Isnin, 5 November 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Lawatan Mangsa Banjir Dengkil

Posted: 05 Nov 2012 06:08 AM PST

Isnin 5 November, 2012 Pekan Dengkil, Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor , YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan ke dewan orangramai pekan Dengkil dan dewan orang ramai Desa Gemilang, Dengkil, Selangor.

Dewan Orangramai Pekan Dengkil merupakan pusat operasi utama pemindahan mangsa-mangsa banjir

Taklimat ringkas operasi menyelamat dan penempatan mangsa banjir telah diberikan oleh Pegawai Daerah Sepang, Haris Bin Kassim yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa bencana alam daerah.  Turut hadir ialah Haji Borhan Aman Shah, penyelaras pusat khidmat masyarakat Dun Dengkil.

Setakat laporan ini ditulis, kira-kira 800 orang sekitar kawasan Dengkil telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan.

Dr. Xavier juga dibawa melihat kawasan-kawasan yang dinaiki air di kawasan Kampung Ampar Tenang, rumah pangsa Taman Permata dan kawasan berdekatan.

Dalam taklimat itu juga Dr. Xavier merakam rasa terima kasih Kerajaan Negeri kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam serta pihak Polis serta Majlis Perbandaran Sepang yang telah bersiap sedia 24 jam untuk menghulurkan bantuan kemanusian.

Ujarnya lagi beliau merasa risau kerana berdasarkan ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia ( Ramalan Cuaca) bahawa hujan dijangka akan berterusan selama 7 hari lagi dan ini memerlukan pihak-pihak terlibat untuk menyediakan lebih banyak pusat-pusat pemindahan bagi menenmpatkan lebih ramai mangsa-mangsa banjir dalam beberapa hari nanti. 






Rafizi Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah

Posted: 05 Nov 2012 01:15 AM PST

PUTRAJAYA 5 OKT: Walau berdepan dengan kemungkinan disaman,Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk terus membongkar skandal RM40 juta yang didakwa Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Rafizi berkata, beliau akan terus mencari bukti bagi mengaitkan penglibatan ketiga-tiga individu ini walaupun laporan mengenainya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

"Saya sedar bahawa SPRM akan menuntut saya supaya berhenti membuat sebarang kenyataan sementara siasatan sedang dilakukan namun jika saya menemui beberapa bukti baru saya akan terus mendedahkannya.

"Saya bersedia berdepan sebarang kemungkinan walaupun laporan sudah dibuat kepada SPRM saya fikir jika kedua-dua pihak bekerjasama adalah lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan laporan mengenai ketiga-tiga individu terbabit di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, kandungan laporan itu meminta SPRM supaya membuka fail siasatan di bawah Akta SPRM 2009, Bahagian IV (Kesalahan dan Penalti)Seksyen 16(a) iaitu perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain.

Terdahulu, Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Parlimen dan undang-undang membuat kenyataan bahawa tiada sebarang unsur rasuah bagi mengaitkan wang RM40 juta melibatkan jutawan balak Michael Chia kepada Umno Sabah.

Nazri dikaitkan memiliki hubungan rapat dengan Michael Chia kerana anaknya Nedim Nazri menggunakan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa dimiliki oleh jutawan balak itu.

Menurut Rafizi, kenyataan Nazri menimbulkan tanda tanya kerana bersungguh-sungguh mempertahankan Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan membersihkan nama Michael Chia daripada sebarang dakwaan.

Selain itu, Rafizi akan mencari bukti-bukti berkaitan skandal itu dengan menemui beberapa pihak berkaitan di Hongkong termasuk mengadakan perjumpaan bersama Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) pada minggu hadapan.

"Saya tidak mahu hanya membuat laporan kepada SPRM dan berharap kita dapat menemui beberapa fakta berkaitan apabila perbincangan lanjut diadakan kelak," katanya lagi.

Pada 2008, Michael Chia pernah ditahan di Lapangan Antarabangsa Hongkong oleh ICAC kerana membawa wang tunai berjumlah RM40 juta yang didakwa hendak diberikan kepada Musa Aman.

Sumber: Selangorku

Rakyat Terpaksa Berdepan Dua Saman Polis, JPJ

Posted: 05 Nov 2012 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 NOV : Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar melahirkan kekecewaan ekoran rakyat terpaksa berhadapan dua bentuk saman.

Pertama saman yang dikeluarkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kedua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Reaksi ini sebagai mengulas jawapan Sesi Soal Jawab Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaima ia beroperasi, bukan terus saman," katanya

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Sumber:

Stop Cronyism Revoke AES

Posted: 05 Nov 2012 01:00 AM PST

Beta Tegap Sdn Bhd, one of the 2 private companies that has been awarded an Automated Enforcement System (AES) contract by the Ministry of Transport, had earlier thanked MCA president Datuk Seri Chua Soi Lek for his statement that denied the company has any link with the MCA.

However, MCA has failed to clear the doubt raised by YB William Leong (Selayang MP) on why the second largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd, Dr. Andreas Teoh, was also given a huge contract in 2005 by the Ministry of Health through another company of his, Mediharta Sdn Bhd? Coincidentally, both Ministry of Transport and Ministry of Health are helmed by MCA ministers. Is there any secret relationship between MCA and Andreas Teoh that has secured him these sweetheart deals? MCA has a case to answer.

While the mist of the company's MCA link is not cleared, another shocking fact was found after a thorough search. The largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd, To' Puan Rozana Binti Haji Redzuan, has very substantial connection with the Johor UMNO.

To' Puan Rozana Binti Haji Redzuan is the eldest daughter of the late Tan Sri Dato' Haji Redzuan Bin Haji Salim and Puan Sri Datin Hajjah Atkah Abdullah. Both Tan Sri Dato' Redzuan and Puan Sri Datin Atkah are renowned UMNO political figures in Johor.

Tan Sri Dato' Haji Redzuan was Parit Sulong UMNO division chief and state assemblyman for Peserai. Puan Sri Datin Hajjah Atkah was 2 term state assemblywoman for Sri Medan, deputy Wanita chief of Johor UMNO and exco Wanita Pusat UMNO. Besides active involvement of her parents in UMNO, Rozana is also the cousin of current UMNO state assemblyman of Machap, YB Dato Hj Abd Hamid bin Hj Abd Rahman.

With the extraordinary connection between the largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd and UMNO, another instance of sheer cronyism is evident! If this is not cronyism, what on earth does the government deem a dormant company without expertise in related field is worth rewarding a lucrative AES contract?

Therefore, I challenge the Minister of Transportation, Datuk Seri Kong Cho Ha to deny these political linkages of Beta Tegap Sdn Bhd. Failing which, he should resign immediately, in order to uphold the decency of the ministry. I would also like to urge the government to immediately revoke the AES that enrich BN's cronies at the expense of the Rakyat.  

YB CHANG LIH KANG
Perak State Assemblyman (Teja)
KeADILan Central Committee Member

Tiada ulasan: