Khamis, 20 Disember 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kedahkini: Panas ! Isa Samad Kecut Perut...Cuba gagalkan Road...

Posted: 20 Dec 2012 03:03 PM PST

Kedahkini: Panas ! Isa Samad Kecut Perut...Cuba gagalkan Road...: Isa Samad dan Faizoull Ahmad dikhabarkan semakin mengelabah semenjak bekas pengarah Eksekutif Felda Hj.Md Said menyertai PAS dimaklu...

Kerusi roda untuk Chor Boas

Posted: 20 Dec 2012 02:33 PM PST

Tanpa pengetahuan saya atau mana-mana Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Chim bin Ni, Ketua Ranting PKR Kg Penderas telah membuat permohonan lisan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim semasa DSAI membuat lawatan ke Kg Penderas pada 18hb November 2012 yang lalu.

Kerusi roda itu adalah untuk isterinya yang lumpuh, Pn Chor binti Boas.

Walaupun saya sentiasa pergi ke Kg Penderas, tetapi saya tidak dimaklumkan bahawa Chor Boas ini mendapat sakit lumpuh dan tidak dapat bergerak.  Dan tiada sesiapa pun termasuk Chim bin Ni yang memberitahu saya.

Beberapa hari lepas, semacam sebutir bomb telah digugurkan di kepala saya dengan hujanan soalan samada Dato Seri Anwar Ibrahim sudah menyerahkan sebuah kerusi roda untuk diserahkan kepada Chor.  Saya memanglah terpinga-pinga dan saya kemukakan dengan soalan balas.  "Bilakah permohonan kepada DSAI dibuat?"

PKR Cabang Kuala Krau telah memberikan berbagai bantuan kepada Ibu Tunggal, Orang-Orang Tua, golongan OKU dengan berbagai bantuan yang termampu.  Dan kerusi roda untuk mereka yang lumpuh sudah tentu boleh disediakan oleh PKR Cabang ini.

Sebaik saja saya mendapat tahu akan kedudukan ini, saya terus membeli sebuah kerusi roda untuk Chor Boas dan semalam (20.12.12) jam 5.00 petang, saya dan Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bersama Jawatankuasa PKR Ranting Kg Penderas telah menyerahkan sebuah kerusi roda kepada Chor serta membawa sedikit bekalan makanan untuk keluarga itu.

Sebelum menyerahkan kerusi roda itu, kawan-kawan meminta saya duduk diatas kerusi roda itu (gambar tak perlu tunjuklah ya?  Kerana gambar itu boleh didapati di dalam fb Sdr Azmi Zainon, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau) dengan menggayakan sebagai seorang yang lumpuh.

Iwak-iwak (kanak-kanak yang ramai hadir itu) ketawa-ketawa melihat lakonan saya, dan rupa-rupanya gambar yang diambil oleh Sdr Azmi yang dimasuk terus kedalam fb telah turut mencuit hati kawan-kawan fb.
Maka mencurah-curahlah panggilan melalui handphone saya bertanyakan jenis penyakit saya dan apa bantuan yang mereka boleh berikan kepada saya.

Saya bermohon banyak-banyak maaf kepada rakan-rakan fb bahawa saya tidak diserang oleh sebarang penyakit, kesihatan saya adalah top form, dan masih mampu berkebun dengan garang dan menampal poster dan membuat edaran rumah ke rumah, dengan izin Allah swt.

Dan saya tak akan melakonkan perbuatan seumpama itu lagi.

Kepada Chor binti Boas, saya ucapkan semoga penyakitnya sembuh dan kembali kepada kehidupan seperti biasa.

JALAN PULANG: KANTOI! Bekas Wartawan Suara Keadilan Ejen Umno?

Posted: 20 Dec 2012 02:01 PM PST

JALAN PULANG: Apa Sebab Kita Kena Turun Ke Jalan Raya Pada #KL11...

Posted: 20 Dec 2012 01:55 PM PST

JALAN PULANG: Apa Sebab Kita Kena Turun Ke Jalan Raya Pada #KL11...: Ada yang bertanya kepada saya, apa pentingnya kita mesti turun ke jalan raya dan berarak ke Stadium Merdeka pada hari Sabtu, 12 Januari 2...

Tiada ulasan: