Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Masalah air rakyat Sabah yang dipinggirkan media
- Ceramah Anak Tempatan DUN Kota 29 Dis 2012
- Orang Melayu yang tak solat kafir?
Masalah air rakyat Sabah yang dipinggirkan media Posted: 23 Dec 2012 08:15 PM PST Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di Selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan. Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi. Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston. Sebelum ini jurutera daerah telah menyatakan masalah air akan diselesaikan jika loji air baharu di Beaufort telah siap. Hal ini umpama menanam tebu dibibir sahaja. Acapkali kali melaporkan masalah kami ini tetapi tidak diendahkan. Diharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera. Apa guna ungkapan janji ditepati jika ianya tidak dikota. By: rasa terkilan Aduanrakyat.com 24 Dis 2012. |
Ceramah Anak Tempatan DUN Kota 29 Dis 2012 Posted: 23 Dec 2012 07:28 PM PST CERAMAH UMUM Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu Masa : 9 malam Tempat : Kg Baru Chengkau Ulu, Kota, N.Sembilan Semua penceramah terdiri dari anak tempatan DUN Kota : - YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang, Pengerusi PKR N.Sembilan - Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK N.Sembilan - Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau - Puan Norwani, Ketua Muslimat PAS Rembau Anjuran : Penyokong Pakatan Rakyat DUN Kota Maklumat lanjut hubungi Hj Roni 012-2268230 |
Orang Melayu yang tak solat kafir? Posted: 23 Dec 2012 04:52 PM PST Adakah ini bermakna orang Melayu yang tidak menunaikan solat adalah kafir? Islam solat, bukan Islam tak solat? Solat tonggak pemisah Muslim, kafir BERITA HARIAN 24 DIS 2012 Solatlah yang dapat membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Apabila solat fardu telah menjadi wasiat terakhir Nabi SAW, maka kita sebagai seorang Islam yang cintakan Rasulullah SAW sepenuh hati haruslah selalu menjaga dan memeliharanya sepanjang perjalanan hidup yang masih tersisa ini. Perhatikanlah sabda Baginda yang bermaksud: "Tonggak pemisah antara seorang Muslim dan kafir adalah solat" (H.R. Muslim) |
You are subscribed to email updates from AMKNS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan