Selasa, 7 Februari 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan

Posted: 07 Feb 2012 08:11 PM PST

Sivarasa telah diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan, Rukun Tetangga, Vista Subang bersama dengan Ahli Majlis zon, Sdr Khairul Anuar.
Walaupun kawasan ini dianggap "kubu UMNO", namum, Sivarasa tidak menolak jemputan kerana beliau adalah wakil rakyat untuk semua warga kawasan Parlimen Subang dan berkhidmat untuk kepentingan semua tanpa mengira pemahaman politik individu.



SIVARASA - Rapat bersama Rakyat

Posted: 07 Feb 2012 07:54 PM PST

Sivarasa adalah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang rapat dengan rakyat. Beliau mengamalkan prinsip bahawa Wakil Rakyat dilantik rakyat dan seharusnya berkhidmat untuk rakyat. Justeru, tidak seharusnya wujud halangan antara rakyat dengan wakil rakyat.
Sebab itulah, kini apabila memberi ucapan, Sivarasa lebih selesa berdiri bersama rakyat daripada berdiri disebalik rostrum atau meja.

Diperasmian Mesyuarat Tahunan RT - Vista Subang

Diperayaan Tahun Baru Cina-Kpg Cina Sg Buloh

DiJamuan Tahun Baru Pusat Hemodialisis, Aman Puri

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Zaid berpolitik macam main guli....!

Posted: 07 Feb 2012 07:14 PM PST

Kalau PKR, PAS atau DAP mengumumkan bahawa parti-parti itu akan dibubarkan oleh pimpinannya, maka seluruh Negara pasti akan gempar kerana parti-parti yang bergabung didalam Pakatan Rakyat itu hanya berada satu anak tangga lagi untuk mengambil alih Putra Jaya.

Tetapi kalau parti-parti seperti KITA, Malaysian Democratic Party atau parti-parti nyamuk yang lain mengumumkan akan dibubarkan, tak terangkat pun bulu kening!

Tidak sedikit pun hati saya tercuit apabila Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa parti itu akan dibubarkan.  Sebelum Zaid Ibrahim membuat penguman itu sudah ramai pimpinan Pusatnya sudah pun keluar dari parti itu, bahkan KITA Negeri Melaka telah lebih awal dibubarkan dengan keseluruhan anggota parti itu menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Orang-orang kuat Zaid didalam KITA sudah terlebih awal meninggalkannya.  Hanya kita mahu tunggu apakah komen dari Raja Petra, sahabat Zaid yang karib didalam perkara ini!

Zaid berada didalam UMNO, pernah menjadi Ahli Parlimen UMNO, pernah digantung dari UMNO kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati beliau terlibat dengan politik wang walaupun dinafikan oleh Zaid.

Beliau pernah juga dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Menteri.  Diatas kononnya bahawa beliau tidak serasi dengan kepimpinan UMNO/BN diatas isu-isu yang melibatkan undang-undang kontrobesi seperti ISA, beliau meletakkan jawatannya, dan dengan tidak banyak membuang masa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat, segala pujian diberikan kepada PKR dan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Namun apabila beliau ingin melangkah terlalu cepat didalam parti sedangkan beliau tidak pernah diuji didalam PKR, beliau memilih bertanding bertanding untuk jawatan No. 2 didalam parti.  Sebagai seorang Anggota parti, memang beliau berhak bertanding apa jua jawatan didalam parti, tetapi beliau memilih untuk berkonfronatasi dengan pucuk pimpinan parti dengan menghemburkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya terhadap Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali.

Azmin Ali dicop oleh penyokong-penyokong Zaid sebagai yang tidak ada pendirian tetapi sekadar menyokong Anwar Ibrahim dengan tidak merujuk kepada perjuangan Azmin yang berada bersama PKN/PKR dari peringkat awal parti itu ditubuhkan mengharungi segala suka-duka dan turun naik didalam parti, dan berhadapan dengan fitnah dan kezaliman dari UMNO/Barisan Nasional.

Zaid tidak pernah berjuang didalam PKR dan tidak pernah menjadi akar umbi didalam parti.  Beliau menyertai PKR dan terus diberikan penghormatan yang melampau-lampau didalam parti sehingga sikap Anwar Ibrahim yang nampak memberikan keutamaan kepada Zaid dianggap oleh ramai anggota-anggota parti sebagai tindakan yang tidak kena pada tempatnya.

Kemuncak kepada keyakinan Anwar, Zaid dipilih pula sebagai calon di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. 

Ramai anggota parti bersyukur bahawa Zaid tidak menang di Hulu Selangor, dan jika beliau menang, lebih parah parti menanggung risiko serangan dari Zaid dan kumpulannya serta semua media pro-UMNO/BN.

Zaid menubuhkan KITA dengan tergesa-gesa kononnya untuk menjadi tenaga ketiga di Negara ini dan kononya bertujuan untuk menenggelamkan PKR.

Ada beberapa pimpinan PKR di peringkat Negeri-Negeri telah terikut-ikut beliau.

Saya kasihan kepada pimpinan ex-PKR di negeri-negeri.  Dengan pembubaran KITA nanti kemanakah mereka mahu pergi?  Menyertai PKR?  Kajian mendalam perlu dibuat kepada mereka itu kerana terlalu mudah menikam parti semata-mata melihat akan hujan emas yang dijanjikan oleh Zaid.

Menyertai PAS?  Itu adalah satu kemungkinan tetapi adakah mereka itu akan menjiwai PAS?  Atau adakah mereka akan menyertai DAP?  Tidak mustahil juga mereka akan menyertai UMNO, MCA, MIC atau Gerakan!

Mereka akan terumbang-ambing.  Kesemua ini adalah gara-gara Zaid ingin mahu naik cepat dan bermain politik seperti kanak-kanak bermain guli.

Posted: 06 Feb 2012 11:44 PM PST


Fellicia Ling, sebelum pemilihan Pimpinan Pusat PKR dulu, adalah seorang yang tidak henti-henti turun ke Kuala Krau.  Serata-rata tempat kami bawa dia pergi, baik di perkampongan Orang Asal, di Rancangan Felda, di Kg Tradisional Melayu dan di pekan Kuala Krau.

Tak kira di mana, beliau dapat menyesuaikan diri, dan ceramahnya juga bersesuaian dengan keadan tempat.  Beliau sangat diminati oleh hadirin di Kuala Krau.

Selepas pemilihan pimpinan PKR Pusat beliau membekukan diri, tidak lagi dengar khabar berita.  Beliau masih lagi menjadi Timbalan Ketua Cabang PKR Cheras dan menjadi Anggota Jawatankuasa Wanita PKR Pusat (menang dengan pemilihan).

Baru-baru ini Sdr Azmi Zainon memberitahu saya bahawa Fellicia boleh dihubungi walaupun beliau kini agak sibuk dengan urusan perniagaan dan guamannya.

Semoga untuk PRU ini beliau akan dapat hadir membantu PKR Kuala Krau kerana beliau sendiri yang dicadangkan untuk bertanding di beberapa tempat yang berisiko rendah tetapi beliau memilih untuk tidak mahu bertanding.

Semoga Fellicia akan bersama kami kelak.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 01:38 AM PST



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

Ceramah DUN Paroi, Kota 11 dan 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 06:14 PM PST



CERAMAH DUN PAROI
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
YB Dr Dzulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
Mohd Hakki Bawadi , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir

CERAMAH DUN KOTA
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau, Rembau
Penceramah :
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Sani Hamzan , Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
Hisammuddin Sulaiman , Ketua Penerangan PAS Sabah
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Semua dijemput hadir

Peta ke Pasti Al Amal dan Pasti Al Amin di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/02/ceramah-dun-paroi-kota-11-dan-12-feb.html

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


AIR SELANGOR : KHIR TOYO KHIANATI AMANAH

Posted: 07 Feb 2012 02:43 AM PST














Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya.

PETALING JAYA: Kenyataan mantan Menteri Besar, Dr Khir Koyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.

"Sesungguhnya (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin dalam satu kenyataan media.

Faekah berkata, sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri.

"Kenyataan dan penafian Khir seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno yang tidak mahu melindungi kesalahan beliau hingga tertuduh di mahkamah, sedangkan Umno sentiasa melindungi pemimpin mereka yang melakukan kesalahan pecah amanah dan rasuah.

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi (Menteri Pembangunan Wanita Kebajikan dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal lembu NFC," jelas beliau.

Katanya, sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.

"Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.

"Khir tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno kerana (Pengerusi Syabas) Tan Sri Rozali Ismail merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu," terang beliau.

Faekah menerangkan bahawa Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi kerajaan negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir gagal bertindak sewajarnya.

"Adakah Khir mahu mengatakan bahawa beliau tidakpun membaca isi kandungan perjanjian tersebut? Adakah Khir mahu mengakui bahawa beliau tidak ada pengetahuan bahawa di dalam perjanjian tersebut bahawa Syabas boleh menaikkan tarif air sehingga 71% pada tahun 2020?

Syabas syarikat kroni Umno

"Selaku MB tidakkah Khir tahu bahawa selama ini Syabas menggunakan aset air rakyat Selangor bernilai RM12 bilion secara percuma?," soal beliau.

Di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.
Ujar beliau, "hal ini membuktikan kegagalan penswastaan. Meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi."

Katanya, Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu – untuk mengkayakan kaum kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.

"Khir tidak boleh menafikan, ketika zaman kegemilangannya sebagai Menteri Besar beliau telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun).

"Lebar Daun ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik."

Hutang Unisel ratusan juta

Menurutnya, kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang terpaksa ditanggung kerajaan hari ini.

"Lebih malang lagi, sehingga hari ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat," jelas beliau.
Katanya lagi, di bawah pentadbiran Khir yang merupakan Menteri Besar hasil produk Tun Dr Mahathir, banyak projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri.

"Atas nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang kebanyakannya adalah milik kroni Umno-BN sedangkan hakikatnya tiada pengalaman dalam projek pembinaan.

"Akibatnya tanah-tanah tersebut tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah diisytiharkan muflis," terangnya.

Namun begitu katanya, beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Khir telah mengangkat tangan kononnya serik menjadi MB Selangor dan tidak mahu bertanding di dalam PRU yang akan datang. "Namun rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya masih menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mungkin menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak akan melawan lagi. "Namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor, Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah yang diberikan," ujar Faekah.

FMT pada 5 Februari lalu, melaporkan kenyataan Khir yang menafikan bahawa beliau menyerahkan pengurusan air Selangor kepada Syabas tetapi sebaliknya beliau menyerahkannya kepada kerajaan pusat. "Kerajaan Pusat yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik Syabas untuk menguruskannya. Saya tidak terbabit kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kepada Puncak Niaga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Glenmarie.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Tarikh PRU13

Posted: 06 Feb 2012 04:30 AM PST

Sehari dua ni beberapa ceramah di kawansan Parlimen Bukit Gantang banyak menyentuh hal tarikh pilihanraya. Kita bagaikan tak sabar-sabar untuk mengambil alih pimpinan Malaysia. Alhamduliilah kemenangan nampak akan meyebelahi kita. Blog-blog juga memberi gambaran pilihanraya ke 13 akan berlaku sekitar bulan Mac 2012. Tak dinafikan kami juga teruja untuk menanti keputusan PRU13.


Sedar atau tidak dengan berlangsungnya PRU13 pada masa terdekat, maka kita sekali lagi dinafikan dan tertipu oleh Barisan Nasional (BN). Tuntutan pada BERSIH 2.0 seperti imej.


Tuntutan BERSIH 2.0 belum lagi dibuktikan tertunai. Cuma penggunaan dakwat kekal saja dijanjikan untuk ditunaikan. Mengimbau kembali peristiwa PRU12, penggunaan dakwat kekal juga ditarik balik hanya beberapa hari sebelum tarikh membuang undi dan kita kini tahu atas pengakuan pimpinan negara sendiri ia sebenarnya diarah oleh pimpinan BN. Jadi jangan yakin penggunakan dakwat itu akan terlaksana pada PRU13.


Jika terlaksana juga PRU13 sebelum tuntutan BERSIH 2.0, ia membawa maksud BN tidak pernah ada niat untuk menunaikan apa-apa pun yang dituntut oleh BERSIH 2.0 malah kita telah dipermainkan dengan janji itu dan ini. 


Apapun Malaysialah antara negara yang tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PMnya sahaja. Jika ia berlaku esok, Keadilan Bukit Gantang telah bersedia dengan calun-calun terbaik dan telah diuji untuk kedua dua DUN yang diamanahkan. Changkat Jering dan Kuala Sepetang.