Saya telah menerima program tentatif Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim untuk 18.11.12 pada 6hb November 2012 melalui email saya yang dihantarkan oleh Pak Long, orang paling kuat di Sekretariat PKR Pahang.
Berbekalkan program tentatif ini, saya dijemput untuk bermesyuarat di rumah Dr Yahya di Padang Kerbau Temerloh pada 8hb November 2012. Program tentaCabang Paya Besar, Cabang Maran, Cabang Temerloh, Cabang Kuala Krau,dan Cabang Bera.
Pindaan yang kami buat bukan kepada tempat-tempat persinggahan Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi hanyalah kepada masa untuk dimasukkan masa yang lebih realistik memandangkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat itu adalah jauh.
Program yang saya terima pada 6hb itu adalah seperti berikut:
Setelah berbincang dengan membuat pindaan kepada
masa, supaya lebih sesuai, maka menjadi tugas Sekretariat PKR Pahang untuk menghantarkan email kepada semua Cabang-Cabang yang terlibat akan pindaan-pindaan yang dibuat.
Pak Long yang mewakili Sekretariat PKR Pahang telah (kononnya) membuat pindaan kepada Program Tentatif itu dan pada jam 11.47 malam, 8.11.2012 telah menghantarkan kepada saya (mungkin juga kepada Cabang-Cabang lain yang berkenaan akan pindaan yang telah dibuat mengikut keputusan mesyuarat.
Program pindaan yang dihantarkan oleh Pak Long itu adalah seperti berikut:
Saya tidur agak awal malam tadi kerana terlalu mengantuk, terus tidur selepas Solat Isya'. Dan pada jam 4.00 pagi saya sudah tersedar dari tidur. Biasanya saya buat solat malam bila tersedar awal begini, tapi pagi tadi saya tidak berbuat demikian, tetapi membuka komputer saya, dan membuka gmail saya.
Terperanjat beruk saya bila saya tengok email yang diihantarkan oleh Pak Long mengenai pindaan kepada program tentatif Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim, bukan sahaja program itu merupakan program baru bahkan persinggahan Dato Seri Anwar di Mentakab dan Kuala Krau ditiadakan.
Nak talipon kepada Dato Fauzi, hari masih terlalu awal; nak talipon kepada Pak Long juga terlalu awal di awal pagi.
Saya terus sms kepada Dato Fauzi. Jam lebih kurang 6.00 pagi Dato Fauzi menalipon saya. Dan saya terus menerangkan kepada Dato Fauzi bahawa Program baru yang dihantarkan oleh Pak Long tidak meletakkan Kuala Krau dan Mentakab sebagai tempat persinggahan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dato Fauzi juga tidak dapat memberikan jawapan serta merta dan beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa dapatkan berita sahih dari Pak Long.
Saya cukup gelisah dengan perkembangan ini kerana jika Dato Seri Anwar tidak dapat datang ke Kg Penderas, maka politik PKR Kuala Krau dikalangan Orang Asal bolehlah dikatakan sudah berakhir. Orang Asal tidak akan percaya lagi kepada PKR. Saya sangat kenal dan tahu pemikiran Orang Asal. Dan jika PKR Kuala Krau tidak mendapat sokongan Orang Asal, maka eloklah PKR melupakan saja hajat untuk meletakkan calon di DUN Jenderak.
Jawapan dari Pak Long tidak kian tiba. Lbih kurang jam 7.30 pagi Pak Long pun menalipon saya dan dengan selamba mengatakan dia sudah tersilap dengan menghantarkan program tentatif yang awal. Saya katakan bahawa Program Tentatif yang awal adalah yang dihantar pada 6hb November 2012 dan dibincangkan di rumah Dr Yahya. Program yang beliau kata tersilap itu dihantar oleh beliau pada 8hb November 2012 jam 11.47 malam.
Sikapnya yang berdolak dalik itu tidak mendapat tempat di hati saya. Saya naik geram dan marah, dan saya padamkan saja hp saya.
Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan. Ini bukanlah tindakan terburu-buru tetapi setelah saya menerima sms dari Dr Yahya dan Nizam Ahmad bahawa program itu adalah yang terlebih awal yang dihantar oleh Pak Long. Mereka berdua itu tidak mengikuti trek email yang terlebih awal yang dihantarkan oleh Pak Long. Itu bukan program terawal tetapi program terbaharu yang dibuat mengikut nafsu Pak Long.
Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal.
Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu.
Setelah kekecuhan ini berlaku barulah Pak Long menghantar Program seperti keputusan di mesyuarat di rumah Dr Yahya di Temerloh. Program itu adalah seperti beriku:
Pembohongan Pak Long terbongkar, tetapi memandangkan bahawa ramai dari Ketua-Ketua Cabang tidak sensitif dan yakin bahawa Pak Long membuat kesilapan teknikal yang kecil sahaja seperti pandangan Dr Yahya dan Nizam Ahmad, maka orang seperti Pak Long ini boleh memanipulasi apa saja didalam PKR Pahang.
Saya tidak tahu pendirian Dato Fauzi, mungkin beliau juga memandangkan bahawa perkara ini adalah satu perkara kecil yang remeh temeh.
Memandangkan keadaan-keadaan ini, saya merasakan saya sudah menjadi orang yang sudah tidak bertempat di PKR pahang. Oleh itu saya membuat keputusan untuk meninggalkan semua jawatan saya didalam parti diantaranya Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Naib Pengerusi 1 PKR negeri Pahang, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat.
Dan perletakan jawatan-jawatan saya itu akan saya lakukan sebelum Mesyuarat MPP PKR. Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan