Jumaat, 28 Disember 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Harga saham FGV jatuh sekejap bawah IPO

Posted: 28 Dec 2012 02:50 AM PST

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) saham jatuh sekejap pagi ini di bawah harga tawaran awam (IPO) RM4.55.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi harga merosot kepada RM4.53 selepas dibuka pada harga RM4.55.

NONEBerlegar sekitar harga IPO pada RM4.56 selepas itu, harga pada 
waktu makan tengahari bertambah baik sedikit, naik kepada RM4.57.

Menurut portalThe Edge Financial Daily, moratorium enam bulan kepada pelabur awal yang melarang mereka menjual saham tersebut, berakhir semalam.

Ia menyatakan bahawa kemasukan ke FTSE Bursa Malaysia Komposit Indeks KL (KLCI) yang kebetulan dengan tempoh berakhir moratorium FGV, tidak banyak membantu melonjak harga saham itu.

NONEPada masa penyenaraian kontroversinya pada bulan Jun, IPO 
FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc

Saham itu melonjak kepada RM5.55 sejurus selepas penyenaraian, tetapi sejak itu, harganya telah menurun.

Ia mencecah rekod terendah RM4.50 pada minggu pertama Disember.

1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan

Posted: 28 Dec 2012 02:44 AM PST


Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

NONEPerarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

NONEMereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak PengerusiNONEFelda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.
"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka danNONEbencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda MalaysiaNONE(MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" danNONE"Zalim...zalim... Mazlan Aliman Zalim".
Kumpulan dari MBFM itu tiba pada jam 2 petang, manakala kumpulan ANAK pula tiba setengah jam kemudiannya.
Berikutan itu, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.
Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil NONEdaripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepasNONEmenyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya.

Konvoi Oren desak polis tahan Ketua Pemuda Umno Jempol

Posted: 27 Dec 2012 09:36 PM PST

dipetik daripada FMT.com


Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka telah merancang mengadakan sekatan jalan sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
JEMPOL: Timbalan Pengarah Konvoi Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.

Kekecohan itu  mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.
"Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol)  sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
"Seperti mana dakwaan saya semalam maka 'sudah terang lagi bersuluh'; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara.
"Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.
"Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.
"Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri  ," kata Karip.
Mohd Nizam cakap belit-belit
Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata:

"Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.
"Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar," katanya.
Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan  jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.
Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda


Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol,  dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.

"Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.
"Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).

"Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.
"Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.
"Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas," jelas Karip.


Berita sebelum itu


Konvoi Oren NS: 2 cedera, cermin kereta pecah


Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN.
TAMPIN: Konvoi Oren "Selamatkan Felda" peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta  turut pecah.

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang  meneruskan perjalanan.
Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.
"Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.
"Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.
"Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.
"Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.
"Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi," kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..
Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.
Konvoi Oren NS dibatalkan
Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.
"Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.
"Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.
"Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini'" ujar Mazlan.
Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat
Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.
Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.
Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.
Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.
Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.
Penganjur nafi peserta berkeras masuk Felda
Sementara itu Kordinator Konvoi Oren Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang melaporkan kekecohan berlaku apabila penganjur dan peserta tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.

Mohd Hassan juga menafikan bahawa kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motorsikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.
"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tetap berkeras untuk masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
"Menyedari bantahan penduduk di situ yang saya kira sebagai ahli atau penyokong Umno dan BN (yang membawa bendera Umno dan BN) terhadap kehadiran konvoi kami, memang kami sepakat untuk tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
"Sebaliknya kami hanya mahu lalu Jalan Jelai – Dangi untuk ke Felda Jelai. Tetapi mereka menghalang kami dan mengadakan sekatan jalan di jalan utama Jelai – Dangi tersebut.
"Kami berunding dengan mereka untuk lalu jalan tersebut ke Felda Jelai tetapi belum sempat berunding kami diserang. Ketika mereka meluru pada kenderaan kami itulah, kenderaan pacuan empat roda yang berwarna kuning berundur untuk selamatkan diri dan dalam keadaan kelam kabut itu kenderaan itu terlanggar sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
"Bukan kami sahaja tersekat malah pengguna awam jalan tersebut turut tersekat. Apakah tindakan mereka membuat sekatan di jalan utama merupakan satu tindakan sah di sisi undang-undang? Apa tindakan polis? Polis memerhati sahaja. Persoalannya siapa membuat provakasi?" soal Mohd Hassan.
Turut hadir dalam Konvoi Oren "Selamatkan Felda"peringkat Negeri Sembilan semalam ialah Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim; Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh; Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah dan Ahli Jawatankuasa Anak, R Tangam dan Naib Ketua Cabang PKR Jempol, T Kumar;

Tiada ulasan: