Rabu, 30 Mei 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jika tiada aral melintang, DUN Jenderak akan jatuh ke tangan PKR

Posted: 30 May 2012 05:19 PM PDT

Pada bulan November 2007 saya telah membawa satu misi untuk menubuhkan sebuah cabang baru Parti Keadilan Rakyat di Kuala Krau.  Sebelum itu tidak ada Cabang disana dan juga tidak ada seorang anggota pun di sana.

Misi itu agak berat kerana Kuala Krau khususnya DUN Jenderak adalah sebuah kawasan pedalaman yang sangat mundur, mungkin termundur di Negeri Pahang.

Di sana tidak ada media alternatif, dan sumber maklumat hanyalah dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, dan di bidang elektroniknya hanyalah TV3 dan RTM dan TV1.  Semua sumber berita adalah yang bertentangan dengan PKR.

Kedudukan pengundinya pula adalah hampir 97% terdiri daripada kaum Melayu dan Orang Asal luar bandar, dan golongan terbesar daripada mereka berhadapan dengan keadaan kemiskinan yang berat dan di perkampongan Orang Asal, kemiskinan yang tegar.

Didalam keadaan saya tercari-cari punca untuk bergerak, saya ditemani oleh Sdr Suhaimi Abdullah, beliau sendiri tidak pernah menjadi anggota mana-mana parti politik, dan pekerjaannya adalah menjadi peraih menjual sayur dikalangan Orang Asal.

Kemudian, Sdr Razak Hussain, yang pernah bertugas dengan rangkaian kedai Felda, menyertai saya dengan menjadi anggota PKR.

Dihadapan kami amatlah gelap kerana tidak ada penyokong yang boleh membantu kami.

Pada waktu itulah saya mengambil peluang untuk mencetak ribuan risalah parti dan kami bertiga edarkan dari rumah ke rumah.  Setiap minggu kami edarkan ke setiap buah rumah di DUN Jenderak.  Setiap edaran untuk sampai ke setiap buah rumah mengambil masa tidak kurang dari 3 hari.

Didalam tempoh yang pendek ramai penduduk Kuala Krau menawarkan diri untuk menyertai keanggotaan PKR.  Didalam tempoh beberapa minggu hampir 50 orang menjadi anggota baru dan dengan itu kami telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja.

Maka pada 27hb November 2007 sebuahg Jawatankuasa Penaja PKR Cabang Kuala Krau telah berjaya ditubuhkan.  Sdr Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR pada waktu itu telah hadir merasmikan penubuhan Jawatankuasa Penaja di sebuah rumah penyokong parti di Kg Paya Luas, Kuala Krau.

Pada sebelah malamnya telah diadakan Ceramah Umum di tempat yang sama dengan kehadiran beberapa orang pimpinan PKR, DAP dan PAS sebagai penceramah.  Kehadiran ceramah itu amatlah memuaskan dan memberikan satu galakan kepada kami untuk meneruskan perjuangan.

Usaha terus dilakukan.  Rakan-rakan dari Kuala Lipis dan Lanchang turut membantu kami.  Setiap hari kami membuat edaran rumah ke rumah dan semakin lama semakin ramai penduduk DUN Jenderak menawarkan diri menjadi anggota, dan dengan penambahan anggota itu kami berjaya menubuhkan sebuah ranting di Pekan Kuala Krau dengan semua anggota yang ada bersama kami tanpa mengira tempat menjadi anggota Ranting itu.

Kemudian dengan sedikit sokongan daripada Estet Kuala Tekal dan Kg Jenderak, kami menubuhkan Ranting kedua untuk PKR Kuala Krau.

Kami telah menjemput Manickavasagam dan rakan-rakannya untuk berceramah di pinggir Estet Kuala Tekal itu, dan tanpa sangkaan kami, Setiausaha Parti Gerakan Kuala Krau yang mendiami di Estet tersebut serta ahli-ahli Gerakan telah keluar parti mereka dan menyertai PKR.

Dengan perkembangan itu, kami berusaha untuk menyewa sebuah kedai untuk dijadikan Markas.  Amat sukar untuk mendapatkan tempat kerana apabila pemilik kedai itu mengetahui bahawa kami ingin menjadikan kedai sewa tersebut sebagai Markas parti, pemiliknya dengan lidah yang lembut mengatakan bahawa sudah ada orang lain menjelaskan deposit untuk menyewa kedainya.

Didalam pada itu kami sudah mulai bergerak di kalangan masyarakat Orang Asal di semua perkampongan OA di DUN Jenderak.  Approach kami di perkampongan itu agak berbeza dengan perkampongan Orang Melayu.

Orang Asal tidak menampakkan sikap kasar membenci parti pembangkang tetapi mereka adalah sangat ikhlas dan jujur.  Secara terbuka mereka menyatakan bahawa mereka tidak suka kepada PKR dan mereka adalah ahli-ahli UMNO.  Namun, mereka tidaklah memboikot kami.  

Saya mengambil masa untuk mendekati mereka, saya mendekati tokoh-tokoh tertentu dikalangan mereka.  Dan untuk menunjukkan keikhlasan saya, saya belajar bahasa mereka, iaitu bahasa Jahut, dan didalam pendekatan inilah saya mengkaji isu dan masalah yang menghantui masyarakat Orang Asal di sini.

Isu utama mereka pada waktu itu adalah isu tanah.  Tanah mereka sentiasa diceroboh oleh orang-orang luar khususnya mereka yang mempunyai akses kepada pimpinan UMNO setempat dan di peringkat Negeri.

Juga menjadi isu dikalangan mereka ialah masalah kemudahan awam.  Tidak ada bekalan elektrik, air dan perkhidmatan talipon.  Jalan yang merentangi kampong-kampong mereka ke Damak, Jerantut adalah didalam keadaan yang tidak baik.

Mereka juga dihantui oleh isu penangkapan keatas mereka jika mereka menyeberangi Sungai Krau untuk mencari kayu dan mencari rezeki yang lain kerana kawasan di seberang Sungai Krau itu telah digazetkan sebagai kawasan Perhilitan untuk kehidupan binatang liar, dan beberapa orang dari mereka sudah ditangkap dan dihadapkan di Mahkamah manakala alat-alat mesin seperti chain saw serta parang dan kapak mereka dirampas.  

PKR Kuala Krau berdiri teguh di belakang mereka dan didalam beberapa demo yang mereka adakan, kami dipinta turut hadir dan melahirkan solidariti kami dengan mereka.

Dengan tuntutan-tuntutan yang kami kemukakan kepada pihak-pihak jabatan berkenaan, kemudahan-kemudahan untuk perkampongan mereka telah diperolehi.  

Wakil Rakyat UMNO kawasan itu amat jarang melawat perkampongan mereka.  Lawatan-lawatan yang dibuat hanyalah semasa PRU sahaja.  Kini keadaan itu sudah berubah.  Wakil Rakyat itu sudah cukup rajin melawat perkampongan Orang Asal kerana cuba membendung pengaruh PKR yang semakin kehadapan.

Dengan usaha-usaha itu dan hubungan silaturrahim yang semakin rapat dan percaya mempercayai, ramai dari kalangan Orang Asal menyertai PKR.  Dengan itu kami berjaya menubuhkan Ranting PKR pertama diperkampongan Orang Asal DUN Jenderak di Kg Lubok Wong.  Orang-Orang Asal dari Kg Pian dan Kg Pasu juga menganggotai PKR Ranting Kg Lubok Wong.

Sokongan daripada kaum Jahut kepada PKR menjadi semakin merebak bukan sahaja untuk DUN Jenderak tetapi juga melewati perbatasan Daerah Temerloh dan Jerantut apabila penduduk kaum Jahut di Temerloh dan Jerantut mengambil kesempatan untuk menubuhkan ranting-ranting PKR di kampong-kampong mereka.

Perkembangan ini berlangsung selepas lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Pasu sebelum beliau mengadakan ceramah di Felda Jenderak Utara.

Perkhabaran pergerakan dikalangan Orang Asal Lubok Wong diterima baik oleh rakan-rakan mereka di Kg Pian, Kg Galung/Terbol, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Paya Mendoi, Kg Seboi, Kg Beredut, Kg Rekoh dan Kg Paya Pelong, dengan setiap kampong itu mempunyai Ranting PKR yang sentiasa bergerak.  Keanggotaan PKR dari kalangan Orang Asal di DUN Jenderak kini sudah mengampiri 700 orang anggota.

Di kampong-kampong Melayu pula, PKR berjaya menubuhkan ranting-ranting di Kg Gong Halt, Kg Dato Shariff Ahmad (yang melibatkan keanggotaan dari Kg Dato Shariff Ahmad, Kg Gajah Mati, dan Kg Jenderak), Kg Paya Luas, Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.  Bererti di semua perkampongan di DUN Jenderak sudah pun tertubuh ranting-ranting PKR.

Semasa menghadapai PRU ke-12 dulu, PKR Kuala Krau berada didalam keadaan yang kecil dengan hanya sebilangan kecil keanggotaan.

Pada waktu itu, PKR Kuala Krau tersangat dhaif dari sudut organisasi dan logistik.

Selepas PRU-12, PKR Kuala Krau telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pertamanya dengan pemilihan jawatankuasa parti mengikut keperluan Perlembagaannya.   Kini dihampir kesemua kampong sudah tertubuh ranting-ranting dan keanggotaannya semakin membesar.

Dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua anggota-anggota parti di DUN Jenderak sekarang ini, saya berpendirian positif bahawa jika PRU ini dijalankan dengan bersih dan adil, DUN Jenderak akan jatuh ke tangan Parti Keadilan Rakyat.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Pesta Ka’amatan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 May 2012 12:47 AM PDT

'Kopivosian Tadau Ka'amatan'

Kumaa montok tompinai ngawi, tulun momogun hinombo nopo, momason oku doh ‘Kotobian Tadau Kokotuan’. Iti noh tadau doh rumamai-ramai tokou ngawi, sampaganakan om sangkawalaian. Nga kada lihuai, momusorou doh menubak om momogirot doh pisompuruan. Gisom doh sogigisom.

Untuk Pesta Ka’amatan ini (30 Mei-31 Mei), saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari Ka’amatan kepada semua saudara dan adik-adik saya di Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Walaupun, sebilangan besar orang-orang Kadazan, Dusun dan Murut kekal dalam bidang pertanian, ramai telah meneroka industri perkapalan, seperti minyak dan gas dan perkhidmatan awam, namun, nilai dan simbol Pesta Ka’amatan tetap sama. Membawa rakyat bersama-sama untuk menunjukkan penghargaan “penuaian” melimpah-ruah dalam hidup dan kesinambungan budaya.

Pesta Ka’amatan perlu diiktiraf dan diraikan bukan sahaja sebagai acara setempat di Sabah, tapi acara Malaysia. adalah pusat kepada misi yang lebih besar bukan sahaja melindungi kepelbagaian tetapi untuk meraikannya. Sabah, menjadi negeri kedua terbesar di Malaysia, merupakan ahli penting kepada Persekutuan Malaysia.

Kuat dan penuh dengan potensi, kekayaan yang melimpah ruah adalah sumber utama Sabah, namun terus dinafikan hak tersebut kepada rakyatnya. Yang perlu diubah harus di realisasikan. Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juangkan demi Sabah. Kami bersuara dan berjuang untuk dasar-dasar ini: Menyelesaikan pertikaian tanah yang sekian lama; memberi Sabah 20% daripada pendapatan semua minyak dan gas; menginstitusikan kembali hak wilayah di Blok L dan M yang mempunyai minyak dan gas deposit; menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pendatang tanpa izin dan Borneonisasi perkhidmatan awam.

Kami berhasrat untuk menyelesaikan permasalahan ini apabila diberikan kuasa kelak.

Pakatan Rakyat tidak melihat Sabah sebagai deposit tetap bagi sesiapa; Sabah adalah lebih penting daripada sekadar undi. Ia haruslah ditentukan sendiri oleh rakyatnya.

Perubahan adalah apa yang Pakatan Rakyat juarai, dan yang pasti, demi pembebasan Sabah.

Sabah, bagi kami, merupakan rakan kongsi yang sama tarafnya dalam Persekutuan Malaysia.

Di masa hadapan, kami ingin melihat rakyat Sabah akan membentuk negeri mereka disamping membantu persekutuan yang lebih luas untuk menjadi lebih bersatu dan gagah.

Inilah semangat sebenar federalisme di Malaysia apabila ia dibentuk pada tahun 1963.

Hak negeri haruslah dilindungi dan dijamin, seperti termaktub dalam Perlembagaan kita.

Sabah tidak perlu lagi untuk menjadi orang kedua dalam politik Malaysia, terutama dalam perkara yang menjejaskan hak mereka.

Kita sedang menuju perubahan, dan ini adalah apa yang kita ikrarkan.

Saya ingin menyimpulkan dengan menyeru bahawa semua Pesta Ka’amatan di seluruh Sabah diadakan dalam semangat yang besar dan meraikan kepelbagaian. Diharapkan kepada mereka yang masih dalam perjalanan, selamat sampai ke halaman rumah masing-masing. Marilah bersama-sama menyertai kami dalam Pakatan Rakyat dalam merealisasikan sebuah negara Malaysia yang adil dan saksama.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.
===

Pesta Ka'amatan Address by Dato' Seri Anwar Ibrahim, Leader of the Opposition

'Kopivosian Tadau Ka'amatan'

Kumaa montok tompinai ngawi, tulun momogun hinombo nopo, momason oku doh ‘Kotobian Tadau Kokotuan’. Iti noh tadau doh rumamai-ramai tokou ngawi, sampaganakan om sangkawalaian. Nga kada lihuai, momusorou doh menubak om momogirot doh pisompuruan. Gisom doh sogigisom.

For this Pesta Ka'amatan (May 30-31) I would like to extend my greetings of a good "harvest" to all my brothers and sisters in Sabah, especially the Kadazan, Dusun and Murut communities.

Though, substantial numbers of Kadazan, Dusun and Murut peoples remain in agriculture, many have ventured to industries like shipping, oil and gas and the civil service, the value and symbol of Pesta Ka'amatan remains the same. Bringing its peoples together to show appreciation of a bountiful "harvest" in life and the continuation of culture.

Pesta Ka'amatan should be recognised and celebrated not only as a Sabah event — but a Malaysian one.

Sabah's multiculturalism is central to the larger mission to not only protect diversity but to celebrate it.

Being Malaysia's second largest state it is a crucial member of the Federation of Malaysia.

Strong and full of potential, resource-rich Sabah's considerable wealth is denied to a majority of its people.

That must change, that will change. Change is what Pakatan Rakyat champions for Sabah.

We have spoken and fought for these policies: Resolve long-standing native land disputes; giving Sabah 20% of all oil and gas revenues; reinstituting territorial rights on Block L and M which has oil and gas deposits; a Royal Commission of Inquiry into illegal immigrants and the Borneonisation of the state civil service.

We intend see them through when we assume federal power.

Pakatan Rakyat does not view Sabah as the fixed deposit for anyone; Sabah is more important than just votes. It is made of people who matter, people who must be allowed to meet their destiny as a people.

Change is what Pakatan Rakyat champions for Sabah, to liberate Sabah.

Sabah for us is an equal partner in the Federation of Malaysia.

In our vision of the future, Sabah will shape their state while aiding the wider federation to become more unified and strong.

This is the true spirit of federalism Malaysia espoused when it was formed in 1963.

State interest and future must be protected and guaranteed, as stipulated in our Constitution.

Sabah must cease to play second fiddle in Malaysian politics, especially in matters affecting them.

This is where we are heading, this is what we are promising..

I would like to conclude by wishing that all the Pesta Ka'amatan reunions all across Sabah are held in the great spirit of rejoicing a proud and vibrant culture. That those travelling back after the holidays will have safe journeys home, and everyone join us in Pakatan Rakyat in realising a Malaysia for all its peoples equally.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Liberal International (LI) President condemns the new politically motivated process against Anwar Ibrahim

Posted: 30 May 2012 12:08 AM PDT

LI President Hans van Baalen MEP has condemned the recent charges brought against Anwar Ibrahim, Leader of the Opposition in Malaysia and of the People Justice Party (LI observer member party), for "violating a public assembly law" and for "disobeying a court order" during an electoral reform rally which ended in chaos after police fired teargas and water cannon into crowds on 28 April 2012.

"The international community had it eyes on focused South East Asia in the past few months following the positive democratic opening of Burma and the election of Aung San Suu Kyi in the Burmese parliament. Instead of having even more encouraging messages from the region, Malaysia has sent a message of regress. It became a habit of the current Malaysian government to make one step forward and two steps back in introducing greater freedoms and real democracy in the country. The latest harassment of the leader of the opposition Anwar Ibrahim is unacceptable and raises serious concerns ahead of the next general elections", said LI President Hans van Baalen MEP.

He continued: "I know Anwar Ibrahim very well. We have met in several occasions in Kuala Lumpur and at Liberal International events. He is a decent man, who believes in freedom for all, democracy and justice. The latest charges against him are politically motivated, and he is not a problem. The problem is the legislation that the government of Malaysia has to amend, allowing its citizens freedom of assemble and voice out their opinion. The problem is the lack of understanding by the Malaysian government that the opposition should be included in building the Malaysian democracy and not harassed or demonised."

LI President Hans van Baalen concluded: "I express my full support to Anwar Ibrahim in this new legal struggle imposed on him by the Malaysian authorities. And on behalf of Liberal International I voice again our clear support to our members in Malaysia Gerakan and PKR, which consistently fight for introduction of more civil rights and liberties in their country."

Note for the Editors:

The charges filed Tuesday against Anwar Ibrahim come just four months after he was acquitted of sodomy charges that he claims were an attempt to damage him politically. He said the new accusations, ahead of national elections that many speculate will be held by September, have the same motive.
Anwar Ibrahim was a key note speaker at the LI Congress in Cairo in 2009, and leads the People’s Justice Party (PKR) that is LI Observer Members.

The Hague/London, 29 May 2012

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim at risk of imprisonment

Posted: 30 May 2012 12:01 AM PDT

Press release, 22 May 2012

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim at risk of imprisonment

After charges were brought against the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim for alleged violations of the Peaceful Assembly Act, Dr Thomas Gambke, who supports Anwar Ibrahim as part of a special partnership under the "Parliamentarians Protect Parliamentarians" programme, has issued the following statement:

Worrying news is emerging from Malaysia. The opposition leader Anwar Ibrahim and another member of the opposition have been charged with violating the Peaceful Assembly Act, a new law which severely curtails the right to demonstrate. Fears that this law would make it impossible for Anwar to be effective in his work as leader of the opposition are evidently justified. The Malaysian opposition is, in practice, denied access to the media, particularly television. Public ap-pearances are the only way to inform the country's citizens about the opposition's political aims.
This new attempt to sideline the opposition's charismatic leader reveals a frighteningly undemo-cratic mentality on the part of the current governing party.

In January, a court was forced to acquit Anwar Ibrahim of the charge of homosexuality, which is a criminal offence in Malaysia, after it became clear that he had been framed and the allegations could not be sustained. In the last elections in 2008, the opposition won in five of Malaysia's thirteen states and provided the Chief Minister (head of government) in these states. It is believed that the opposition could win a sizeable majority in the forthcoming elections.

 

DR. THOMAS GAMBKE
Chairman of German Parliamentary Friendship Group for Relations with ASEAN States

Re-Tabling Of National Budget And Necessity For An Economic Debate

Posted: 29 May 2012 11:42 PM PDT

The slower Gross Domestic Product (GDP) growth of 4.7% for the first quarter of 2012, as announced recently by Bank Negara Malaysia (BNM), has a serious repercussion on Malaysia's public finances. It is the second time that Dato' Seri Najib Tun Razak's administration failed to achieve important economic targets which were the basis for the National Budget of 2012. While the GDP growth of 5.1% for 2011 was at the lower end of the projected range of 5.0%-5.5% used as assumptions by Barisan Nasional in the budget, Dato' Seri Najub obviously missed the 16.2% growth target for private investment in 2011, which turned out to be only 14.4%.   
 
I have cautioned Dato' Seri Najib that his tendency to manipulate economic growth projections that enables him to flaunt a much lower but unrealistic deficit-to-GDP ratio target is irresponsible. During the debate on 2012 Budget in Dewan Rakyat on 10 October 2011, I had also argued that the economic assumptions used (i.e. 5.0% – 5.5% and 5.0% – 6.0% growth for 2011 and 2012 respectively) were seriously flawed.
 
It is now clear that the assumptions used to develop the 2012 Budget are off-tangent, not valid and unrealistic from the start. The downgrade on 21 March 2012 by BNM to the official GDP growth guidance for 2012 to a 4.0% – 5.0% range, way below the 5.0%-6.0% range used as assumptions for Budget 2012 vindicated my earlier call to re-table the Budget 2012.
 
I therefore reiterate my call made in the Dewan Rakyat previously that the Budget 2012 should be re-tabled for a debate in the June 2012 session of the Parliament because the growth assumptions were unmistakably wrong. If Barisan Nasional continues to spend in 2012 according to the current budget, this may have a severe impact on the budget deficit, both in terms of amount and share of GDP, which could swell the public debt even further with public debt-to-GDP ratio breaching the 55% statutory limit.
 
Dato' Seri Najib's misleading remark that Pakatan Rakyat does not intend to implement economic policies expounded so far also warrants a closer scrutiny. He specifically misled the public when he accused Pakatan Rakyat of promising a RM4,000 minimum wage.
 
Pakatan Rakyat proposes a radical approach to undo the continuing economic decay due to Barisan Nasional's mismanagement and misappropriation. One of the most radical economic realignments proposed is to shift the policy focus from the much abused 30% equity target for Bumiputra currently pursued by Barisan Nasional; towards an income-based economic target of RM4,000  minimum household income for each family within 5 years of Pakatan's administration. Apparently, Dato' Seri Najib has failed to distinguish the difference between a legally instituted minimum wage that employers are required by law to offer to all employees and a minimum household income that Pakatan Rakyat strives to offer to the rakyat within 5 years in power.
 
The 30% Bumiputera equity target has been hijacked by cronies and special interests to enrich themselves at the expense of the general public. The disparity between rich and poor widens significantly as a result of the abuses perpetrated in the name of achieving the 30% equity target.
 
A more equal and yet cost-effective management of the country's wealth should rightly focus on ensuring every family can prosper economically under the Malaysian sun. Every family's income must rise in tandem with the rise in cost of living. Every family must earn above poverty level so as to be able to invest in the future of their children.
 
Thus, the economic target set by Pakatan Rakyat that the combined income of each Malaysian family should be at least RM4,000 a month is not only morally right but achievable through a combination of pro-rakyat economic policies proposed.
 
Dato' Seri Najib should not criticise our economic policies when he keeps avoiding a public debate on such policies. If he is confident that Pakatan Rakyat will not be able to deliver its economic promises, he must be bold enough to defend his conviction in a public debate.
 
His refusal to debate with me on economic policies can only confirm the assertion that he is leading a weak government – economically, morally and intellectually.
 
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
30 MAY 2012

Pembentangan Semula Belanjawan Negara Serta Keperluan Diadakan Debat Ekonomi

Posted: 29 May 2012 11:11 PM PDT

Pertumbuhan ekonomi yang lembap iaitu pada kadar 4.7% dalam 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara. Ini adalah kali kedua pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012. Bukan sahaja beliau gagal memenuhi sasaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011, pentadbirannya juga tidak berjaya melepasi sasaran pertumbuhan pelaburan swasta pada takuk 14.4% sahaja (berbanding sasaran 16.2%).
 
Saya telah mengingatkan Dato’ Seri Najib bahawa kecenderongan beliau memanipulasi unjuran pertumbuhan ekonomi untuk mempamerkan angka defisit yang lebih rendah adalah tidak bertanggungjawab. Ketika perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2011, saya juga telah menegaskan bahawa andaian ekonomi yang digunakan (iaitu pertumbuhan 5.0% – 5.5% dan 5% – 6% untuk tahun 2011 dan 2012) adalah tidak tepat.
 
Kini terbukti bahawa andaian tersebut yang digunapakai dalam perancangan Belanjawan 2012 bersifat tidak absah. Pengumuman Bank Negara Malaysia pada 21 Mac 2012 yang menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 kepada 4% hingga 5% sahaja menyetujui gesaan saya supaya Belanjawan 2012 dibentangkan semula.
 
Oleh itu, saya ulangi gesaan yang dibuat di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa Belanjawan 2012 seharusnya dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi bulan Jun ini memandangkan andaian pertumbuhan yang digunakan adalah salah. Jika Barisan Nasional berterusan membelanjakan wang negara berdasarkan belanjawan tersebut, ini akan memberikan kesan parah terhadap kadar defisit dan ianya boleh melangkaui had 55% nisbah hutang negara berbanding KDNK.
 
Kenyataan mengelirukan oleh Dato’ Sri Najib bahawa Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk melaksanakan kebijakan ekonomi yang jelas setakat ini juga perlu disanggah. Beliau secara jelas telah mengelirukan khalayak rakyat tatkala menuduh Pakatan Rakyat menjanjikan gaji minima sebanyak RM4,000.
 
Pakatan Rakyat mencadangkan pendekatan tuntas untuk mengatasi kemerosotan ekonomi kesan ketidakcekapan tatakelola dan penyelewengan Barisan Nasional. Satu daripada penjajaran semula ekonomi yang dicadangkan adalah dengan mengubah dasar yang menumpukan kepada sasaran ekuiti 30% Bumiputera yang disalahguna oleh Barisan Nasional; kepada sasaran ekonomi berteraskan pendapatan minima RM4,000 sebulan untuk setiap isi rumah bagi setiap keluarga dalam tempoh lima (5) tahun tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat. Malang sekali apabila Perdana Menteri Malaysia tidak dapat membezakan di antara gaji minima yang dikuatkuasa melalui undang-undang buruh dan sasaran pendapatan isi rumah yang dicapai melalui kebijakan ekonomi.
 
Sasaran ekuiti 30% Bumiputera telah dimanipulasi oleh kroni dan pihak berkepentingan untuk memperkayakan diri mereka sedang rakyat jelata terus sengsara. Jurang di antara kelompok kaya dan miskin semakin meluas dengan ketara akibat penyelewengan yang dilakukan kononnya atas keperluan mencapai sasaran 30% ekuiti ini.
 
Pengurusan kekayaan negara secara lebih adil seharusnya ditumpukan untuk memastikan setiap keluarga menikmati mutu hidup yang baik. Pendapatan setiap keluarga mesti ditingkatkan sejajar dengan peningkatan kos kehidupan. Setiap keluarga mesti meraih pendapatan yang lebih tinggi dari garis kemiskinan supaya mampu membuat pelaburan untuk masa depan anak-anak mereka.
 
Justeru, sasaran ekonomi yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat agar jumlah pendapatan setiap keluarga di Malaysia sekurang-kurangnya mencecah RM4,000 sebulan bukan saja tepat secara moral, bahkan mampu untuk dicapai menerusi gabungan dasar ekonomi pro-rakyat yang dicadangkan.
 
Dato’ Seri Najib tidak sewajarnya mengkritik dasar-dasar ekonomi Pakatan Rakyat apabila beliau sendiri terus mengelak untuk berdebat secara terbuka tentang dasar-dasar tersebut. Jika beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak berkemampuan untuk melaksanakan tawaran-tawaran ekonomi tersebut, beliau seharusnya berani untuk mempertahankan pendirian beliau itu dalam perdebatan terbuka.
 
Keengganan beliau untuk berdebat dengan saya berkaitan dasar-dasar ekonomi hanya mengesahkan dakwaan mutakhir ini bahawa beliau sememangnya memimpin sebuah kerajaan yang lemah – baik dari aspek ekonomi, moral dan juga intelektual.
 
 
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
30 MEI 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


LAPORAN KHAS : Isu Bukit Botak

Posted: 29 May 2012 10:15 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Posted: 30 May 2012 12:23 AM PDT


Ceramah Chegu Bard


Penceramah : Chegu Bard (Ketua SAMM Malaysia)
Dr Muhd Nur Manuty (Pengerusi MPN Perak)

Tarikh : 1 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang,
Taman Molek, Simpang, Taiping.


Anjuran : Keadilan Cabang Bukit Gantang

Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai