The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Program Lawatan DSAI ke Pahang pada 18.11.12
- Menyedari Kelemahan Diri
- Sungai Pahang airnya deras....
Program Lawatan DSAI ke Pahang pada 18.11.12 Posted: 12 Nov 2012 07:15 PM PST WAKTU PROGRAM 8.30 Pagi Bas Merdeka Rakyat mengelilingi Bandar Kuantan 9.00 pagi Majlis Sambutan Deepavali bersama kaum India bertempat di GC Curry House Jalan Air Putih, Kuantan 10.00 pagi Bergerak ke Sungai Lembing 11.00 pagi Ramahmesra bersama penduduk berbilang kaum di Pekan Sg Lembing 11.30 pagi Bergerak ke Felda Bukit Sagu 12.00 t.h Di Felda Bukit Sagu, Kuantan Makan Tengah hari, Ceramah dan Solat Zohor 1.30 ptg Bergerak ke Tasik Paya Bungor 2.15 ptg Singgah sebentar di Tasik Paya Bungor berjumpa masyarakat Orang Asal 3.45 ptg Perjalanan ke Simpang Felda Jengka 6, Jengka 4.00 ptg Di Simpang Felda Jengka 6, Majlis Ramah Mesra 5.00 ptg Di Bandar Mentakab, Minum Petang, Ceramah 6.00 ptg Bergerak ke Kg Paya Luas (Rumah Sdr Azmi, Timbalan Ketua Cbg K.Krau), Makan malam, solat Maghrib 7.15 mlm Ke Kg Penderas, Ceramah 9.00 mlm Bergerak ke Simpang Felda Bukit Kepayang 10.00 mlm Di Felda Bukit Kapayang, Bera, 11.00 mlm Ceramah Umum 12.00 t.mlm DSAI meninggalkan Majlis |
Posted: 12 Nov 2012 04:13 PM PST Dari kecil lagi saya memiliki satu kelemahan diri dan kelemahan ini hingga sekarang tidak dapat saya atasi. Saya suka berjuang. Suka buat kerja yang berat-berat. Suka duduk dihadapan. Menjadi jurucakap. Tidak ada apa yang saya gentarkan. Terhadap musuh saya akan lawan. Terhadap musuh saya akan tentang. Tetapi saya tidak dapat berkompromi dengan golongan yang berpeluk tubuh, golongan yang kata "tak apalah", golongan yang kata "biar dululah", golongan yang tidak berdisiplin, golongan yang mempermain-mainkan perjuangan, golongan yang bodoh sombong, golongan pembodek dan golongan pengampu.. Lebih-lebih lagi saya tidak boleh terima sikap yang tidak jujur dan golongan penipu. Saya sudah terjerat atau terjebak didalam pelbagai episod. Saya adalah anak seorang pejuang, anak seorang gerila, anak seorang yang ditahan oleh penjajah Inggeris selama bertahun-tahun. Saya membesar didalam kemiskinan keluarga. Dari kecil saya menoreh getah, pergi ke sawah membantu ibu. Balik dari sekolah saya turun ke sawah, dan hujung minggu saya menoreh getah. Kerja berat tidak ada masalah. Didalam perjuangan saya memilih sosialisme, satu ideology yang saya raikan sebagai ideology untuk rakyat marhaen. Saya pelajari dari ayah saya, seorang pejuang API yang kental, seorang nasionalis dan sosialis menentang penjajahan Inggeris. Moh...menentang musuh. Tidak ada masalah. Masalah yang saya hadapi ialah apabila berhadapan dengan orang-orang yang saya anggap rakan, tetapi menikam dari belakang. Oleh kerana saya terlalu ingin mahu melonjakkan perjuangan Parti Rakyat Malaysia supaya dapat sampai ke massa dan ke kampong-kampong, saya mengaturkan program yang rupa-rupanya tidak terikut oleh pimpinan, maka saya dituduh sebagai left wing adventurist dan mereka kelaskan left wing adventurist itu sebagai musuh parti, dan saya dianggap sebagai agen kepada Barisan Nasional. Saya tidak pertahankan kedudukan saya didalam Parti Rakyat, tetapi saya mengalah dan keluar darinya. Semasa saya berada didalam PAS, saya mengaturkan program dengan gerak kerja rumah ke rumah yang tidak dapat diikuti oleh pimpinan setempat. Dan saya tidak berkenan dengan sifat penakut yang ditunjukkan oleh kawan-kawan berhadapan dengan isu Felda Lubok Merbau di mana seorang anggota PAS terkorban, akhirnya, saya dituduh untuk menjatuhkan Ustaz Fadhil Nor dan menaikkan Ustaz Haji Hadi, suatu tuduhan yang sangat berat untuk saya menerimanya. Maka saya mengalah dan keluar dari PAS. Saya terumbang ambing tanpa parti politik. Hidup saya kosong tanpa perjuangan tertentu. Di masa itulah saya melibatkan dirii saya dengan gerak kerja sukan. Saya menjadi Setiuasaha Persatuan Bolasepak Temerloh, Presiden Persatuan Lumba Basikal Temerloh, Setiausaha Lumba Basikal Negeri Pahang, Naib Presiden Persatuan Berbasikal Malaysia dan Presiden Persatuan Mountain Bike Malaysia. Didalam badan-badan belia pula saya menjadi Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Temerloh, dan apa yang saya lakukan ialah menjadikan 4B Daerah yang hanya ada beberapa cawangan itu kepada melebihi 80 Cawangan di seluruh Daerah Temerloh. Setiap cawangan saya mempastikan wujud projek belia tani dan belia niaga, dan saya memberikan fokus supaya semua projek-projek ini berjaya. Rakan-rakan saya melebar ke seluruh Daerah Temerloh, dan sehingga sekarang pun rakan-rakan ini masih berada di kampong masing-masing, kebanyakannya bergerak didalam UMNO, sesetengahnya didalam PAS dan ada juga didalam PKR, dan hubungan saya dengan mereka masih akrab. \Pada waktu itulah saya dijinakkan dengan UMNO. Saya sertai UMNO sehinggalah saya berjaya menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, dan jawatan terakhir sebelum meninggalkan UMNO adalah Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh. Saya tidak berhajat bertanding menjadi Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh tetapi apabila saya terdengar Dato Sabbaruddin Chik berhajat bertanding jawatan itu, maka saya tawarkan diri saya untuk berlawan dengan Dato Sabbaruddin, seorang musuh tradisi saya, walaupun kami didalam satu keluarga. UMNO bukanlah pilihan yang tepat bagi saya. Parti itu berjuang untuk orang-orang atasan tetapi memperalatkan rakyat Melayu marhaen. Dan apabila Dato Seri Anwar dipecat dari UMNO, saya mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO. Didalam semua pergerakan yang saya ceburi, kelemahan saya adalah sama. Saya memang kuat buat kerja. Semua orang didalam semua persatuan yang saya ceburi mengakui akan hakikat itu. Ini adalah tabiat semula jadi saya. Buat kerja bersungguh-sungguh. Kelemahan saya pula, saya terlalu mudah tersentuh, dan tidak boleh menerima walaupun sedikit tindakan menikam saya dari belakang. Apabila saya ditikam dari belakang, jarang saya mahu melawan, tetapi saya mengambil sikap mengalah, dan saya tinggalkan jawatan yang saya pegang. Ini termasuklah juga jawatan-jawatan bergaji yang saya pegang. Apabila saya balik dari England, saya menjadi Pegawai Undang-Undang di Kamar Peguam Negara dan kemudian ditukarkan kepada Badan Kehakiman menjadi seorang Majistret, mula-mula di Kuala Lumpur, kemudian ditukarkan ke Ipoh. Tidak sempat beberapa bulan saya di Ipoh, saya diura-urakan bertukar ke Telok Intan, tetapi belum sempat ke Telok Intan, pihak Judiciary mahu saya bertukar ke Sg Petani. Wah, macam bola ditendang ke sana ke mari. Saya bersama-sama 15 orang Magistrate yang lain pergi menemui Ketua Pendaftar Mahkamah di Kuala Lumpur. Saya menerangkan bahawa saya mempunyai anak yang sudah menncukupi umur untuk bersekolah, dan memerlukan sekurang-kurangnya berada disesuatu tempat walaupun tempat itu berada di kawasan hulu yang terpencil. Pihak pendaftar mengambil sikap buruk dengan mengatakan bahawa sesiapa yang tak sanggup ditukarkan, bolehlah meletakkan jawatan. Memang pada waktu itu, Judiciary tidak mencukupi bilangan Magistrate. Saya tidak teragak-agak menulis pada kotak rokok melepaskan jawatan saya serta merta. Dan seramai 15 orang Magistrate yang bersama saya itu pun meletakkan jawatan juga. Saya kembali ke Kuala Lumpur dan ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya, dan beberapa tahun selepas itu saya membuka firma guaman saya sendiri, mula-mula di Kuala Lumpur, kemudian saya berpindah ke Temerloh, kampong saya sendiri. Orang kata saya ni kuat merajuk. Mungkin benarlah begitu. Maka apabila Jadual Dato Seri Anwar Ibrahim dimanipulasi oleh Pak Long dengan membuat Jadualnya sendiri tidak berpandu kepada keputusan Mesyuarat, dan lokasi Kuala Krau ditiadakan didalam Jadual itu, saya tidak ada kompromi lagi. Saya reda hanya apabila Sdr Rahman Yusof yang menyatakan bahawa program di Kg Penderas, Kuala Krau tetap dijalankan atas arahan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pak Long hanya buat pandai sendiri, apa jenis pemimpinnya dia ni!!! Saya tidak berhajat nak jumpa muka Pak Long ni lagi. Maka saya melepaskan jawatan saya sebagai Naib Pengerusi 1, PKR Negeri Pahang. Ada orang kata bahawa kalau dipujuk saya akan sertai kembali ke jawatan itu. Merajuk saya bukan sebarang merajuk ia berteraskan prinsip, jangan saya ditipu. Dan saya berikrar untuk melepaskan jawatan saya diperingkat Pusat jika benar Pusat yang membatalkan lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penderas. Saya sangat faham kerenah Orang Asal. Jika mereka sudah dijanjikan (lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim) dan janji itu diengkari (seperti Jadual Lawatan yang dibuat oleh Pak Long), mereka tidak akan sokong lagi PKR, dan bagi DUN Jenderak, tanpa sokongan daripada Orang Asal, PKR boleh lupakan saja hasrat meletakkan calon di DUN Jenderak, undi Orang Asal adalah besar di sini. Tetapi oleh kerana pembatalan Jadual di Kg Penderas itu bukan datang dari Pusat, tetapi dari Pak Long seorang sahaja dengan disokong oleh kroni-kroninya di Temerloh, maka perletakan jawatan saya di PKR Pusat tidaklah berlaku. Peringkat awalnya, saya juga mahu letakkan jawatan saya sebagai Ketua PKR Cabang Kuala Krau, tetapi tanpa pengetahuan saya, AJK PKR Cabang Kuala Krau telah mengadakan perjumpaan tergempar dan meluluskan usul bahawa jika saya meletakkan jawatan, keseluruhan JK PKR Cabang juga akan meletakkan jawatan, malah ada yang mahu terus keluar dari parti. Saya tidak sanggup melihat perkara ini berlaku, kita sudah hampir 5 tahun membina kekuatan PKR Cabang Kuala Krau, dan akan lenyap semata-mata jika saya meletakkan jawatan. Maka perletakan jawatan saya di Kuala Krau terpaksalah saya tangguhkan dulu. Saya memang tidak dapat mengatasi kelemahan saya ini, emosi saya mengatasi pemikiran yang tenang, apabila berhadapan dengan keadaan tikam dari belakang. Ada kawan-kawan pinta saya ubah dari mengalah kepada melawan. Entahlah, sikap itu sudah tersemai dari kecil!!! |
Sungai Pahang airnya deras.... Posted: 12 Nov 2012 03:16 PM PST Tergerak juga saya menuliskan pantun untuk saya bacakan di Malam Bacaan Puisi Rakyat malam ini, 13.11.12 di Bandar Lama Lanchang. Lintang pukang juga pantun yang saya tulis, almaklumlah saya bukan orang seni, hanya hati sahaja meronta-ronta nak zahirkan karya seni. Sungai Pahang Airnya Deras... Sungai Pahang airnya deras Sungguh deras libang libu orang Pahang hatinya keras sungguh keras senang ditipu Dari Raub ke Kuala Lipis Singgah di Benta mencari arah Orang Pahang telinganya nipis mudah tersentuh bila difitnah Sungai Jelai bersimpang siuh Mari berlabuh di Batu Talam Anak Pahang jangan tersentuh hatinya putih jiwanya hitam Mari ke Jerantut mencari bijih bijih dilombong ditepi sawah hatinya putih jiwanya bersih rohnya hitam penghalau penjajah Belatuk di sawah Pipit di ladang Pokok Berangan di tepi telaga Tok Gajah perkasa hidup berjuang Bahaman terbilang pesaka negara. Sungai Tahan airnya keruh Berehat sebentar di Kampong Sanggang Jangan permudahkan Melayu Temerloh Hidup berbangsa mati berjuang Sarungan keris biar berhulu Jangan disimpan diatas para perjuangan Melayu dari dahulu Laungan keramat hidup Merdeka Semangat tani mengasak jiwa berjuang tegas bukan kepalang Mara API meluap di dada Lubok Kawah kampong terbilang Menuai padi diatas batas Batas ditanam betik dan tebu Anak Semantan hatinya keras Asas perjuangan jangan ditipu. Sg Pahang airnya deras Sungguh deras libang libu Orang Pahang hatinya keras Sungguh keras lagi bersatu. Sg Pahang airnya deras Sungguh deras libang libu Anak Pahang bekerja keras Tidak lagi mudah ditipu. haji suhaimi said, baitul fath, kg batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang 13.11.12 |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan