Isnin, 18 Jun 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mohamad Hasan sepatutnya bertanding di DUN Chembong

Posted: 17 Jun 2012 11:45 PM PDT


Pada tahun 2008 semasa kehangatan kempen pilihanraya, terdapat 3 projek mega yang sering dicanang-canangkan ketika itu. Iaitu Hospital Rembau, kampus UitM Rembau dan Landasan Kapalterbang Rembau yang majoritinya terletak di DUN Chembong. Namun ketiga-tiga projek berkenaan belum pun nampak sebarang hasil, kecuali Hospital Rembau yang pada awal tahun 2012 baru diletak pagar kelilingnya yang kini telah tumbuh semak samun semula.

Justeru itu Mohamad Hasan perlu bertanding di DUN Chembong, tempat kelahiran, tanah tumpah beliau sendiri di Kg Kundur Hilir, agar 3 projek mega ini akan menjadi kenyataan.

Jika tidak 3 projek mega tersebut akan jadi bahan ketawa orang kampung, 3 projek tersebut diperincikan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/06/3-janji-pru-12-tahun-2008-di-rembau.html

***********
YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. http://n9kini.com/biografi-mb


Jom Ubah 21 Jun 2012 di Senawang

Posted: 17 Jun 2012 08:06 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 21 Jun 2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Penceramah :
YB Hj Taufek - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Fareedah Samad - Pengerusi Ameerah Malaysia
Hj Ramlan Roes - EXCO AMK Pusat
Ustaz Fairuz Isa -  Ketua Pemuda PAS Jempol
Turut serta :  Aisyah - Selibriti/Artis

Tiada ulasan: