The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
SELEPAS LAWATAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE KG PENDERAS, KUALA KRAU - KISAH-KISAH BENAR Posted: 21 Nov 2012 09:01 AM PST Dari jam 6.00 petang tadi, saya ziarahi kawan-kawan saya di Kuala Krau, terutamanya mereka yang terlibat dengan persiapan lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penederas. Tujuannya mudah. Tanpa mereka persiapan itu akan banyaklah cacat celanya. Persiapan yang diperlukan adalah begitu banyak dan untuk membariskan sebahagiannya adalah seperti berikut: 1. Menyiapkan tempat untuk ceramah 2. Publisiti untuk memanggil orang ramai hadir 3. Memasang bendera 4. Memasang banner 5. menyediakan poster dan edaran 6. Memasang poster dan membuat edaran rumah ke rumah 7. memasak 8. Menyediakan petugas-petugas 9. Menyediakan unit-unit keselamatan 10. Menyediakan kawasan parkir 11. Menyediakan kanopi (khemah) kerusi dan meja 12. Mempastikan program dapat berjalan dengan baik dan sempurna. Banyak lagi persiapan-persiapan yang dibuat yang tak dapat diperincikan satu demi satu disini. 18.11.12 - itulah tarikhnya, jam 8.15 malam Dato Seri sampai ke tempat ceramah, dan 9.00 malam Dato Seri bertolak ke Bera untuk menghadiri satu lagi program lawatannya (program terakhir) sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Kisah 1: Wanita ini berada didalam rumah Sdr Azmi Zainon semasa Dato Seri Anwar melangkahkan kakinya ke dalam rumah. Dato Seri berdiri seketika di ruang pintu masuk. Wanita ini menenung ke wajah Dato Seri. Dia menangis dan mengeluarkan air mata. Hari ini wanita itu datang semula ke rumah Sdr Azmi, dan dia bercerita dengan isteri Azmi, bernama Siah, menyatakan bahawa beliau benar-benar sedih mengenangkan bahawa Dato Seri ini difitnah berbagai-bagai. "Saya tenung mukanya, jernih dan bersih, dan manusia bernama Anwar ini adalah seorang yang ikhlas, saya menangis apabila menenung ke mukanya yang bersih itu," kata wanita itu. Siapa wanita itu? Beliau adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Kg Paya Luas. "Tak lagi dah, saya mengundurkan diri dari UMNO, dan akan memberikan sokongan kepada PKR," tegasnya kepada isteri Azmi. Kisah 2: Seorang peniaga kedai makan yang tidak kesempatan pergi ke Kg Penderas kerana perniagaan kedai makannya di pekan Kuala Krau. Orang begitu ramai makan di kedainya, mereka itu mahu ke Kg Penderas. "Peliknya, kenapa begitu ramai FRU berada di pekan Kuala Krau malam tu?" dia bercerita dengan Sdr Azmi. Hebatlah Kuala Krau kali ini kerana bukan sahaja orang Kuala Krau keluar beramai-ramai untuk mendatangi program Dato Seri Anwar Ibrahim, bahkan polis begitu ramai. SB ramai, polis ramai dan FRU pun ramai. Ini adalah sejarah. Anwar melawat Kuantan, Temerloh, Bentong, Bera, Lipis dan lain-lain tempat di Negeri Pahang ini, tidak ada FRU, tetapi di Kuala Krau begitu ramai FRU lengkap dengan alat peralatannya. Ini sejarah bagi Kuala Krau. Kisah 3: Saya berhajat nak pergi ke Kg Penderas, tetapi biarlah selepas Dato Seri dah sampai, saya mahu dengar ucapan dia. Sampai di sempadan Kg Penderas-Kg Paya Luas sudah ada "road block". Kereta saya dan kereta-kereta lain tidak dibenarkan masuk ke Kg Penderas. Polis yang menjaga Road Block itu berkata, "Minta maaf Encik, kalau encik nak pergi ke program Dato Seri Anwar, encik kena berpatah balik kerana sudah berlaku jam yang teruk. Beliau dan kereta-kereta di belakangnya terpaksalah berpatah balik. Kisah 4: Kami dari Kg Terengging, dengan berpuluh biji kereta, nak masuk ke Kg Penderas, tetapi disekat oleh Polis dekat Road Block, dan kami dipinta berpatah balik. Kami terpaksa berpatah balik, tetapi kami menggunakan pula motorsikal kami dan kami tetap pergi ke tempat ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim. Terengging adalah sebuah kampong selepas Kg Paya Luas. Kisah 5: Kami dari Kg Paya Luas terpaksa menunggang motorsikal untuk masuk ke Kg Penderas. Kisah 6: Apabila kami sudah melihat Bas Merdeka Rakyat sampai ke Kg Penderas, kami meninggalkan Majlis Karaoke dan kami semua pergi ke tempat ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim. Karaoke diadakan lebihkurang 100 meter dari tempat program Dato Seri Anwar Ibrahim. Apabila Dato Seri sudah meninggalkan Kg Penderas barulah kami berpatah balik ke tempat karaoke. Kisah 7: Saya dan rakan-rakan saya tak dapat hadir ke program Dato Seri Anwar Ibrahim. Kebanyakan kami dari Kg Pasu tidak mempunyai sebarang kenderaan dan kenderaan yang kami ada hanyalah motorsikal, tetapi motorsikal kami tidak mempunyai road-tax dan insuran; dengan polis begitu ramai, kami takut nak gunakan motorsikal kami, bimbang disaman oleh Polis. Kisah 8: Penduduk Kg Penderas tidak pernah melihat manusia begitu ramai berada didalam kampong mereka seperti pada malam 18.11.12 Kenapa Haji Suhaimi berkata hanya lebih kurang 1000 orang sahaja yang hadir? Jumlah seramai itu tidak kurang dari 3000 orang. "Engkau dan Haji Suhaimi mana nak nampak kehadiran itu. Kamu dipentas. Manusia penuh di celah-celah rumah, di derang-derang rumah, di seberang jalan dan diatas jalan." Dia berkata kepada Sdr Azmi Zainon. Kisah 9: Ahli-ahli UMNO Kg Penderas telah bertemu dengan Sd Chim, Sdr Kin dan Sdr Jalil mengatakan bahawa mereka tumpang gembira dengan kehadiran yang begitu ramai, moga-moga PKR berjaya didalam PRU akan datang, dan mereka akan turut memberikan sokongan kepada calon PKR nanti. Alhamdulillah, begitulah reaksi penduduk sekitar DUN Jenderak mengenai Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim, dan hari ini sudah 21hb November 2012, tetapi kisah-kisah peribadi penduduk mengenai lawatan itu masih belum reda, mereka masih bercakap-cakap di laman-laman rumah dan di restoran-restoran. Semoga Allah memberkati perjuangan ini. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan