapak Pasar Malam, Pekan Pasir Penambang, Tanjong Karang

        Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Dato' Teng Chang Kim

iii.                YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

iv.               YBhg Utz Mohd Judi Sarjo

v.                 YBhg Yahya Sahri

3)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat

        Lokasi : Stadium Mini Sabak Bernam

        Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Azmin Ali

iii.                YB Dato' Mahfuz Omar

iv.               YB Dato' Teng Chang Kim

v.                 YB Yaacob Safari

vi.               YB S. Manikavasagam

vii.             YBhg Prof. Aziz Bari

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Selangor

Posted: 18 Jun 2012 12:15 AM PDT

Merdeka Rakyat
19 Jun 2012

1) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Bersama Maulana Ehsan Hendricks

Lokasi : Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, SS 7/13 Kelana Jaya

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Pekan Pasir Penambang, Tanjong Karang

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Teng Chang Kim

iii. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

iv. YBhg Utz Mohd Judi Sarjo

v. YBhg Yahya Sahri

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat

Lokasi : Stadium Mini Sabak Bernam

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Azmin Ali

iii. YB Dato' Mahfuz Omar

iv. YB Dato' Teng Chang Kim

v. YB Yaacob Safari

vi. YB S. Manikavasagam

vii. YBhg Prof. Aziz Bari

Scorpene Deal Corruption Set To be Revealed

Posted: 17 Jun 2012 10:55 PM PDT

Selain RM15 Juta Bantu Pelajar, Unisel Juga Tawar Yuran Paling Murah di Malaysia – Rafizi

Posted: 17 Jun 2012 10:41 PM PDT

KeadilanDaily

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, sebahagian daripada  RM30 juta dana yang diperuntukkan untuk pendidikan di Selangor akan digunakan sepenuhnya bagi membantu siswa dari segi kewangan dan sebagainya.

Menurut beliau, RM15 juta pertama yang direncanakan adalah untuk menarik balik kontrak konsesi di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) kerana dengan penarikan itu akan menurunkan kos pengurusan infrastruktur universiti.

"Kita (Pakatan Rakyat (PR)) akan tebus balik konsesi kroni-kroni Umno yang menyebabkan kos penyelenggaraan universiti di Selangor menjadi terlalu mahal contohnya seperti konsesi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Permatang di Kuis selama 30 tahun dan satu kontrak 'potong rumput' di Unisel berjumlah hampir (RM) 1 juta setahun," katanya.

Beliau menjelaskan demikian hasil daripada maklumat rasmi yang dihuraikan oleh pejabat Menteri Besar (MB).

Rafizi berkata, sebahagian dari jumlah itu juga akan dibahagikan kepada beberapa kaedah termasuk menyediakan tabung
mahasiswa supaya bantuan terus boleh disalur kepada pelajar dalam bentuk kewangan.

"Kerajaan negeri akan turut memberi insentif lain kepada Unisel untuk kita betul-betul kurangkan kos, langkah pertama, kita (PR) akan pastikan pelajar menggunakan kemudahan kerajaan negeri seperti tanah, bangunan dan jalan tanpa kita ambil sewa satu sen pun," katanya.

Demikian jaminan beliau ketika berucap di Majlis Pidato Perdana Pakatan Rakyat ke Putrajaya di Ampang Rabu lalu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagi insentif kedua pula, menurut Rafizi, Kerajaan Selangor akan terus memberi peruntukan dari dana sedia ada supaya
Unisel boleh menghantar lebih banyak tenaga pengajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau di universiti lain, kos untuk hantar pensyarah belajar ditanggung oleh universiti, dan itu menyebabkan kos meningkat. Maka kos itulah yang akan dimasukkan ke dalam yuran, sebab itu yuran jadi tinggi," jelas beliau lagi.

"Saya yakin dan percaya, jika pelan ini dijalankan dalam tempoh enam bulan, InsyaAllah masuk semester akhir tahun ini,
kalau tidak percuma pun, Unisel akan menawarkan yuran yang paling murah di Malaysia, hampir kepada percuma," kata
beliau yakin.

"Apabila kita sampai ke Putrajaya, kita akan laksanakan pula pendidikan percuma ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Jadi
perancangan enam bulan ini cukup untuk kita memastikan anak-anak kita tidak terbeban dan tidak boleh lagi diugut oleh
kerajaan Umno BN seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

Rafizi berkata, pada peringkat ini, MB sedang dalam proses menstruktur semula aset Unisel dan dijangka dalam tahun ini manfaat tersebut akan dinikmati oleh pelajar.

Katanya, RM15 juta lagi baki daripada peruntukan itu masih dalam peringkat perbincangan di antara Ahli Lembaga Pengarah Unisel bersama MB.

Sebelum ini, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Unisel akan menggunakan aset hartanah bernilai
RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu.

Katanya, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan
wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini.

"Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai," katanya dalam satu kenyataan.

PTPTN membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada Pembangkang
membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu.

Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan Pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan
pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara

Anak Muda Kampung Nak Senang

0 ulasan
sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mohamad Hasan sepatutnya bertanding di DUN Chembong

Posted: 17 Jun 2012 11:45 PM PDT


Pada tahun 2008 semasa kehangatan kempen pilihanraya, terdapat 3 projek mega yang sering dicanang-canangkan ketika itu. Iaitu Hospital Rembau, kampus UitM Rembau dan Landasan Kapalterbang Rembau yang majoritinya terletak di DUN Chembong. Namun ketiga-tiga projek berkenaan belum pun nampak sebarang hasil, kecuali Hospital Rembau yang pada awal tahun 2012 baru diletak pagar kelilingnya yang kini telah tumbuh semak samun semula.

Justeru itu Mohamad Hasan perlu bertanding di DUN Chembong, tempat kelahiran, tanah tumpah beliau sendiri di Kg Kundur Hilir, agar 3 projek mega ini akan menjadi kenyataan.

Jika tidak 3 projek mega tersebut akan jadi bahan ketawa orang kampung, 3 projek tersebut diperincikan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/06/3-janji-pru-12-tahun-2008-di-rembau.html

***********
YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. http://n9kini.com/biografi-mb


Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang

Posted: 17 Jun 2012 08:06 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa -  Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta :  Aisyah - Selibriti/Artis

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Panas Dato Hamidah Menghalau Rakyat

Posted: 18 Jun 2012 07:03 AM PDT

Chegubard: Makin Susah Kita Berjuang, Kita Sudah Dekat Untuk Menang

Posted: 18 Jun 2012 05:14 AM PDT

CheGuBard

Posted: 18 Jun 2012 04:16 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA

0 ulasan
sumber :-

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Mangsa banjir Batang Kali terima bantuan dari MB

Posted: 17 Jun 2012 08:21 AM PDT

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang