Sabtu, 1 Disember 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Benarkah Musa Hasan serius mendedahkan salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri?

Posted: 01 Dec 2012 03:01 PM PST

Apabila Musa Hasan menarik balik samannya terhadap Anwar Ibrahim, saya berpandangan bahawa beliau terpaksa berbuat demikian kerana takut kalah di dalam perbicaraan nanti.  Semua orang tahu bahawa Musa Hasan memainkan peranan bodoh didalam episod perbicaraan terhadap Anwar.

Dia adalah "pengangkut" tilam, seorang pegawai tinggi polis kerjanya mengosong tilam dari hari ke hari untuk dijadikan bukti di Mahkamah.

Kesan yang nak ditunjukkan ialah kesan air mani yang begitu luas diatas tilam itu seolah-olah air mani itu begitu banyak semacam air kencing.  Punya bodoh punya pegawai polis!

Didalam episod kedua pula dia memainkan peranan bodoh lagi.  Bodoh diepisod pertama, terus bodoh dan memperbodohkan diri di episod kedua.  Dan dengan kebodohan itu, tentulah dia takut kalah didalam samannya terhadap Anwar.

Mungkin pemikirannya sudah tidak tenteram.  Dia sudah mulai rasa bersalah kerana peranannya yang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai peranan paling bodoh untuk seseorang pegawai tinggi polis.

Dengan kesedaran itu mungkin dia menarik balik samannya terhadap Anwar.

Tetapi kalau dia benar-benar insaf, dia akan menemui Anwar dan memohon maaf dan selepas itu bertaubat.  Ada dia lakukan?  Setakat ini tak ada.

Diwar-warkan dia akan masuk sebuah parti politik didalam Pakatan Rakyat.  Itu mungkin benar atau tidak.

Sekarang dia mula mendedahkan peranan Menteri Dalam Negeri yang telah menyalahgunakan kuasa.  Tetapi disambung ceritanya dia sangat keciwa kerana tidak disambung khidmatnya sebagai seorang Ketua Polis Negara.  Kalau itu benar, maka kemarahan dia terhadap Hishamuddin adalah isu peribadi, bukan isu awam, bukan isu rakyat, dan bukan isu keinsafan.

Kita nak tengok adakah dia akan buat laporan Polis.  Adakah dia akan dedahkan salahgunakuasa Menteri itu, atau adakah dia hanya sekadar bermain politik untuk mendapatkan perhatian semoga dapat diberikan ganjaran?

Saya benar-benar meluat menengokkan peranan jahat, zalim dan bodoh yang telah dia mainkan terhadap Anwar.  Manusia ini sukar saya maafkan.  Walaupun benar dia nanti dedahkan salahguna kuasa Menteri itu, saya tetap memandangnya dengan jijik.

Apa kata kalau Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, dah tentu Anwar pada hari ini tinggal didalam penjara.  Dan Anwar pada hari ini bebas menjalankan kegiatan ikhlasnya berpolitik bukan kerana tindakan Musa Hasan, tetapi kerana tindakan Musa Hasan yang bodoh itu telah menyebabkan Mahkamah tidak percaya kepada semua rikaan-rikaan yang dibuat oleh team Musa Hasan.

Dan biarlah seluruh rakyat Malaysia memaafkan Musa Hasan, tetapi tidak AKU!  Go to Hell!!

Tiada ulasan: