Suara Sri Andalas |
- MB Selangor Rampas Tanah, Untuk Rakyat
- Selangor Buka Kembali Dua Loji Pakai Teknologi Membran
- Adun Seri Andalas Membuat Lawatan Kawasan Banjir di Dun Seri Andalas
- Tamil Schools Being Shortchanged By Contractors
MB Selangor Rampas Tanah, Untuk Rakyat Posted: 06 Nov 2012 09:45 PM PST |
Selangor Buka Kembali Dua Loji Pakai Teknologi Membran Posted: 06 Nov 2012 06:34 PM PST KLANG 06 NOV : Kerajaan Negeri Selangor akan membuka dua lagi loji yang tidak beroperasi di Ampang dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air yang terawat kepada pengguna Lembah Klang. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong. Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu. "Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. "Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif," katanya ketika ditemui TvSelangor. Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat. Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan. "Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat. "Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri," katanya. Sumber: Selangorku |
Adun Seri Andalas Membuat Lawatan Kawasan Banjir di Dun Seri Andalas Posted: 06 Nov 2012 06:15 PM PST Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar yang juga Adun Seri Andalas telah turun padang melawat kawasan yang dinaiki air sekitar kawasan perumahan di Kampung Jawa yang terletak di bawah Dun Seri Andalas pada 02 November 2012 yang lalu. Beliau kemudiannya menziarahi kawasan yang dinaiki air di Bandar Puteri dan kawasan berdekatan. Ini berikutan hujan lebat turun beberapa hari menyebabkan hampir seluruh kawasan Taman Sentosa, Kampung Jawa, Kg. Johan Setia, Bandar Puteri dan kawasan sekitarnya dinaiki air untuk beberapa hari. Ekoran hujan terus turun pada hari hari berikutnya menyebabkan air banjir mengambil masa untuk surut. Semasa lawatan tersebut lebih 3,000 paket roti canai dan nasi lemak telah diagih-agihkan dari rumah ke rumah kepada mangsa-mangsa banjir selama 3 hari berturut-turut di kawasan-kawasan terlibat. Pada sebelah malam 03 November 2012, beliau telah melawat Jalan Abdul Hamid 17, Taman Sentosa dan terlibat sama memantau kerja-kerja mengorek dan melebarkan parit tambahan menggunakan mesin jengkaut (excavator) bagi memudahkan laluan air banjir yang semakin naik di kawasan tersebut. Ujar Dr. Xavier hujan yang turun lebat mencurah-curah di sebelah petang untuk beberapa hari telah menyebabakan air naik dengan pantas di kawasan-kawasan terlibat. Ini ditambah dengan sistem perparitan yang tidak sistematik memandangkan parit dan longkang yang ada di Taman Sentosa telah dibina lebih 25 tahun yang lalu tidak dapat menampung air hujan yang banyak dalam satu-satu masa. Ujarnya lagi Kerajaan Negeri telah merancang untuk membina sebuah kolam takungan banjir ( flood retention pond) seluas 19 ekar di Taman Botanik (yang terletak berhampiran) untuk mengatasi masalah banjir yang telah lama berlarutan. Kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan dalam beberapa bulan lagi dan siap dipertengahan tahun hadapan. Dengan pembinaan kolam takungan tersebut ianya dapat menyelesaikan hampir keseluruhan masalah banjir di kawasan Taman Sri Sentosa, Bandar Puteri, Kg. Jawa dan kawasan sekitanya. |
Tamil Schools Being Shortchanged By Contractors Posted: 06 Nov 2012 02:58 AM PST GEORGE TOWN: Education Ministry-nominated contractors are building Tamil schools below the value of the contract. DAP Senator S Ramakrishnan alleged that more often the development projects failed to cater to the actual needs of Tamil schools. He suggested that the solution would be to dedicate and liaise with respective Tamil schools' board of governors to carry out the projects. He called on the federal government to stop engaging MIC and NGOs because school boards were definitely in a better position to contribute to develop and maintain school infrastructure and facilities. He said the boards of governors comprised ex-school boys, representatives from the schools' parents and teachers associations' members (PIBG), contributors and trustees. "They are dedicated and honestly want to contribute to Tamil school development,' he said in a statement here today. Under the present system, the Education Ministry which manages the funds, will award Suria Cooperative nominated contractors to built, renovate and repair work in Tamil schools . But due to the Ali Baba pyramid system, he said Tamil schools ended up short-changed as the contractors' finished work worth was often found far below the original contract value. For instance, he said the federal government may allot RM50,000 for a particular Tamil school project and the ministry's main contractor may engage a sub-contractor to carry out the project for RM20,000. He said the sub-contractor in turn would dish out a RM15,000 valued job and pocket RM5,000 as profit. "An unworthy RM15,000 job was finally done for a RM50,000 contract. "But BN federal ministers would propagate that RM50,000 had been spent for a Tamil school when the Indian community was actually shortchanged," said Ramakrishnan. He said there were cases in which government contractors charged more than private ones for similar Tamil school project. He cited the case of SJK (T) Ladang Semenyih, which wanted a three-storey building with 12 classrooms, one each resource , multimedia, meeting and operation, counseling, prefect, cooperative, treatment and recovery room, one each living skills and art classrooms, and several toilets. He said private contractors were willing to carry out the project for RM1.7 million. But, he said the ministry had engaged a contractor to build a two-storey building with six classrooms for RM1.5 million instead. "Yet again it the government has failed to address a Tamil school's needs. Source: FreeMalaysiaToday |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan