Khamis, 8 November 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kuala Krau sekali lagi

Posted: 08 Nov 2012 02:05 PM PST

Pada 4hb November 2012 yang lalu, Dato Seri Anwar Ibrahim, telah meruangkan masa dengan membuat lawatan singkat ke Kuala Krau.

Kehadirannya disambut dengan penuh semangat oleh 2000 orang penduduk tempatan.  Kehadiran Anwar dengan Bas Merdeka Rakyat diberikan tepukan gemuruh dengan laungan REFORMASI.  Sebagai pemimpin rakyat, Anwar mengambil tempat di kerusi untuk orang ramai, beliau bersalam dengan orang ramai.






Atas kehendak orang ramai, Anwar memberikan ucapannya sekadar 30 minit kerana beliau terpaksa berlepas ke Kuantan.  Ada 3 program besar menunggu beliau di Kuantan.

Bagaimana pun, Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau memulakan program dari jam 2.00 petang, dan kesemua pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir sempat memberikan ucapan masing-masing didalam kadar 5 hingga 8 minit seorang termasuklah Sdr Rosli Ahmad, Sdr Bostamin Bakar, Sdr Tan Wei Wun, Sdr Bob Manolan, YB Fuziah Saleh dan Dato Fauzi Abdul Rahman dari pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang; Sdr Husin Chow, Ketua Penerangan DAP Pahang dan Sdr Ustaz Syahril Azman, Ketua Pemuda PAS Pahang.

Ini bererti bahawa program yang memakan masa selama 2 jam itu cukup bererti bagi penduduk Kuala Krau dan ucapan Dato Seri Anwar mengunci isi kandungan ucapan-ucapan pimpinan tersebut.

Kehadiran dari semua kaum, Melayu, Cina, Orang Asal dan India merupakan kehadiran rakyat yang bersatu padu.

Majoriti Orang Asal Kuala Krau tidak dapat bersama didalam program ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang pengangkutan untuk keluar ke Kuala Krau dari kampong-kampong mereka yang agak jauh dari Pekan Kuala Krau.

Bagaimana pun pihak Parti Keadilan Rakyat berjaya menghantarkan kepada mereka berita-berita program Dato Seri Anwar di Kuala Krau tersebut.  Memanglah tidak sama diantara kehadiran diri sendiri dengan menerima berita.

Dato Seri Anwar menerima bisikan hati kecil dari Orang Asal Kuala Krau, dan didalam lawatan kali keduanya ke Negeri Pahang pada 18hb November 2012, beliau bersetuju dengan cadangan Dato Fauzi Abd Rahman untuk singgah di perkampongan Orang Asal, Kuala Krau.

(Di bawah ini adalah gambar-gambar album dari perkampongan Orang Asal, Kuala Krau)






















Program Dato Seri Anwar Ibrahim pada 18.11.2012 bermula dari Kuantan pada jam 8.30 pagi, mengunjungi beberapa kawasan dan berucap di beberapa tempat; sebelum menuju ke Paya Bungor untuk bertemu dengan masyarakat Orang Asal disana.

Beliau akan meneruskan perjalanannya ke Felda Jengka 6, Maran untuk bersama-sama dengan Peneroka Felda sekitar Jengka.  Dari Jengka beliau akan bertolak ke kawasan Parlimen Temerloh dan dijangka berada di Mentakab pada jam 5.00 petang.

Selesai program di Mentakab, Dato Seri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Kg Paya Luas, Kuala Krau untuk makan malam dan solat Maghrib di rumah Sdr Azmi Zainon.  Tepat jam 7.30 malam beliau akan ke Kg Penderas bersama-sama dengan penduduk Orang Asal Kuala Krau yang akan berhimpun di rumah Chim, iaitu Markas PKR Kg Penderas.

Program di Kg Penderas bermula dari jam 5.30 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan Orang Asal Negeri Pahang dan juga pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang.

Dato Seri Anwar Ibrahim akan berucap dari jam 7.30 malam dan beliau akan meninggalkan Kg Penderas pada jam 9.00 malam untuk program yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat di kawasan Parlimen Bera.


Tiada ulasan: