Selasa, 11 Disember 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Tengku Azlan tidak keluar Umno tapi sertai Amanah

Posted: 11 Dec 2012 04:40 AM PST

dipetik dari FMT


Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.
"Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.
"Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini," katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.
Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.
Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam  perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno.

Pentadbiran Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan – Fauzi

Posted: 11 Dec 2012 04:30 AM PST


KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
"Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.
"Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki," katanya kepada Keadilan Daily.

Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
"Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
"Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang," kata Fauzi.
"Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang," ujarnya.
Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41020

Tak keluar Umno tapi Ahli Parlimen Jerantut akui sokong Pakatan

Posted: 11 Dec 2012 04:29 AM PST


Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
Tengku Azlan
"Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya kepadaKeadilan Daily.
Perkembangan terbaru  ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).
"Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.
"InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.
Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.
"Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40955

Peserta kayuh untuk perubahan serah memo kepada MB N Sembilan

Posted: 11 Dec 2012 04:27 AM PST


KUALA LUMPUR 11 Dis: Seramai 20 peserta program 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ anjuran NGO Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) tiba di Wisma Negeri, Seremban semalam bagi menyerahkan memorandum tujuh tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Mohamad menerima memorandum berkenaan menerusi Setiausaha sulitnya, Shahrul Faizal. Ia turut diterima Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Sebelum itu, pintu pagar pejabat MB Negeri Sembilan yang masih terbuka, ditutup serta merta sebaik para pengayuh sampai.
Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, Teo Kok Seong (Bahau), P Gunasegaran (Senawang) dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam.
"Peserta bertolak dari Seremban Jaya pada jam 10.45 pagi dan sampai ke Wisma Negeri pada jam 11.40 pagi. Dalam perjalanan, kami turut edar risalah di bandar Seremban," kata Koordinator Jerit, R Thevarajan ketika dihubungi.
"Tiada peserta cedera atau diganggu sepanjang perjalanan, cuma ramai 'SB' (polis cawangan khas) yang ikut kami," katanya yang turut menyertai program empat hari itu.
'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ bermula pada 7 Disember lalu di Pasar Besar Senawang dengan penyertaan 100 pengayuh dan dirasmikan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.
Ia bertujuan menyampaikan tujuh tuntutan, antaranya pilihan raya bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat, hak bersuara dan berhimpun secara aman serta perlindungan hak dan kebajikan pekerja.
Peserta melalui tujuh daerah utama Negeri Sembilan dan berhenti di 23 lokasi untuk bertemu penduduk setempat. Antara lokasi dipilih adalah Felda Raja Alias 2 Serting, Taman Koperasi Pedas dan Ladang Juasseh, Kuala Pilah.
Selain mendengar keluhan penduduk setempat, peserta turut mengedarkan risalah dan mengumpul tandatangan untuk disertakan bersama memorandum tuntutan.



Tiada ulasan: